Anda di halaman 1dari 9

PROGRAM

“PENGHAYATAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN SEPANJANG HAYAT”


(SAYA SUKA SOLAT)
BAGI DARJAH 4,5 DAN 6 SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA KAWASAN IIA & III

1. PENDAHULUAN

Solat merupakan ibadat yang sangat penting dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim
dan tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa jua keadaan. Solat juga adalah satu
wasilah komunikasi atau perhubungan antara hamba dengan Allah s.w.t. Solat merupakan
tiang dan tunggak kepada agama islam.
Di dalam solat terdapat fadhilat-fadhilat dalam pembentukan peribadi dan
pengukuhan akhlak di mana ia boleh mencegah seseorang daripada melakukan dosa-dosa
besar dan dosa-dosa kecil jika dilakukan dengan betul, ikhlas, khusyuk serta takut dengan
keagungan dan kebesaran Allah s.w.t. Selain itu, solat merupakan ibadah yang mempunyai
rahsia yang istimewa yang boleh memberi ketenangan jiwa dan mendekatkan hamba dengan
penciptanya.

‫قال هللا تعالى‬:


‫صلَـوةَ تَنهَى َع ِن الفَحشآ ِء َوالـ ُمن َك ِر ﴿ سورة العنكبوت‬
َّ ‫ ِإ َّن ال‬꞉ ٤٥﴾
Yang bermaksud: Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan
mungkar.

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

‫ت فَقَ ْد َأ ْفلَ َح‬


ْ ‫صلُ َح‬ َ ‫اسبُ بِ ِه ْال َع ْب ُد يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة ِم ْن َع َملِ ِه‬
َ ‫ فَِإ ْن‬، ُ‫صالَتُه‬ ِ ‫ِإ َّن َأ َّو ُل َما ي َُح‬
‫اب َو َخ ِس َر‬ َ ‫ت فَقَ ْد َخ‬ ْ ‫ َوِإ ْن فَ َس َد‬، ‫وَأ ْن َج َح‬.َ
Maksudnya: Sesungguhnya apa yang mula-mula sekali akan dikira dari amalan hamba pada
hari kiamat ialah amalan solatnya. Jika solat itu baik, maka dia beruntung dan selamat. Jika
solatnya rosak, maka dia miskin dan rugi
(Hadis riwayat at-Tarmidzi dan an-Nasa’I daripada Abu Hurairah ).
2. MATLAMAT

Meningkatkan kesempurnaan ibadah utama iaitu solat agar ibadat tersebut akan dapat
dilakukan dengan cara yang betul dan sempurna. Selain itu, saya suka solat akan memberi
perhatian khusus kepada membetulkan perbuatan dan menghalusi bacaan-bacaan dalam
solat. Program juga diharapkan akan dapat membantu murid-murid memahami dan
memantapkan aqidah murid-murid bagi darjah 4, 5 dan 6 khususnya murid darjah 6 yang
akan menamatkan pembelajaran mereka dipersekolahan ugama.

3. OBJEKTIF

i. Mengenalpasti kelemahan dan kekurangan dalam bacaan dan perbuatan solat lima
waktu.
ii. Mengukuhkan ibadah solat dengan memberi penekanan kepada kemahiran
memahami, mengahayati dan mengamalkan ibadah solat.
iii. Menanam dan menghargai semangat berkumpulan dan memupuk sifat
berkerjasama di kalangan murid.

4. SASARAN

Sasaran utama program ini ialah murid-murid darjah 4, 5 dan 6. Ianya akan dijalankan di 14
buah sekolah ugama kawasan Brunei IIA dan 16 buah sekolah ugama bagi kawasan Brunei
III.

5. MODEL/KERANGKA KONSEPTUAL

Model kajian Kemmis & Mc Taggart akan diguna pakai bagi melihat secara keseluruhan
program ini. Model ini akan melibatkan 4 fasa iaitu:

i) refleksi
ii) merancang
iii) perlaksanaan
iv) pemerhatian dan penilaian
Refleksi

Pemerhatian Perancangan
& penilaian tindakan

Pelaksanaan
tindakan

Rajah 1: Model kajian Kemmis & Mc Taggart

menghalusi perbuatan wudhuk


REFLEKSI menghalusi dalam bacaan dan perbuatan solat

merancang pelaksanaan program supaya dijalankan


MERANCANG dengan cara yang lebih berkesan dan efektif serta
dapat diterima dan digunapakai oleh murid

