Anda di halaman 1dari 50

Persetiaan Pengakap Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya,

saya akan:Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara Menolong orang pada setiap masa Menurut undang-undang pengakap

Undang - Undang Pengakap Pertama ~ Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. Kedua ~ Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya. Ketiga ~ Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. Keempat ~ Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. Kelima ~ Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. Keenam ~ Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang. Ketujuh ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibubapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan. Kelapan ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan. Kesembilan ~ Pengakap itu jimat dan cermat Kesepuluh ~ Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

Hormat Pengakap 1. Apabila menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan dan penghormatan. 2. Apabila menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol. 3. Selapas dan apabila menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap. 4. Apabila Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan. 5. Dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.

Lambang Pengakap Malaysia

Logo Warna Melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu: taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara. melambangkan unit-unit pengakap: kuning bagi Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja.

Pecahan tiga kelopak

Warna kuning, hijau dan merah

Dua buah bintang pecah lima melambangkan Undangberwarna hijau pada kelopak undang Pengakap yang

kiri dan kelopak kanan Ikatan hijau Lingkaran tali berwarna kuning Warna kuning pada anak bulan dan bintang

sepuluh itu. menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap. melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu agama Islam. menunjukkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. melambangkan 14 buah negeri(termasuk Wilayah Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.

Bintang pecah 14(warna kuning)

Kebenaran penggunaan Lambang Persekutuan Seksyen 13; semakan Akta Parlimen, Akta No. 409 tahun 1989; Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 menetapkan: 1. Tiadalah sesiapa jua, yang bukan seorang Pengakap, boleh memakai, membawa atau menunjukkan di tempat awam secara yang akan menyebabkan orang itu disangkakan sebagai seorang Pengakap mana-mana lencana, tanda atau lambang yang khususnya disesuaikan untuk diguna oleh seorang Pengakap di bawah Kaedah-Kaedah Perbadanan. (2) Tiadalah sesiapa jua boleh memiliki dengan tiada kebenaran atau sebab yang sah di sisi undang-undang: a. apa-apa tanda yang hampir-hampir serupa dengan mana-mana lencana, tanda atau lambang yang khususnya disesuaikan untuk diguna oleh seorang Pengakap di bawah Kaedah-Kaedah Perbadanan hingga menyebabkan bahawa tanda tersebut dipercayai sebagai lencana, tanda atau lambang itu; atau b. apa-apa lencana, tanda atau lambang yang mengandungi apa-apa perkataan atau tulisan yang hampir-hampir serupa dengan mana-

mana perkataan atau tulisan yang biasanya diguna bagi. memperihalkan mana-mana Pengakap hingga menjadi boleh tertipu atau terkeliru olehnya; atau c. apa-apa lencana, tanda atau lambang yang mengandungi perkataanperkataan "Budak Pengakap" atau "Budak-Budak Pengakap".

Sejarah Pengakap Dunia Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth. Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera. Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau). Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer. Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau

telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun. Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. BadenPowell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku "Aids To Scouting". Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya. Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul "Scouting For Boys". Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia. Biodata BP Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell Nama Singkatan : BP Tarikh Lahir : 22 Februari 1857 Tempat Lahir : London, England Pendidikan Awal : Charter House, London Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941

Sejarah Pengakap Malaysia Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England). Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budakbudak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal. Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915. Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar. Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong. Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan BudakBudak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.

Secara Ringkasnya: 1. F.C Sands di Singapura ( 1910 ) 2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 ) 3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 ) 4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922) 5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 ) 6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 ) 7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 ) 8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 ) 9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 ) 10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 ) 11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 ) 12. Sarawak ( 1915 ) Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.

LENCANA KEAHLIAN PKK

1.1 Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat Lencana Keahlian, seorang budak akan diuji dalam Perkara-prekara yang berikut bagi menentukan bahawa ia faham dan mengerti makna-makna tiap-tiap satunya : 1. 2. Persetiaan dan Undang-undang Pengakap. Prinsip Rukunegara yang lima itu.

