Anda di halaman 1dari 2

 

 
Yang Berusaha Saudari Pengacara Majlis,
Penolong-penolong Kanan, guru-guru Dan seterusnya ibu bapa serta
para hadirin yang saya muliakan. Pertamanya, izinkan saya melafaz
dan menzahirkan rasa kesyukuran kerana dapat berkumpul di
sekolah ini bagi melaksanakan satu lagi agenda pendidikan yang
diatur oleh Pihak pengurusan sekolah SK2 Jalan Meru. Ucapan
syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola majlis ini yang
tentunya telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini berjalan
lancar dan teratur. Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak
terhingga kepada seluruh warga kerja atas inisiatif dan kesungguhan
yang ditunjukkan bagi menjayakan majlis hari ini. Kita sedar, majlis
seumpama ini amat perlu dijalankan untuk memberi makna kepada
kehidupan anak-anak yang bakal mewarisi masa depan Negara.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Saya ingin merakamkan ucapan
tahniah dan syabas kepada para guru yang menjadi nadi atau tulang
belakang sehingga membuahkan kejayaan murid-murid SK2JM.
Sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan, kejayaan seorang pelajar tidak
hanya terletak pada usaha dan kesungguhan yang dimainkan oleh
guru semata-mata. Kita sedar, bahawa guru-guru di peringkat sekolah
rendah perlu harus „memberi‟, agar para pelajar bersedia untuk
„menerima‟.
Selain insan yang sering memberi cahaya itu, guru-guru sentiasa
memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan anak-
anak murid yang dikasihi. Malahan tuan-tuan dan puan-puan, pada
saya yang paling utama tunjang kejayaan adalah terletak pada guru,
yang sentiasa mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi
semata-mata ingin mengecapi kecemerlangan anak didikannya.
Sesungguhnya kita harus sedar bahawa dalam usaha menuju ke
puncak, banyak laluan sukar yang perlu ditempuhi.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Sekali lagi saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
tahniah dan syabas kepada semua GURU pada hari ini. Saya sangat
berharap agar kecemerlangan yang ditunjukkan oleh guru akan
menjadi Tunjang demi kesejahteraan sekolah.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan menghadiahkan sebuah
sajak.