Anda di halaman 1dari 2

Kawasan Rukun Tetangga (KRT)

Taman Mengkibol Fasa 3


86000 Kluang,
Johor

Tarikh :

Kepada:

Puan Yang Dipertua


Majlis Perbandaran Kluang
Kluang

Melalui :

Jurutera
Bahagian Kejuruteraan
Majlis Perbandaran Kluang
Kluang

Puan,

PERMOHONAN UNTUK MENDIRIKAN BALAIRAYA BAGI KAWASAN


RUKUN TETANGGA TAMAN MENGKIBOL FASA 3

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Kami dengan ini memohon jasabaik Puan Yang Dipertua agar dapat
mempertimbangkan permohonan kami bagi mendirikan struktur bangunan
(balairaya) bagi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Fasa 3.

Untuk pengetahuan puan, Kawasan Rukun Tetangga ini ditubuhkan pada XXXXXX
dan mewakili penduduk yang menghuni sejumlah XXXX buah rumah yang terdapat
di dalam Taman Mengkibol Fasa 3. Jumlah penduduk sekitar XXXX orang dan
pengundi berdaftar pula sekitar XXXX di mana terdapat XXXX fasa dengan XXXX
buah rumah dan XXXX yang sedang dalam pembinaan. Penduduk penduduk adalah
terdiri dari keturunan Cina (XXX%) India (XXX%) dan Melayu (XXX%) di mana
kawasan ini berdekatan dengan Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah
Kebangsaan.

Pihak kami memohon pihak puan dapat membantu membina bangunan/balairaya di


tanah rezab (tapak) KRT di mana kawasan tersebut telah dikenalpasti dan disahkan
sebagai tapak KRT sebagaimana Salinan surat yang disertakan.
Bersama surat ini juga kami sertakan lakaran peta tapak/pelan untuk tindakan
pihak puan.

Kami berharap permohonan ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari
pihak Puan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kluang bagi kami dapat menjalankan
aktiviti KRT dan aktiviti perpaduan untuk penduduk penduduk taman kami.

Perhatian dan jasabaik pihak Puan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

(XXXXXXXX)
Setiausaha
Kawasan Rukun Tetangga Taman Mengkibol Fasa 3
Kluang.

Anda mungkin juga menyukai