3. Tabik dan Hotmat Pengakap, Isyarat Hormat Pengakap dan Cogankata Pengakap. 4. 5. Sejarah Permulaan Pergerakan Pengakap dan Cerita Hutan. Laung Agung.

1.2 Cara Memakainya: Lencana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap di atas latar biru tua dipakai pada saku kiri kemeja.

LENCANA KERIS GANGSA

Kesetiaan

1. Menyanyi Lagu Kebangsaan Negaraku dan memahami bagaimana menghormati lagu itu ketika dimainkan. 2. Mengenal Bendera Malaysia dan Bendera Negeri di mana pengakap itu berada. 3. Mengetahui Lambang Sejagat Pengakap dan Cogankata Pengakap Kanakkanak. 4. Mengetahui Pengertian Rukunegara.

5. Mengenal dan mengecam D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, D.Y.M.M. Raja Permaisuri Agong, dan D.Y.M.M Sultan dan Sultanah Serta T.Y.T. Yang Di Pertua Negeri, seta isteri bagi di mana ia berada. 6. Mengelangi Persetiaan dan Undang-undang Pengakap.

7. Mengulangi kekefahaman Hormat Pengakap, Isyarat Pengakap dan Salam Pengakap. 8. Mengenal nama penuh Kuasa Penganjur /Guru Besar, Pemimpin dan Penolong Peminpin Pengakap Kanak-kanak kumpulannya serta alamat meraka sekali. 9. Mengetahui serba ringkas sejarah perkembangan Kumbulan Pengakap Kanakkanak di sekolahnya.

10. Mengetahui agama-agama di Malaysia serta tempat-tempat ibadat seperti Masjid, Surau, Gereja, Kuil, Tokong dan lain-lain di kawasan sekitar tempat tinggalnya. 11. Nilai beribadat mengikut agama masing-masing.

Kesihatan dan Keselamatan

1. Mengetahui kepentingan kesihatan dan kebersihan badan serta mengetahui bagaimana membersihkan gigi, sebab berlaku kebusukan gigi, mengelakan busuk gigi, merawat segera sekiranya sakit gigi; bagaimana mengerat kuku, memelihara rambut, tangan, kaki dan system pernafasan. 2. Mengetahui cara membersihkan bilik mandi dan tandas di rumah serta tempat pembuangan sampah; mengawal kebersihan sumber minumandan mencegah daripada berlakunya keracunan makan dan mengatasinya. 3. Mengetahui betapa mustahaknya Memakai kasutdan selipar di rumah sesuai dengan keadaan tempat serta cara menjaga kasut. 4. Mengetahui/menyedari bahayanya menelan apa jua jenis pil, atau gula-gula yang diberi oleh orang yang tidak dikenali. 5. Mengenali jenis penyakit kulit yang berjangkit.

6. Mengetahui bahaya bermain mata pisau cukur dan sebarang jenis mata pisau yang tajam. (Ingatab : Pengakap Kanak-Kanak bolehmembawa pisau lipat (Jack Knife) setelah mendapat kebenaran dari Pemimpinnya.) 7. Mengetahui bahaya bermain sebarang alat yang mengandungi bahan letupan seperti mercun, mercun buatan sendiri, meriam buluh dan bunga api. 8. Mengetahui bagaimana mendapat bantuan pertolongan dari orang dewasa, jika berlakusebarang kemalangan; mendapatkan alamat dan nombor telefon Balai Polis, Balai Bomba, doctor dan Rumah Sakit, tempat kerja ibu bapa dan keluarga rakan sebaya yang tinggal berhampiran. 9. Mengetahui peraturan berjalan dan menyeberang jalanraya, di tempat menunggu bas, melintas jalan di lampu isyarat, berjalan melalui terowong,jejentas dan lintasan lain-lain. 10. Mengetahui sebab utama berlakunya kemalangan jalanraya bagi penunggang basikal dan cara mengawal keselamatan semasa naik dan turun dari bas,kereta api, dan teksi. 11. Mengenal isi kandungan peta pertolong cemas

Kecekapan

1. Mengetahui Latihan Asas Perbarisan seperti Masuk Baris, Senang Diri, Rehatkan Diri, Ke Kanan Lurus, Pandang Depan, Keluar Baris, Ke Kanan Pusing, Ke Kiri Pusing dan Bersurai. 2. Mengetahui Kemahiran asas bagi Permainan Pasukan.

