Anda di halaman 1dari 14

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS

HBEF1103

SOSIOLOGI DAN FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

SEMESTER SEPTEMBER 2020

NO. MATRIKULASI : 831224105766001

NO. KAD PENGNEALAN : 831224105766

NO. TELEFON : 010 200 8357

E-MEL : manosubra24@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : Tanjong Malim Learning Center


KANDUNGAN

Bil Topik Muka Surat

1. SOALAN 1 3

2. SOALAN 2
2a 4-5

3. SOALAN 2b 5-10

4. SOALAN 3 10-12

5. RUJUKAN 13-14

2
JAWAPAN : SOSIOLOGI DAN FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

JAWAPAN :

1) Sebahagian besar corak pengajaran guru di prasekolah masih mengutamakan penguasaan


3M yang lebih berbentuk akademik (Saayah Abu, 2003). Oleh yang demikian,
kemungkinan besar matlamat dan objektif sebenar pendidikan prasekolah tidak dapat
dicapai sepenuhnya. Penguasaan kemahiran sosial dan emosi (EQ) kanak-kanak perlu
diberi perhatian terlebih dahulu sebelum sebarang langkah intervensi dilakukan kepada
kanak-kanak, ini kerana penguasaan kemahiran sosial yang baik akan mempengaruhi
penguasaan kemahiran-kemahiran asas yang lain. Antara penyebab permasalahan ini
adalah keadaan persekitaran, tekanan dalam keluarga, teknik keibubapaan yang kurang
sesuai dan kurangnya ilmu pengetahuan untuk menanganinya (Mahani Razali et al.,
2009).

Fenomena ini selalu wujud di kalangan pelajar kerana pelajar tersebut mempunyai
masalah dari segi kemahiran sosial mereka sama ada secara intrapersonal atau
interpersonal. Menurut Habibah Elias dan Noran Fauziah Yaakub (2002), individu yang
mempunyai konsep kendiri yang positif biasanya bersikap riang, bercita-cita tinggi dan
penuh keyakinan, salah satu ciri penting dalam konsep kendiri yang positif ialah adanya
sikap yang mudah bersosialisasi dengan orang lain. Manakala konsep kendiri yang negatif
pula ialah individu tersebut sukar bersosialisasi iaitu susah berkawan dengan orang lain
dan orang lain juga tidak suka berkawan dengannya. Individu yang kurang kemahiran
sosial ini selalunya sentiasa dibelenggu dengan masalah dan antara ciri-ciri yang jelas
adalah mempunyai pandangan negatif atau rendah diri, tidak pandai berdikari, tidak suka
menerima pendapat orang lain dan suka menyinggung perasaan orang lain, sering
mengalami kegagalan, tidak ada keyakinan diri, selalu bersifat murung, tidak ceria dan
mempunyai personaliti yang kurang stabil. Masalah konsep kendiri ini bukan sahaja
memberi kesan negatif kepada diri malah akan menjejaskan pencapaian dari segi
akademik.

3
2) Jawapan (a) dan (b)

(a) Dalam sesuatu masyarakat terdapat pelbagai status yang berkonflik. Dalam masyarakat
Malaysia, status budaya orang Melayu merupakan budaya yang dominan. Orang Melayu
di Malaysia adalah beragama Islam, oleh itu ciri-ciri Islam diaplikasikan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Dalam sistem pendidikan Malaysia, terdapat sekolah agama dan
sekular. Stratifikasi pendidikan Malaysia memberi kebebasan untuk ibu bapa memilih
bidang yang diminati oleh kanak-kanak mereka. Dalam situasi begini, terdapat konflik
ibu bapa dan anak-anak mereka, sekolah mana yang lebih baik. Selain daripada itu,
dalam sistem pendidikan di Malaysia yang bermasyarakat majmuk, konflik berlaku
dalam penerapan budaya dominan, iaitu adakah budaya Melayu, Cina , India, Iban,
Kadazan, Dayak dan lain-lain. Oleh itu satu kebudayaan di bentuk supaya konflik dalam
melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu padu. Dalam stratifikasi pendidikan di
Malaysia, konflik sentiasa berlaku dalam aspek jenis sekolah yang perlu seorang individu
belajar, peranan guru di sekolah dan terhadap masyarakat, kurikulum yang sesuai,
kokurikulum yang perlu diceburi oleh seorang individu dan bidang kerjaya yang sesuai
untuk individu. Oleh yang demikian, pendidikan memainkan peranan yang penting
dalam meletakkan seseorang individu dalam status serta masyarakat dan ini amat ketara
di Malaysia.