PELAKSANAAN melaksanakan program dalam bentuk perkumpulan


TINDAKAN

 menjalankan pemerhatian sepanjang program


PEMERHATIAN & dijalankan
PENILAIAN  memberi penilaian samada secara bertulis, kuiz,
perbincangan dan sebagainya
6. CADANGAN AKTIVITI

i. Program akan diadakan secara berkumpulan kerana ianya dirasakan metod yang
paling sesuai dan lebih praktikal digunakan selain menggabungkan beberapa
kaedah yang lain.
ii. Program ini juga menyediakan beberapa aktiviti yang akan mewujudkan suasana
pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan, dan diharapkan guru-guru yang
akan terlibat dalam menjayakan program ini akan dapat mencipta pengajaran yang
lebih berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang
dapat merangsang minat pelajar disamping menanamkan kecintaan murid
terhadap ibadah solat.
iii. Beberapa modul aktiviti kerja juga akan dijalankan untuk mendapatkan
tindakbalas dan penilaian murid terhadap program saya suka solat ini.
iv. Tugas utama seorang guru adalah untuk memudahkan pengajaran dan
pembelajaran murid. Dan diharapkan program ini akan dapat:
a) Menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan.
b) Mencipta pengajaran yang berkesan
c) Mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsang minat murid dan
sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan murid.
d) Membantu murid memperbaiki dan menghalusi fokus utama iatu menghayati
seronoknya solat dalam kehidupan seharian sekaligus menjadikan solat
sebagai satu ibadah yang wajib dilaksanakan.

7. PENUTUP

Program (saya suka solat) ini diharapkan akan dapat mencapai objektif melalui rancangan
dan aktiviti yang telah dirancang. Dengan adanya perancangan-perancangan yang telah
disusun diharapkan murid-murid akan dapat mengikuti program ini dengan baik dan
mengaplikasikannya kepada amalan mereka seharian terutamanya kewajipan melaksanakan
ibadah solat. Dan juga memberi kesedaran tentang pentingnya ibadah solat dan fadhilatnya
serta akibat jika meninggalkannya. Juga akan dapat meningkatkan jati diri murid dengan
menjadikan solat sebagai satu keutamaan dalam kehidupan murid dan seterusnya menjadi
tunggak dan pembimbing keluarga dan rakan sebaya.
CADANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI PROGRAM:

AKTIVITI 1: TEORI (40 MINIT)

PERINGKAT AKTIVITI
1 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan
2 Murid dibenarkan bebas menentukan nama kumpulan masing-masing.
3 Guru menerangkan murid kandungan topik yang telah di pelajari
4 Murid dibenarkan bertanya kepada guru soalan yang kurang difahami
Murid-murid berbincang tajuk yang telah diberi. Guru memastikan semua
5
murid terlibat.
6 Setiap satu kumpulan menerangkan tajuk telah dibincang

AKTIVITI 2: PRAKTIKAL (40-45 MINIT)

PERINGKAT AKTIVITI
1 Guru melakukan demontrasi dihadapan murid praktikal wudhuk dan solat
2 Guru menunjukkan bacaan yang betul dalam perbuatan wudhuk dan solat
3 Setiap wakil kumpulan menunjukkan praktikal wudhuk dan solat
Setiap wakil kumpulan menunjukkan bacaan yang betul dalam perbuatan
4
wudhuk dan solat
Guru memilih secara rawak seorang murid untuk melakukan perbuatan
5
wudhuk dan solat
Guru memberi kuiz secara individu dan berkumpulan serta mengambil
6
markah bagi menentukakn markah kumpulan
Kuiz yang akan diberi akan diambil markahnya bagi menentukan markah
7 kumpulan. Markah kumpulan adalah berdasarkan peringatan individu.
Kumpulan yang berjaya akan diberi pengiktirafan dalam bentuk hadiah.

CADANGAN TAJUK PERBINCANGAN


kumpulan 1
Tema:
Khusyu

kumpulan 4 kumpulan 2
Topik:
Tema: Tema:
Khusyu Solat Khusyu

kumpulan 3
Tema:
Khusyu

Kumpulan 1
Tema:
Kebersihan

Kumpulan 3 Topik: Kumpulan 2


Tema:
Solat Tema:
Anggota
badan Saya Pakaian

Kumpulan 3
Tema:
Tempat

PERINGKAT PELAKSANAAN:
BIL TARIKH/MASA KETERANGAN

19hb Mei 2014 Mesyuarat membincangkan kertas kerja


1 (Isnin) kajian tindakan bagi PPID dan PPPID
9.00-9.30 Pagi bagi kawasan Brunei IIA dan Brunei III.

20hb Mei 2014 Membincangkan kertas kerja bersama


2 (Selasa) PPID, PPPID dan JKPSSU kawasan
Brunei IIA.

5,7 & 9hb Jun 2014


Program dilaksanakan bagi darjah I, II
3 (Khamis, Sabtu & Isnin)
dan II bagi kawasan IIA dan III.
Masa:

11 & 12hb Jun 2014


Program dilaksanakan bagi darjah IV &
4 (Rabu & Khamis)
V bagi kawasan IIA dan III.
Masa:

Program dilaksanakan bagi darjah VI


5 12hb Jun 2014 (Khamis)
bagi kawasan IIA dan III.

Setiap sekolah menyerahkan laporan


28hb Jun 2014
6 program ‘penghayatan solat’ kepada
(Sabtu)
PPID Brunei kawasan IIA.

Anda mungkin juga menyukai