(a) Kemahiran asas untuk bermain bola sepak seperti cara hantaran bola, Mengelecek, menyepak biasa, menyepak leret, menyepak lambung, menanduk, menjaga gol; dan latihan bermain bola. ATAU (b) Kemahiran asas untuk bermain bola jarring seperti hantaran paras bahu, paras dada, paras bahu, paras dada, paras pinggang, lantunan, jaringan gol atas kepala dan gerakan kaki. 3. Mengetahui cara mengekalkan kesegaran fizikal seperti latihan memanjat tali, memegang tali paras muka, menyepit tali dengan kedua belah kaki. ( tinggi tali lebih dari 3 meter dengan saiz tali 1.5 inci garis pusat ). 4. Mengetahui cara meraut sebatang kayu dengan manggunakan sebilah pisau kecil ( Pisau lipat ). Mengetahui cara mengasah pisau membubuh minyak dan membersihkannya setelah digunakan. Ingatan : Pengakap Kanak-kanak dilarang membawa apa jua bentuk pisau lipat denganmendapat kebenaran terlebih dahuli daripada pemimpinnya. 5. Mengetahui kedudukan tempat-tempat awam di kawasan tempat tinggalnya dan dapat menunjukkan arah tempat-tempat itu kepada orang yang memerlukan bantuan seperti : Perhentian Bas, Keretapi, Teksi, Balai Bomba, Hospital, Balai Polis, Pejabat Pos dll. 6. Menunjukkan cara yang betul memakai dan menjaga pakaian seragam pengakapnya dan mengetahui peraturan memakai lencana dan lain-lain seperti Lencana Keahlian, Lencana Malaysia, Lenvana Wajib, Nombor Kumpulan, nama Daerah dan Negeri. 7. Mengetaui segala isyarat pengakap dan mengetahui arah tempat yang hendak dituju dengan menggunakan tanda isyarat Sulit Pengakap seperti ikut arah ini , jangan ikut arah ini , di sini ada air, tunggu di sini, dan saya sudah pulang. 8. Mengetahui cara mengikat tali kasut, Simpul Buku Sila dan gunanya serta mengikat sebuah bungkusan.

Penyertaan

Menjalankan dua (2) daripada aktiviti di bawah ini. 1 Menanam pokok bunga pada pasu atau pada kotak di dalam rumah dan di luar rumah. Kaji kesuburan pokok-pokok itu dan catatkan perkembangannya dalam Bku Log. 2 lain. Mengetahui cara penyuburan pokok seperti pembajaan penyiraman dan lain-

3 Menbuat batas dan menanam pokok bunga yang beraneka warna padanya di halaman rumahsendiri dengan bimbingan dan bantuan ibu bapa atau orang dewasa. 4 Membantu ibu bapa di rumah dan guru keceriaan di sekolah memelihara pokok-pokok bunga dankeindahan sekitar. 5 Menyimpan seekor haiwan kesayangan seperti arnab, kucing, anjing, dan lain-lain, dan mengetahui cara memeliharanya. ATAU 1 Mengetahui bagaimana peladang memelihara bintang ternakan seperti kambing, lembu, kerbau, faedah yang didapati darinya; mengetahui cara bagaimana Pengakap Kanak-kanak dapat menolong dalam hal pemeliharaan itu. 2. Telah membaca sekurang-kerungnya sebuahbuku mengenai cara memelihara bintang/haiwan kesayangan seperti arnab, anjingdan sebagainya; dan dapat menerangkan cara memeliharanya kepada pemimpin pengakapnya, atau kepada ibu bapa atau teman sebayannya. 3. Menjadi ahli perpustakaan sekolah/perpustakaan awam tempatan; menunjukkan Pengakap Kanak-kanak telah membaca sekurang-kurangnya lima buah buku dan dapat menceritakan balik isi cerita kepada pemimpin pengakapnya ataurakan sebayanya; mengetahui bagaimana cara menyampul buku dan mengetahui cara membuka buku yang baru. 4. Mengetahui membuat satu barang permainan rakaan sendiri dari bahan terbuang sama ada untuk kegunaan sendiri atau untuk dihadiahkan kepada rakan sebaya kumpulan pengakap sekolahnya.

