Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN
‘BOOGLE CHALLENGE’
SMKA KIMANIS

ANJURAN
PANITIA BAHASA INGGERIS
SMKA KIMANIS
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN BOOGLE CHALLENGE

1.0 PENDAHULUAN
Isu kelemahan Bahasa Inggeris yang selalu timbul di kalangan murid sekolah ini
adalah kekurangan kosa kata Bahasa Inggeris. Pihak panitia Bahasa Inggeris
mengambil inisiatif untuk menimbulkan minat murid dalam mempelajari kosa
kata baharu dengan mengadakan pertandingan ‘Boogle Challenge’. ‘Boogle’
adalah merupakan suatu permainan yang mengkehendaki pemainnya untuk
membuat perkataan berdasarkan dadu huruf.

2.0 OBJEKTIF
 Menimbulkan minat di kalangan murid untuk mempelajari kosa kata
Bahasa Inggeris.
 Melibatkan murid dalam pembelajaran Bahasa Inggeris di luar waktu
PDP.
 Menarik minat murid untuk menyertai pertandingan Bahasa Inggeris.

3.0 SASARAN

Murid tingkatan 1 – 5 SMKA Kimanis

4.0 TARIKH

Jun – September 2022

5.0 LOKASI

Dewan Al- Ghazali / Bilik Mesyuarat 2

6.0 RUMUSAN PROGRAM

Pertandingan ini akan diadakan mengikut tingkatan, penyertaan dibuka kepada


10 orang peserta berdaftar dan 3 orang pemenang akan dipilih berdasarkan
bilangan perkataan yang berjaya dibina dalam masa 1 minit.

Pertandingan akan dimulakan oleh murid tingkatan 5 dan 4 pada bulan jun,
diikuti oleh tingkatan 3 dan 2 pada julai dan tingkatan 1 pada bulan ogos.

Pertandingan akhir antara pemenang setiap tingkatan akan diadakan pada bulan
September.

Cadangan pelaksanaan pertandingan adalah pada hari selasa, jam 2- 3 petang.


7.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Bil Perkara Kuantiti Nilai Jumlah Sumber


1 Tempat pertama 5 RM8 RM 40 PCG
2 Tempat kedua 5 RM5 RM 25
3 Tempat ketiga 5 RM3 RM 15
4 Hadiah Utama 1 RM 20 RM 20
JUMLAH RM 100

8.0 PENUTUP

Adalah diharapkan program ini akan berjaya dilaksanakan selaras dengan objektif
program ini iaitu untuk memupuk minat murid untuk menggunakan Bahasa Inggeris
di luar kelas. Diharapkan dengan sokongan pihak pentadbiran untuk aktivit untuk
murid ini akan berjaya dilaksanakan untuk tahun tahun seterusnya.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh :


………………………….. ……………………..
(NURHIDAYAH HAMZAH) (AG MARJOKI BIN MOHD JOHARI)
Ketua Panitia Bahasa Inggeris Ketua Bidang Bahasa
SMKA Kimanis SMKA Kimanis

Disahkan Oleh :
…………………………………………………………. Tarikh :
(ZAINAB BINTI DATUK HAJI AHMAD)
Pengetua
SMKA Kimanis

Anda mungkin juga menyukai