Anda di halaman 1dari 2

1 PANTUN ALAM REMAJA

A MAKSUD
RANGKAP 1
Penulis tidak dapat menggambarkan kegembiraan apabila melihat kepulangan
ibunya.
RANGKAP 2
Penulis berkata bahawa dia hilang rasa takut dan risau setelah melihat kepulangan
ibunya.
RANGKAP 3
Penulis yang melihat ibunya pulang ke rumah berasa gembira yang teramat di
dalam hati.
RANGKAP 4
Penulis berkata bahawa dia dan adik-beradiknya bernyanyi apa-apa lagu sahaja
kerana berasa gembira.
RANGKAP 5
Penulis dan adik-beradiknya berasa riang ria dan bangga akan ketibaan ibu bapanya
yang pulang serentak.
RANGKAP 6
Penulis dan adik-beradiknya mendapat hadiah berupa baju dan seluar daripada ibu
bapa mereka yang pulang.
RANGKAP 7
Penulis berharap agar pembaca tidak berasa marah akannya dan adik-beradik yang
suka berpantun kerana mereka masih kecil dan suka bermanja.

B TEMA DAN PERSOALAN


Tema pantun ini ialah kegembiraan anak-anak yang menyambut kepulangan ibu
bapa dengan rasa syukur dan berterima kasih atas pemberian ibu bapa mereka.
Kepulangan ibu bapa yang dinanti-nantikan ini melambangkan ikatan kasih sayang
dan silaturahim yang kukuh antara ahli keluarga.

Persoalan
(a) Kegembiraan menanti kepulangan ibu bapa.
(b) Kebimbangan yang hilang selepas melihat ibu bapa.
(c) Kesukaan anak-anak bernyanyi dan berpantun.
(d) Kesyukuran anak-anak menyambut kepulangan ibu bapa.
(e) Penghargaan terhadap pemberian ibu bapa.
(f) Kebijaksanaan anak-anak kecil berpantun.
(g) Sikap anak-anak yang meluahkan perasaan melalui puisi tradisional.
(h) Hubungan ahli keluarga yang erat dan kukuh.
C GAYA BAHASA
(a) Responsi
Buktinya, Sebarang tari kita tarikan,
Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

(b) Imej alam atau imejan


Buktinya, kumbang, itik, ayam kinantan, ranting, kumpai,

(c) Pengulangan kata


Buktinya, Dibawa itik pulang petang,
Melihat ibu sudah pulang,

(d) Repitasi
Buktinya, Dapat di rumput bilang-bilang,
Hinggap di ranting bilang-bilang,

(e) Anafora
Buktinya, Sebarang tari kita tarikan,
Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

(f) Peribahasa
Buktinya, Tidak terkatakan besar hati;

D NILAI MURNI
(a) Kasih sayang
(b) Kesyukuran
(c) Berterima kasih
(d) Tanggungjawab

E PENGAJARAN
(a) Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mengambil berat
akan mereka.
(b) Kita mestilah bersyukur atas keselamatan ahli keluarga kita.
(c) Kita mestilah berterima kasih atas pemberian daripada siapa-siapa
sahaja kepada kita.
(d) Kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak dengan
membelikan mereka barangan keperluan asas.
(e) Kita mestilah menghargai pemberian ibu bapa kepada kita kerana
mereka bekerja keras demi kita.
(f) Kita mestilah menghargai jasa ibu bapa.

Anda mungkin juga menyukai