Anda di halaman 1dari 1

IMBUHAN PINJAMAN

1 mahaguru guru yang tertinggi pangkatnya di maktab perguruan atau universiti, profesor, ketua sesuatu
kumpulan silat.
2 maharaja raja besar, gelaran atau sebutan bagi orang besar
3 maharani isteri kepada maharaj/raja
4 mahasiswa penuntut lelaki di universiti
5 mahasiswi penuntut perempuan di universiti
6 tatacara susunan acara, agenda
7 tatabahasa pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat ( penyusunan
kata dalam ayat) dan lain-lain, nahu.
8 tatacara cara dan peraturan
9 tatanegara susunan dan bentuk pemerintahan negara.
10 tatasusila adat sopan-santun dan budi perkerti yang baik.
11 tatatertib peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi, disiplin.
12 angkasawan orang yang pergi ke angkasa lepas.
13 bangsawan orang yang berbangsa atau keturunan mulia.
14 budayawan ahli dalam bidang kebudayaan (tamadun, peradaban)
15 cendekiawan orang atau golongan cerdik pandai, terpelajar, intelektual
16 dermawan orang yang suka menderma ( pemurah )
17 jelitawan gadis atau wanita yang jelita atau cantik
18 jutawan orang yang kaya dan memiliki harta yang banyak
19 hartawan berharta , kaya
20 wartawan orang yang menulis berita atau rencana untuk media massa
21 usahawan orang lelaki yang mengusahakan sesuatu perusahaaan, pengusaha
22 usahawati orang perempuan yang mengusahakan sesuatu perusahaaan, pengusaha
23 karyawan penghasil karya, pencipta atau penulis
24 negarawan orang yang mahir dengan cara pemerintahan negara, orang yang memegang atau pernah
memegangntampuk pemerintahan sesebuah negara.
25 sasterawan orang yg menghasilkan karya sastera, pengarang, pujangga, ahli sastera
26 olahragawan orang lelaki yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam olahraga.
27 olahragawati orang perempuan yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam olahraga.
28 peragawan lelaki yang mempamerkan atau memperagakan pakaian
29 peragawati Perempuan yang mempamerkan atau memperagakan pakaian
30 pustakawan orang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang perpustakaan dan terlibat dalam
pengurusan perpustakaan, ahli perpustakaan.
31 rupawan perempuan yang cantik
32 sejarawan ahli sejarah, pakar sejarah
33 sukarelawan orang lelaki yang melakukan sesuatu dengan suka rela.
34 sukarelawati orang perempuan yang melakukan sesuatu dengan sukarela
35 budiman orang yang berbudi
36 seniman orang lelaki yang mempunyai bakat seni dan dapat mencipta hasil seni serta dapat memperagakan
hasil seninya seperti pelukis, penyair, penyanyi.
37 seniwati orang perempuan yang mempunyai bakat seni dan dapat mencipta hasil seni serta dapat
memperagakan hasil seninya seperti pelukis, penyair, penyanyi.
38 biduanita penyanyi atau pelakon wanita

Anda mungkin juga menyukai