Pendidikan mempengaruhi pergerakan social secara mendatar iaitu pergerakkan


seseorang dari satu kedudukan sosial kepada yang lain dalam status yang sama dan
menegak iaitu pergerakkan seseorang dari satu kedudukan sosial kepada yang lain dalam
status yang berbeza. Pergerakan social intergenerational (seorang anak mempunyai
kedudukan baik [doktor] berbanding dengan ibubapanya [guru]) dan intragenerational
(seorang guru naik pangkat menjadi guru besar dan setelah beberapa tahun bertukar
pekerjaan menjadi seorang pensyarah). Daripada sudut pandangan individu, pergerakan
sosial dapat dilihat sebagai satu peluang bagi mencapai kedudukan bernilai yang berbeza,
yang berubah dari masa ke masa bergantung pada perkembangan ekonomi umum,
migrasi dan pengagihan semula populasi apabila lapisan tidak mampu menghasilkan
individu yang berkaliber bagi melaksanakan semua kerja.

4
Di Malaysia, peranan pendidikan sebagai alat pergerakan sosial menegak sebelum
kemerdekaan sangat terhad. Dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengekalkan
struktur stratifikasi masyarakat di mana anak-anak setiap kaum masih meneruskan
pekerjaan ibu bapa mereka. Ibu bapa Melayu sebenarnya tidak mampu menghantar anak-
anak mereka ke sekolah.

Peruntukan Inggeris kepada sekolah-sekolah Melayu sangat kurang jika dibandingkan


kepada sekolah-sekolah Inggeris. Ini menyebabkan ramai anak-anak Melayu tidak
bersekolah. Ini adalah selaras dengan dasar-dasar Inggeris mahu menjadikan anak-anak
Melayu sebagai petani seperti ibu bapa mereka.

Keadaan yang sama juga berlaku kepada kaum India. Jika mereka tamat bersekolah pun,
kebanyakan peluang adalah untuk menjadi buruh-buruh di jabatan kerajaan seperti di
Jabatan Kerja Raya manakala selebihnya meneruskan kerja-kerja di ladang. Mereka yang
bersekolah Cina, pergerakan sosial adalah terhad di lengkaran komuniti Cina sendiri
kerana tiada peluang bagi mereka bekerja dengan pihak kerajaan British. Oleh itu, pada
keseluruhannya lebih banyak pergerakan mendatar berlaku.

(b) Peranan kaum, kelas dan jantina dalam pencapaian pelajar.

Pendidikan masa kini bukan hanya untuk melahirkan warganegara yang baik tetapi lebih
memfokuskan kepada warganegara global yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan
motivasi untuk menangani isu-isu kemanusiaan dan persekitaran. Dalam konteks
Malaysia pula khususnya, Pembelajaran Abad Ke 21(PA21) dalam kepelbagaian budaya
adalah untuk mewujudkan perpaduan antara pelbagai kaum dan etnik di Malaysia agar
dapat menghapuskan prasangka dan streotaip kaum dalam usaha memupuk sikap positif
dan timbul rasa hormat terhadap perbezaan etnik, bangsa, budaya. Nilai pelbagai budaya
seharusnya difahami sebagai satu set nilai yang berjalan seiring dalam sistem sosial
sesebuah masyarakat.

Dalam Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad ke-21 (2017), terdapat kemahiran-


kemahiran kritikal yang seharusnya dikuasai dalam PA21 yang dikemukakan oleh
Persatuan Pendidik Amerika menyatakan terdapat empat kemahiran spesifik yang paling
penting iaitu kemahiran pemikiran kritikal, komunikasi, kolaborasi, dan kreativiti (4C).

5
Dinyatakan juga, menurut James (2017) kebelakangan ini terdapat pula usaha untuk
menambah 2C dalam PA21 iaitu kewarganegaraan (citizenship) dan karektor (character).
Selain, panduan tersebut juga merujuk kepada Model Osler dan Starkey (2005) yang
menjelaskan dalam aspek kewarganegaraan seorang pelajar seharusnya tahu peranan
masing-masing sebagai warganegara berhubung soal status, hak, amalan dan kompetensi.