5. Mengambil bahagian dalam persembahan drama lakunan dan tarian di sekolah. 6. Boleh berlakon dengan baik satu babak pantomin menggambarkan satu peristiwa sama ada berseorangan, berpasangan atau beramai-ramai, cerita yang berkait dengan pendidikan moral, keharmonian, kesetiaan kepada ibu bapa, ketua dan apa jua peristiwa yang mewujudkan ikatan kekeluargaan bagi insane yang berbudi mulia. 7. Membuat Mini Muzium di rumah hasil kutipan hobinya seperti batu-batan, karangan laut yang akan ditunjukkan kepada pemimpinnya. 8. 5 Membuka sebuah buku akaun dan lain-lain akaum simpanan Wang di Bank. Perkhidmatan : 1. Membantuibu bapa di rumah setiap hari dengan menyempurnakan tugasnya itu dengan memuaskan. 2. Melalui kumpulan sekawannya dengan diketuai oleh pemimpinnya melawat ke rumah kanak-kanak yatim piatu, kanak-kanak cacat akal, dan melawat ke rumah penempatan wargatua. 3. Mencerita secara lisan atau dengan perantaraan lakunan yang bersiri tentang kejayaan seseorang dalam satu peristiwa ia membuat khidmat bakti kepada orang ramai dengan memberi kepuasan kepadanya. 4. Menerangkan secara ringkas mengapa sekolahnya mengenakan hukuman kerana membuang sampah di merata tempat dan mengapa perturan undang-undang itu diadakan. Menunjukkan carabagaimana pengakap kanakkanak dapat memainkan peranan melaksanakan perantur itu di sekolah. 5. Menawarkan khidmat kemasyarakatan dirumah ibadat sama ada secara sekawan atau Pek. 6. Menyediakan sebuah Buku Log Perkhidmatan catatan mingguan dengan menunjukkan segala khidmat sukarala yang telah dilalui.

LENCANA KERIS PERAK

1 Kesetiaan 1. Boleh menyanyi Lagu Kebangsaan Negaraku dan Lagu Negeri masing-masing sama ada berseorangan atau beramai-ramai. 2. Mengetahui lambing kandungan bendera Malaysia dan bendera negeri masing-masing (di mana pengakap kanak-kanak itu tinggal) dan mengetahui cara melipat bendera untuk disimpan serta melukisnya. 3. Mengetahui dan melukis Lambang Pengakap Malaysia.

4. Mengetahui nama penuh D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, D.Y.M.M. Raja Permaisuri Agong, D.Y.M.M. Sultan atau T.Y.T. Yang Di Pertua Negeri dan Isterinya, Perdana Menteri Malaysia, dan Menteri Besar atau Ketua Menterinegari negara berkenaan. 5. Mengetahui Persetiaan dan Undang- undang Pengakap serta maknanya mengikut keboleh kadar umurnya. 6. Mengecam dan mengemali Penolong Pesuruhjaya Pengakap Kanak-kanak dan nama penuh mereka. 7. Mengetahui sejarah ringkas perkembangan pengakap dan juga nama tokoh pengakap di daerahnya. 8. mengetahui rukun sembahyang.

(contoh, bagi penganut yang beragama Islam);

1.1

Mengetahui Azan dan Iqamah.

