Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN LA SALLE (1) JINJANG,

JINJANG UTARA ,
52000 KUALA LUMPUR .

PROGRAM BICARA DAN


CAKNA KEMENJADIAN MURID
BERSAMA IBUBAPA TAHUN 6
(18 JANUARI 2020 )
ANJURAN JAWATANKUASA KECEMERLANGAN UPSR DAN

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING DENGAN KERJASAMA PIBG SK LA SALLE (1) JINJANG
KERTAS CADANGAN PROGRAM BICARA DAN CAKNA
KEMENJADIAN MURID BERSAMA IBUBAPA TAHUN 6 SESI 2020
SK LA SALLE (1) JINJANG

Pengenalan

Kertas Kerja Program Bicara dan Cakna Kemenjadian murid bersama ibubapa tahun 6
2020 ini dirangka khas untuk memberikan maklumat dan pendedahan kepada ibu bapa murid
terbabit mengenai peranan mereka dalam menggalakkan anak-anak mereka mengulangkaji
pelajaran dan memantau perkembangan anak-anak mereka dalam pencapaian akademik.
Selain itu, usaha untuk menganjurkan program ini membolehkan pihak sekolah mendedahkan
mengenai perancangan program-program dan aktiviti berkaitan PPSR yang akan dijalankan
sepanjang tahun 2020.

Objektif

i. Menyediakan kemahiran dan pendedahan kepada ibu bapa mengenai peranan mereka
untuk meningkatkan pencapaian anak-anak mereka dalam PPSR dan UPSR yang akan
datang.
ii. Meningkatkan kerjasama antara guru dengan ibu bapa dalam menjalankan program
kecemerlangan UPSR.
iii. Meningkatkan tahap motivasi murid-murid agar mereka sentiasa berada dalam keadaan
bersemangat dan berdaya saing tinggi untuk mengejar kecemerlangan pada masa depan.

Rasional

Kerjasama antara guru-guru dan ibu bapa melalui program ini membolehkan perancangan
dapat dibuat dengan lebih berkesan. Ia juga membolehkan ibu bapa dan guru-guru dapat
bertukar pandangan mengenai program yang sesuai untuk meningkatkan pencapaian murid-
murid Tahun 6 dalam PPSR sesi 2020.

Sasaran

72 orang murid Tahun 6 dan ibu bapa/ penjaga

Tarikh Cadangan

18 Januari 2020 (SABTU)


Tempat

Dewan Terbuka SK La Salle (1) Jinjang, Kuala Lumpur

Tentatif Program

Lampiran A

Penutup

Semoga program ini mencapai objektif yang digariskan dan mendapat sokongan serta
kerjasama dari semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dalam
menjayakan program ini. Semoga dengan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah ini
memberi impak yang positif kepada semua yang terlibat.

Disediakan oleh, Disahkan oleh:

(FAISAL SYUKRI BIN ABDUL HAMID) (ENCIK XAVIER A/L R. MOSES)

Guru Bimbingan & Kaunseling, Guru Besar

SK La Salle Jinjang (1), Kuala Lumpur SK La Salle Jinjang (1), Kuala Lumpur.
ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM BICARA DAN CAKNA KEMENJADIAN MURID
BERSAMA IBU BAPA TAHUN 6 SESI 2020

BIL TUJUAN ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Bayaran Penceramah RM250.00

(Ceramah Keibubapaan)

JUMLAH RM 250.00

SUMBER KEWANGAN

Sumbangan PIBG

TENTATIF PROGRAM BICARA DAN CAKNA KEMENJADIAN MURID BERSAMA IBUBAPA TAHUN 6

18 JANUARI 2020 (SABTU)

8.00 pagi : Pendaftaran Peserta

8.30 pagi : Ucapan Pengerusi Majlis

8.35 pagi : Nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan lagu Wilayah

8.40 pagi : Bacaan doa

8.45 pagi : Ucapan YDP PIBG

9.00 pagi : Taklimat PPSR/Perancangan Program Tahun 6

Oleh Guru Besar

10.00 pagi : Ikrar/akujanji murid-murid Tahun 6

10.10 pagi : Ceramah Keibubapaan

11.50 pagi : Soal jawab

12.00 tengahari : Bersurai / Mengemaskan dewan

Anda mungkin juga menyukai