Manakala dalam aspek pembangunan karektor pula, PA21 diharapkan mempunyai


kebolehan dan kemahiran untuk memimpin dan berkolaboratif dengan orang lain.

Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015, (2012) dalam


Anjakan 3: Melahirkan rakyat yang menghayati nilai menjelaskan “Murid hari ini akan
mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat, daripada kemusnahan alam sekitar
hinggalah kepada konflik bersenjata. Untuk berjaya mengharungi segala cabaran ini
murid bukan sahaja perlu memiliki kemahiran memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat
seperti integriti, belas kasihan, adil, dan altruisme yang dapat membimbing mereka
dalam membuat keputusan beretika. Pada masa yang sama, pembangunan warganegara
yang global perlu diimbangi dengan pembangunan identiti nasional yang kukuh.

Dengan demikian, setiap murid meninggalkan alam persekolahan sebagai seorang warga
global yang telah dipupuk dengan nilai teras sejagat dan memiliki identiti nasional yang
utuh. Nilai yang telah dipelajari akan diamalkan dalam kehidupan harian, yang
seterusnya menghasilkan tingkah laku sivik, seperti peningkatan dalam aktiviti sukarela;
penerimaan individu berlainan bangsa, agama dan etnik; menghindari perbuatan rasuah
dan jenayah serta menunjukkan tingkah laku amanah dan berintegriti. Selain itu, setiap
murid yang tamat persekolahan bersedia menjadi pemimpin bagi diri dan keluarga
mereka, atau sebagai sebahagian daripada komuniti yang lebih besar, serta negara (Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, 2012).

Dalam sistem persekolahan negara ini, kurikulum yang diguna pakai disebut
sebagai Kurikulum Kebangsaan. Menurut Akta Pendidikan (1996), Kurikulum
Kebangsaan merupakan suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan
kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,
unsur kebudayaan dan kepercayaan. Tujuannya adalah untuk membantu perkembangan
seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta

6
menanam dan mempertingkat nilai moral yang diingini untuk menyampaikan
pengetahuan (KPM 2012).

Kurikulum terbahagi kepada dua iaitu kurikulum terancang dan kurikulum terpendam.
Kurikulum terancang dianggap sebagai usaha menyedia dan melengkapkan pelajar
dengan pelbagai pengalaman pembelajaran dari segi pengetahuan, pemikiran, perasaan,
perbuatan serta perlakuan yang diiktiraf. Kurikulum terpendam dapat diertikan
sebagai menyediakan pengalaman pelajar secara tidak terancang yang timbul daripada
situasi yang terdapat di sekolah. Berdasarkan perspektif ini, kurikulum pendidikan
sekolah digubal bertujuan untuk menanam dan memupuk nilai serta tatacara hidup
masyarakat dan selanjutnya memastikan kewujudan budaya dan peradaban masyarakat
itu berterusan (Sharifah Nor Puteh 2009).

Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan murid yang
lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi serta menyemai, menanam dan
memupuk nilai-nilai akhlak yang diingini di samping menyampaikan ilmu pengetahuan.
Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat
yang mendukung cita-cita Negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan
Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan
negara. Oleh itu, ciri-ciri afektif individu yang meliputi perasaan, emosi, sentimen, sikap
dan nilai perlu dibimbing dan dididik untuk membina sifat-sifat yang sihat untuk tujuan
perpaduan Negara (Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar
Pelajaran 1979).

Dasar pendidikan kebangsaan bertanggungjawab mewujudkan perpaduan dan integrasi


kaum dalam kalangan pelajar melalui program pendidikan termasuk kurikulum dan
kokurikulum yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan untuk perkembangan menyeluruh murid dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Program-program pendidikan yang dilaksanakan dapat
membantu murid bersatu padu, bertolak ansur, penyayang, mempunyai nilai-nilai positif,
patriotik dan bangga terhadap negara selaras dengan prinsip Rukun Negara (KPM 2012).
Beberapa strategi pelaksanaan yang dikenal pasti boleh mewujudkan kesepaduan sosial
dalam kurikulum sekolah ialah :

7
a. Menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di institusi
pendidikan dan mewajibkan pengajaran bahasa kebangsaan di institusi pendidikan
yang bahasa pengantar utama bukan Bahasa Kebangsaan Laporan Razak 1956
mengesyorkan bahawa bahasa kebangsaan dijadikan bahasa pengantar utama di
sekolah-sekolah dan syor ini dikekalkan hingga ke hari ini. Seksyen 17(1) Akta
Pendidikan 1996 menyatakan, bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa
pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan
Kebangsaan dan jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah
selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai
mata pelajaran wajib di insitusi pendidikan itu. Ini bermakna, Bahasa Melayu adalah
bahasa pengantar di semua institusi pendidikan kebangsaan. Bagi sekolah jenis
kebangsaan (SJKC) dan (SJKT), yang menggunakan bahasa Inggeris, bahasa Cina
dan bahasa Tamil sebagai bahasa penghantar, bahasa Melayu wajib dipelajari di
sekolah.

Ini kerana bahasa adalah alat komunikasi yang berkesan dan bertujuan melahirkan
satu identiti kebangsaan. Perlaksanaannya yang berteraskan Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan dan beberapa laporan dan akta-akta pendidikan
membolehkan semua kaum berkomunikasi secara berkesan menggunakan bahasa
Melayu dan mempunyai latar belakang pendidikan yang sama, sumber yang sama,
matlamat yang sama dalam membentuk identiti kebangsaan.

b. Penggunaan Kurikulum Kebangsaan di semua sekolah dalam sistem pendidikan


kebangsaan.

Hubungan kurikulum sekolah dengan perpaduan negara adalah rapat kerana selain
dari memberi ilmu pengetahuan, kurikulum boleh membentuk keperibadian dan
perwatakan murid yang baik yang boleh membawa ke arah perpaduan. Penggubalan
dasar pendidikan di Malaysia didasari oleh rasional bahawa penyeragaman kurikulum
yang diperkukuh oleh satu bahasa yang sama akan mendukung pembentukan
pandangan yang homogenus serta nilai teras yang sama bagi mewujudkan budaya
yang sama sebagai asas pemupukan kesepaduan sosial dan perpaduan negara (KPM
2012).

8
Laporan Razak 1956 telah menetapkan penggunaan kurikulum yang sama dan
bercorak tempatan bagi semua institusi pendidikan kebangsaan. Laporan Rahman
Talib 1960 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 yang menyemak semula Penyata
Razak juga menitikberatkan perlunya kurikulum sekolah disesuaikan dengan keadaan
keperluan negara dan bersifat tempatan bagi mempercepatkan proses ke arah
perpaduan. Seksyen 18(2) Akta Pendidikan 1996 menyatakan semua sekolah
kerajaan, bantuan kerajaan dan juga swasta wajib menggunakan Kurikulum
Kebangsaan. Sekolah swasta disifatkan mematuhi peraturan ini jika mata pelajaran
teras diajar di sekolah tersebut.

Penggunaan kurikulum yang sama membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan,


kemahiran dan nilai yang sama pada akhir pembelajaran berdasarkan objektif dan
matlamat yang sama. Kurikulum Kebangsaan yang dipelajari dapat melahirkan pelajar
yang lebih kenal negaranya dan seterusnya meningkatkan semangat patriotism dalam
kalangan pelajar. Pemupukan nilai-nilai multiculturalism antara kaum bagi
mewujudkan kesepaduan sosial tidak menjadi masalah selagi mereka setia kepada
negara (Segawa 2007).

Secara umumnya, keterlibatan murid di sekolah meliputi tiga faktor atau domain yang
merupakan dimensi paling kritikal untuk mengukur keterlibatan murid di sekolah iaitu
keterlibatan afektif, keterlibatan tingkah laku dan keterlibatan kognitif (Fredricks,
Blumenfeld & Paris, 2004; Lam, et al., 2012). Keterlibatan murid menurut Fredricks,
Blumenfeld & Friedel (2005) dan Lam et al., (2012) adalah gabungan tiga konstruk
iaitu keterlibatan afektif, keterlibatan tingkah laku dan keterlibatan kognitif yang
boleh menjelaskan bagaimana seseorang murid itu berkelakuan, berperasaan dan
berfikir di sekolah.