1.2 Mengetahui masuknya waktu sembahyang bagi setiap waktu yang lima. (Sembahyang fardhu sehari semalam) 1.3 Mengetahui peraturan sembahyang jemaah fardhu Jumaat. Bagi yang buka penganut beragama Islam mestilah mengetahui peraturan sembahyang diadakan seminggu sekali di Gereja, di Kuil dan sebagainya mengikut peraturan agama masing-masing.

Kesihatan dan Keselamatan

1. Mengetahui kebersihan fizikal dan serta menyatakan perlunya kebersihan diri, rumah dan persekitaran. Cara-cara pembuangan kotoran manusia dengan baik merupakan satu daripada hukum kesihatan yang utama seperti berludah, berkahak, membuang hinhus, dan sampah di merata tempat akan mendatangkan bahaya dan pencemaran alam. 2. Mengetahui kelaziman yang menyebabkan kulit melecur,mengetahui kena sinaran cahaya matahari dan cara mengatasinya. 3. Mengetahui faedah senaman. Mengamalkan 6 Jenis senaman tradisi pengakap oleh B-P untuk ketahanan, kecekalan, dan ketrampilan meliputi pergerakan kepala, dada, pinggang, perut, punggung, peha, betis, kaki, tapak, tangan dan jari. 4. Mengetahui cara pernafasan tradisi pengakap oleh B-P. menarik nafas untuk udara ke dalam paru-paru dan dada. 5. Mengetahui cara memberhentikan darah yang keluar dari hidung.

6. Mengetahui cara perawatan penyakit kulit separti Kudis, puru, panau, kurap dan gatal-gatal yang mudah berjangkit. 7. Menunjukkan bagaimana mencuci dan membulut jari yang luka, melecur, terkena api atau benda-benda yang panas. 8. Mengetahui bahaya aliran elekterik dan gas dan cara mengerakkannya bila menggunakan alat elektrik di rumah seperti, seterika, kipas angina, pembakar roti, dapur gas dan lain-lain. 9. Mengetahui bahaya menggunakan ubat tampa nasihat doctor.

10. Mengetahui kegunaanisi kandungan peti pertolongan cemas.

Kecekapan 1. Mengukuhkan pengetahui asas kawad kaki Lencana Keris Gangsa dan mengetahui Latihan Asas Perbarisan: 3.1 Ke belakang pusing. 3.2 Buka Barisan. 3.3 Tutup Barisan 2. Mengukukan asas ikatan: Buku Sila, Bunga Geti dan Simpul Sentak 3. Mengetahui cara memasang, menaik, mengibar dan menurunkan bendera. 4. Mengetahui latihan asas untuk bermain bola tampar separti pukul mula cedok, hantaran paras atas kepala , hantaran cedok dan berlatihan bermain bola tamper. ATAU 5. Mengetahui kemahiran asas untuk Permainan Pasukan: Kemahiran Rounderscara memegang kayu pemukul, memukul, gaya lakuan pukul, memerangkap bola lerat. Latihan bermail Rounders. 6. Mengetahui cara mengekalkan keadaan fizikal. Panjat tali yang tingginya tidak melebihi 5 meter. Memanjat mengguna kan tangan sahaja.

ATAU 7. Mengumpul sejarah keharmonian keluarga : Membuat buku Peringatan sejarah keluarga bermula dari datuk dan sebagainya; tarikh lahir, perkahwinan, kematian dan lain-lain. 8. Mengetahui kemahiran renang dan peraturan keselamatan di air. Keselamatan semasa turun di air, timbul tenggelam, cara menahan nafas, melucur, meniarap, gaya rangkak, gaya tangan atas kepala, gerak tangan, mengapung dan meniarap. (Ingatan : Latihan ini dibuat di atas permukaan air yang dalamnya paras pinggang Pengakap Kanak-kanak dengan tujukcara dari pemimpinnya atau orang dewasa sebagai pembantuan.) ATAU

Menjalankan satu tugas dengan berbasikal secara individu atau kumpulan : (a) Mengepos surat

(b) Ke Balai Bomba (c) Ke Klinik/Balai Polis/ Balai Penghulu.

