Anda di halaman 1dari 1

Jika kita renungkan sejenak, kita akan mendapati bahawa apabila kita

melancong dalam negara kita dapat menjimatkan kos. Kerana realitinya,


jika berhajat untuk melancong ke luar negara, kita memerlukan bajet
yang besar untuk tambang pengangkutan, tempat penginapan dan makan
minum. Hal ini, akan lebih membebankan jika melibatkan kadar tukaran
wang kerana sesetengah negara yang ingin kita lawati, kadar tukaran
wangnya lebih tinggi daripada mata wang kita. Misalnya, Jepun dn Korea.
Terdapat juga kelebihan yang kita peroleh apabila melancong dalam
negara iaitu kita akan diberikan potongan harga dan diskaun oleh pihak
hotel atau pihak pengurusan taman tema. Malahan, kita boleh memandu
kenderaan sendiri untuk bergerak dari suatu destinasi ke suatu destinasi
yang lain, bukankah itu akan lebih menjimatkan bajet kita?. Deduksinya,
jika kita hendak melancong ukurlaah baju di badan sendiri kerana jika kita
melancong dalam negara, kita tidak perlu berbelanja besar dan ianya
akan menjimatkan wang.

Anda mungkin juga menyukai