Keterlibatan afektif diertikan sebagai perasaan dan emosi murid terhadap sesuatu
pembelajaran (Skinner & Belmont, 1993) dan sekolah yang mereka hadir. Perasaan
keberadaan murid di sekolah termasuklah perasaan terhadap guru dan rakan sebaya. Ia
menggambarkan perasaan gembira murid dan kesungguhan dalam melaksanakan
tugasan sekolah dan tugas lain yang diamanahkan. Selain itu, perasaan negatif seperti
rasa takut, bimbang dan bosan juga menggambarkan emosi mereka. Menurut Lam et
al., (2012), perasaan seseorang murid tentang aktiviti pembelajaran mencerminkan

9
motivasi intrinsik manakala perasaan tentang sekolah adalah manisfitasi kepada ikatan
sekolah. Murid yang mengalami keterlibatan afektif tinggi merasa seronok belajar dan
gembira pergi ke sekolah.

Keterlibatan tingkah laku murid ditakrifkan sebagai peruntukan masa kepada tugas,
tingkah laku murid semasa belajar, kehadiran mereka ke kelas dan sekolah serta murid
bertindak aktif dalam perbincangan kelas. Menurut Lam et al., (2012), keterlibatan
tingkah laku merujuk kepada murid yang mempunyai keterlibatan di sekolah dalam
mempelajari aktiviti kurikulum dan kokurikulum di mana mereka rajin dalam
pembelajaran di bilik darjah dan aktif aktiviti kokurikulum.

Keterlibatan kognitif pula merujuk kepada jumlah dan jenis strategi kognitif yang
digunakan oleh murid. Ia lebih menekankan kepada keterlibatan yang melibatkan
intelek dan penguasaan murid terhadap akademik, usaha, hasil mereka dalam kerja
dan strategi pembelajaran. Dalam aktiviti pembelajaran, murid menggunakan strategi
pemerosesan mendalam atau strategi pemerosesan permukaan. Pemerosesan
mendalam dikaitkan dengan elaborasi kognitif bahan yang dipelajari, manakala
pemerosesan permukaan melibatkan ingatan dan hafalan, ulangan latihan dan aktiviti
lain yang melibatkan hubungan cetek dengan bahan yang dipelajari. Murid yang
mengalami pemerosesan mendalam mempunyai fahaman dan pengekalan bermakna
terhadap bahan yang dipelajari. Secara ringkasnya, keterlibatan kognitif disifatkan
sebagai satu ciri individu yang memudahkan interaksi dalam konteks sekolah dan
menggalakkan keterlibatan murid (Mahatmya, Lohman, Matjasco & Farb, 2012).

3) Dua cara seseorang individu boleh menyumbang dalam memperbaiki situasi yang
dibayangkan ialah melalui 2 teori yang dikemukakan oleh Johann Heinrich Pestalozzi dan
Froebelion.

a) Johann Heinrich Pestalozzi (1746-1827)

Mengikut pendapat beliau, ibu adalah guru terbaik dalam mendidik kanak-kanak dan
bertepatan seperti kata pujangga Arab ‫ أامدرسة أول م األ‬bererti ibu adalah sekolah pertama
bagi anak-anaknya. Antara falsafah Pestalozzi ialah teknik pengajaran mengingat dan

10
menghafal tidak berkesan pada pendidikan awal kanak-kanak. Sebaliknya, beliau
menekankan penggunaan bahan maujud dan penerokaan kendiri dalam mengajar
kanakkanak. Sumbangan berharga Pestalozzi ialah pembentukan kaedah pengajaran yang
bersesuaian dengan keperluan individu. Beliau percaya kanak-kanak perlu terlibat dalam
aktiviti yang bermakna bagi mereka, iaitu yang berasaskan minat dan pengalaman mereka.
Beliau turut mencadangkan agar kanak-kanak diajar berdasarkan tahap keupayaan dan
usaha mereka. Pestalozzi percaya bahawa pendidikan berasaskan pengalaman deria.
Kanak-kanak mampu mencapai potensi semula jadi mereka melalui pengalaman deria
yang bersesuaian. Teknik pengajaran berasaskan objek, yang berasal daripada kepercayaan
ini. Cara terbaik dalam konsep pembelajaran ialah menerusi manipulatif seperti mengira,
mengukur, merasa, dan menyentuh. Memetik kata-kata Gordon & Brown (1989:310):
"Young children are like sponges; they absorb everything going on about them. Since they
are young, the world is new and fresh.Therefore children do not discriminate between
what is prepared and structured for them to learn and whatever else happens to them at
school. It is all learning".

b) Froebelion

Beliau adalah seorang tokoh pendidikan dari Jerman. Beliau digelar sebagai “Bapa
Tadika”. Pada tahun 1837, beliau menubuh sekolah taman kanak- kanak yang dinamakan
“kindergarden”. Beliau adalah seorang yang kuat beragama dan menganggap manusia
secara semulajadinya adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan manifestasi
terhadap Tuhan. Menurut beliau “kanak- kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik
umpama tukang kebun, “kindergarten” pula ialah taman untuk kanak- kanak. Oleh itu,
kanak- kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak- kanak
berkembang melalui main”. Antara idea- idea Froebel ialah taman kanak- kanak perlulah
dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak- kanak. Sekurang-kurangnya
ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya,
dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar- gambar. Bilik perlu dilengkapi
dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak- kanak. Keadaan bilik tidak sempit kerana
akan menyusahkan perjalanan aktiviti. Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan
pemandangan, bunyi- bunyian dan objek- objek untuk kanak- kanak yang mempunyai
bentuk yang mudah, saiz dan warna. Suasana di taman kanak- kanak hendaklah dapat
mengawal kanak- kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan

11
bahaya alam semulajadi. Di taman kanak- kanak perlu dipupuk dengan perkembangan
mental, fizikal dan sosial kanak- kanak. Taman kanak- kanak merupakan satu pendekatan
terhadap latihan kanak- kanak. Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-
kanak. Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak. Menurut
beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan.
Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak- kanak dan belajar melalui membuat.
Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya
menimbulkan minat dalam pembelajarannya. Beliau menekankan disiplin diri terhadap
kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah penting bagi kanak- kanak. Pembelajaran
bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama lain.

12
Rujukan

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah terpilih. Petaling
Jaya : International Law Book Services.

Fredricks, J. A., Blumenfeld, P.C., & Paris A. H. (2004). School engagement: Potential of the
concept, state of the evidence. Review of Educational Research, 74, 59–109.

Habibah Elias & Noran Fauziah Yaakub (2002). Psikologi personaliti. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

James Ang Jet Ing. 2017. “Kehendak Pendidikan abad ke-21” dalam Panduan Pelaksanaan
Pendidikan Abad ke-21. 2017. Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. 2012. Dasar Pendidikan


Kebangsaan. Putrajaya:Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lam, S. F., Jimerson, S., Kikas, E. Cefai, C., Verga, F. H., Nelson, B., Hatzichristou, C.,
Polychroni, F., Basnett, J., Duck, R., Farrell, P., Liu, Y., Negovan, V., Shin, H., Stanculescu,
E., Wong, B. P. H., Yang, H. & Zollneritsch, J. (2012). Do girls and boys perceive
themselves as equally engaged in school? The result of an international study from 12
countries. Journal of School Psychology, 50(1), 77-94.

Mahani Razali, Mahizer Hamzah & Nor Junainah Mohd. Isa. (2009). Memahami
Tingkahlaku Kanak-Kanak. Petaling Jaya: YCR Distributors Sdn.Bhd.

13
Mahatmya, D. Lohman, B. J., Matjasco, J. L. & Farb, A.F. (2012). Engagement across
developmental periods. In L. Sandy Christenson, Amy L. Reschly & Cathy Wylie (Eds.),
Handbook of research on student engagement, (pp. 45-64). New York: Springer.

Osler, A dan Starkey, H. 2005. Changing cizitenship: Democracy and inclusion in education.
Maidenhead: Open University Press.

Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad ke-21. 2017. Institut Aminuddin Baki, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Saayah Abu (2003). Pelaksanaan belajar melalui bermain di tadika-tadika kawasan Melaka
Tengah, Melaka. Insitut Pendidikan Guru Malaysia: Kampus Pendidikan Islam.

Segawa, N. 2007. Malaysia’s 1996 Education Act: The impact of a Multiculturalism-type


Approach on National Integration. Journal of Social Issues in Southeast Asia. 22(1): 30-56.

Sharifah Nor Puteh. 2009. Pendidikan nilai dalam kurikulum persekolahan di Malaysia. Dlm.
Mohd Arif Ismail & Amla Salleh. Media: Penerapan dan Pemupukan Nilai. Hlm. 17-30. Shah
Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Skinner, E. A., & Belmont, M. J. (1993). Motivation in the classroom: Reciprocal effects of
teacher behavior and student engagement across the school year. Journal of Educational
Psychology, 85, 571-581.

14

Anda mungkin juga menyukai