Anda di halaman 1dari 3

KATA-KATA ALU-ALUAN SEMPENA MESYUARAT AGUNG

PIBG KALI KE 14 SK LADANG MUTIARA

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 


Salam sejahtera, salam muafakat Johor.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia


dan izinya kita dapat mengadakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-14 bagi Sekolah Kebangsaan Ladang Mutiara.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih pada semua ibubapa


yang dapat hadir pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14 ini.
Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi
merealisasikan visi dan misi Sekolah Kebangsaan Ladang
Mutiara untuk mencapai kecemerlangan di bidang akademik,
kokurikulum dan sahsiah pelajar.

SK Ladang Mutiara merupakan sebuah sekolah pedalaman yang


terletak kira-kira 20 kilometer dari Pekan Kahang dan 65
kilometer dari Bandar Kluang. Sekolah ini mula dibuka pada
Januari 2002, ditubuhkan hasil rasa keperitahinan dua pihak iaitu
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kulim Malaysia
Berhad terhadap keperluan pendidikan semasa. Pihak Kulim
telah menyerahkan sebidang tanah seluas 13 ekar kepada KPM
untuk pembangunan bangunan sekolah.
Visi SK Ladang Mutiara adalah Pendidikan Berkualiti Insan
Terdidik Negara Sejahtera. Manaka misinya Sekolah ini adalah
unutk melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk
membangunkan potensi individu bagi mememnuhi aspirasi
negara.

Pada tahun 2015 keputusan UPSR SK Ladang Mutiara telah


menunjukkan prestasi yang memberangsangkan di mana salah
seorang murid asli terpilih sebagai murid asli terbaik negeri johor
dengan pencapaian 4A 1B. Pencapaian gred purata sekolah
(GPS) bagi UPSR tahun 2015 adalah 2.27 dan peratus
menguasai adalah 73.68%. Pihak sekolah akan terus berusaha
untuk memastikan pencapaian murid-murid di SKLM terus
meningkat dan mencapai kecemerlangan dari semua aspek
termasuk kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Dalam hal ini,
PIBG juga memainkan peranan yang sangat penting di mana
dengan pemuafakatan ini SK Ladang Mutiara akan menjadi lebih
cemerlang dan seterusnya dapat mencapai visinya.

Saya mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG, Tuan Haji


Omar bin Ariffin dan seluruh AJKyang telah banyak menabur jasa
buah fikiran dan juga sumbangan bagi menjayakan aktiviti serta
pelbagai program sekolah. Saya juga mengucapkan terima kasih
kepada semua ibubapa yang telah memberi pelbagai sumbangan
terhadap sekolah.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat


Encik Vidyananthan A/L Ramanadhan yang sudi hadir
danmerasmikan mesyuarat agung PIBG pada kali ini. 
Akhir kata amatilah peribahasa cina berikut

WITH MONEY WE CAN BUY A HOUSE BUT NOT A HOME


WITH MONEY WE CAN BUY A CLOCK BUT NOT TIME
WITH MONEY WE CAN BUY A BED BUT NOT SLEEP
WITH MONEY WE CAN BUY A BOOK, BUT NOT
KNOWLEDGE"

Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia


sempurna, banyak yang perlu
dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. Sesekali
langkah tersadung, rebah
menyembah, sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan
semua itu memerlukan
pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. Selagi
prinsip hidup berada di atas
landasan yang betul, usah digusar pada anugerah
Tuhan..anggaplah sesekali diduga itu sekadar untuk
mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia
sesempurna insan.."

Berbaju Kurung si anak dara


Duduk bertimpuh beradab sopan
Ayuh bangunlah murid SK Ladang Mutiara
Keputusan cemerlang perlu dikotakan 

Sekianlah wabilahi taufiq walhidayah wassalamu’alaikom


warahmatulli wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai