Anda di halaman 1dari 7

“MAJLIS LAMBAIAN KASIH MENGGAMIT MEMORI”

PERKARA/ BUTIRAN CATATAN


MASA
Assalamualaikum salam sejahtera,
Titipan pantun membuka bicara,
Berhimpun kita bertemu mesra,
peraraka Mengikat erat kasih saudara.
n masuk
para Mencari timba si anak dara,
tetamu Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Bismilahirahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi taaala
wabarakatu..

Yang berusaha,
En. Razali Bin Md Taib
Pengetua SMK Tanah Merah,

Yang diraikan,
Pn Norehan Binti Abdullah
Cik Cik Farahana Binti Abd Rahim
Pn. Azieyana Binti Mohd Ariffin
Pn. Fairus Binti Mohammed Sohor

Yang dihormati,

En. Balan A/L Pachiapan


Yang Dipertua PIBG SMK Tanah Merah,

Pn. Norrohani Binti Othman


Pn. Penolong kanan hal ehwal murid

En Ayappan a/l Muniappan


Penolong kanan ko-kurikulum

Seterusnya barisan guru serta hadirin yang dikasihi


sekalian.
Puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurniaNya dapat sama-sama kita berkumpul di hotel
ini bagi meraikan “Majlis lambaian Kasih Menggamit
Memori” sempena pertukaran beberapa orang guru
SMK Tanah Merah ke sekolah lain. Semoga
kehadiran tuan puan akan dapat memeriahkan lagi
majlis disamping dapat mengukuhkan lagi tautan
kemesraan dalam kalangan warga sekolah.

Hadirin yang dimuliakan,


Bacaan
doa Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca  memohon rahmat,
Moga majlis setiasa diberkati

Bagi memberkati Majlis kita pada pagi yang penuh


bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh: Al Fadhil Ustaz Hadlisham Bin
Muhamad. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz atas bacaan doa
itu tadi.

Malam hari berlagu ungags


Ucapan Memecah kesunyian di dalam hutan
GB Walaupun terpisah tempat dan tugas
Budi mu puan dalam kenangan

Seterusnya  beralih pula kita ke ucapan aluan oleh


yang berusaha EN. RAZALI BIN MD TAIB selaku
PENGETUA SMK TANAH MERAH. majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
Ucapan PENGETUA
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En.
Razali Bin Md. Taib atas kesudian menyampaikan
ucapan sebentar tadi.

Walau sedetik Cuma


Ucapan ia amat mahal untuk dinilai
pn malini Ia amat luas untuk diukur
Bicara mu para kanda bak tinta di jiwa kami

Menguntum senyummu kanda,


membunga di hati kami
Teguranmu pasti membina kami
nasihatmu pasti kami tak lupa
jasa kalian pasti kami abadikan
tinta kami ini adalah titipan kasih buatmu kanda
bukan sekadar metafora dalam kuntuman sajak
yang berpalut kiasan wacana

Pada hari bersejarah ini


tak kan lengkap majlis kita, jika  insan istimewa yang
diraikan ini tidak berbicara,

buat terakhir kalinya, kita dengarkan  ucapan untai


mutiara kata daripada yang diraikan.

1) Ucapan dimulakan dengan ucapan daripada Pn.


Norehan Binti Abdullah. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

*Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Pn. Norehan atas ucapan itu
tadi.

2) Seterusnya, ucapan diteruskan oleh Cik Cik


farahana Binti Abd Rahim. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

*Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Cik Cik farahana atas ucapan itu
tadi.
3) Seterusnya, ucapan diteruskan oleh Pn. Azieyana
Bt Mohd Ariffin. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

*Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Pn. Azieyana atas ucapan itu
tadi.

4) Seterusnya, ucapan diteruskan oleh Pn. Fairus


Binti Mohammed Sohor Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

*Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Pn. Fairus atas ucapan itu tadi.

** hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis pada hari ini bukan sahaja kita meraikan
rakan2 guru yang berpindah, tetapi kita juga turut
meraikan rakan2 guru baharu yang baru berkhidmat
disekolah ini. Kami warga SMKTM sangat berbesar
hati menerima kedatangan guru2 baru di sekolah
kita.

Oleh itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan guru


baharu yang diwakili oleh En. Shamsuri Bin Ali. Majlis
mempersilakan.

*Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada En. Shamsuri atas ucapan itu
tadi.

makan Hadirin yang dimuliakan, tibalah masa yang dinantikan iaitu


menikmati jamuan. Dipersilakan semua tetamu untuk
menikmati juadah yang telah disediakan.

Banyak duri perkara duri


Tidak sama duri mengkuang
Banyak duri perkara budi
Tidak sama budimu seorang
**Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara Nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Semoga tautan kasih kami akan kekal utuh menjadi


selingkar kenangan kepada puan,
selaut kasih,selangit  kasturi,
seharum setanggi,sejambak bunga terima kasih,
Titipan kasih buatmu

Tayangan Sudah biasa kita dengari,


montaj Patah tumbuh hilang berganti,
Namun tak sama cikgu malini,
Tak mungkin ada galang ganti.

Seketika kita sama-sama saksikan tayangan video,


detik-detik bahagia ….kenangan terindah sepanjang
guru-guru yang berpindah ini berada di smk tanah
merah

*Sekalung penghargaan buat semua ajk Kelab guru


& staff yang telah bertungkus-lumus menjayakan
klip video ini sama ada secara langsung mahupun
tidak langsung.

Penyamp Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian 


aian bingkisan cenderamata kenang –kenangan kepada za
cendera kepada pn malini.
mata Majlis menjemput Puan Sabariah untuk
menyampaikan cenderamata sebagai tanda
penghargaan dan kenang-kenangan buat Pn. malini.
Dipersilakan kanda, Puan malini untuk menerima
cenderamata tersebut.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada 


puan sabariah kerana sudi menyempurnakan majlis.

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian  


Plpehadiah cenderamata sebagai kenang-kenangan buat insan
yang kita raikan pada hari ini.

Sebelum itu, majlis dengan segala hormatnya k.farid


mempersilakan Puan Norehan menerima
cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

1. kita mulakan dengan penyampaian cenderamata


daripada wakil_________. Seterusnya, wakil
daripada__________
2. Seterusnya, penyampaian cenderamata kepada
Cik Cik Farahana. Dengan segala hormatnya
mempersilakan.

##kita mulakan dengan penyampaian cenderamata


daripada wakil___________.

3. Seterusnya, penyampaian cenderamata kepada


Pn. Azieyana. Dengan segala hormatnya
mempersilakan.

##kita mulakan dengan penyampaian cenderamata


daripada wakil___________.

4. Seterusnya, penyampaian cenderamata kepada


Pn. Fairus. Dengan segala hormatnya
mempersilakan.

##kita mulakan dengan penyampaian cenderamata


daripada wakil___________.

Bagi pihak rakan-rakan guru yang berpindah, kami


merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada
semua warga SMKTM atas penghargaan dan
cenderamata sebentar tadi.

pp Begitulah tadi, upacara penyampaian cenderamata


kenang-kenangan khusus daripada warga SMKTM
kepada insan yang diraikan.
Kain songket cantik kilauan
Ditenung oleh orang kemaman
Tak terbalas budimu puan
kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan.

Tiba waktunya untuk menyusun jari


Membuang segala kelikir bersalut di hati
Maafkan kami andai ada salah silap tanpa disedari
Agar saat perpisahan ini indah
Berbunga mesra dalam jambangan ingatan
Kepada kanda kami berseru
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu
Selamat melangkah ke alam baharu
Semoga Allah sentiasa memberkati mu

Sekian, terima kasih…semoga kita berjumpa lagi..

Anda mungkin juga menyukai