Penyertaan 1. Mengetahui sifat khusus haiwan yang hidupan di udara dan di darat:1.1 Menyatakan sekurang-kurangnya nama 5 jenis burung dan sifatnya.

1.2 Catatkan nama burung-burung yang dapat dilihat setiap minggu dalam Buku Log berkenaan. 1.3 Menjejak burung ke sarangnya dan memerhati bagaimana burung membuat sarangnya dan menyatakan kepada pemimpin apa yang dilihatnya. 1.4 Menyediakan tempatan makan/miniman burung (Feeder).

2. Mengetahui keperluan tumbuhan untuk hidupan mendapatkan makanannya separtibahan pembinaan dari cahaya, air, karbon dioksida; Cara pengambilan air dan karbon dioksida, serta cara tumbuhan menyimpan mapanan. Menanam tomato, lada dalam kotak, dalam pasu, mengetahui cara pengadunantanah, pembajaan, dan penyiraman. 3. Menyenaraikan 4 jenis kumpulan makanan yang dikehendaki oleh tubuh kita setiap karbohidrat, protein, vitamin dan garam galian. 3.1 Menyenaraikan 4 jenis kumpulan makanan yang dikehendaki oleh tubuh kita setiap sayuran, buahan, bijiran, protein bahan miniman air dari buah. 3.2 Mengetahui makanan seimbang dan bahan-bahannya.

3.3 Menghias meja makan dan mencuci pinggan mangkuk serta membersih dapur setelah digunakan. 4. Mengetahui Sains Komputer : 4.1 Keseronokan menggunakan computer dengan mengadakan lawatan bersama pemimpin kamu ke tempat computer sedang diguna. Sebab computer digunakan. 4.2 Permainan computer

4.3 ATAU

Cara menghidupkan dan mematikan computer.

4.4 Boleh mengucapkan ucapan Hello/Apa khabar dalam 10 bahasa selain daripada Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. 4.5 Boleh menyebut angka 1 hingga 10 dalam 5 bahasa selain daripada Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. 5 Mengetahui penggunaan telephon awam/persendirian dengan menggunakan wang siling / Kad Uniphon ketika mendail dan faham menggunakan Buku Panduan Telefon. 6 Menembah simpanan wang di Bank Simpanan Nasional hingga sebanyak sekurang-kurang $5.00. 7 Menyertai satu kumpulan tarian/nasyid dan mencadang kan jenis pakaian untuk tarian/nasyid yang akan dipersembahkan. 4.5 Perkhidmatan

1. Mengumpulkan pakaian lama yang telah terpakai dan barang permain kanakkanak untuk dihadiahkan kepada yang memerlukannya. 2. Mengetahui cara menggunakan telephon, akhbar, TV / Radio, isyarat semaphore, isyarat kepulan asap, memukul gendang, kentun, wisel. (Pilih 3 sahaja) 3. Mendengar syarahan penceramah undang seperti Doktor Gigi / Jururawat. Pegawai Bomba, Merinyu Polis dan lain-lain dan seterusnya mengadakan perbincang dengan ahli Pek tentang bagaimana Pek dapat membantu mereka dalam menjalankan kewajipan kepada masyarakat. 4. Menyediakan sebarang doa selamat untuk Pek dan membincangkannya dengan Pimimpin Pek. 5. Menyimpan akaun perbelajaan mingguan selama seminggu tentang bagaimana wang saku sendari dibelajar dalam Bank Simpanan Nasional. 6. Mengetahui cara memberi pertolong kepada seseorang di air dengan tangan, kaki, tuala, baju jeket, kayu, tali, dan sebagainya. (Ingatan : Pertolongan ini adalah latihan asas sahaja)

LENCANA KERIS EMAS

Kesetiaan 1. Menyanyi sekurang-kurang 2buah lagu patriotic seperti lagu Selamat Jalan Pahlawanku, tanah Pusaka, Malaysia Berjaya dan lain-lain lagu ciptaan semasa. 2. Mengenali Jata Negara Malaysia dan Jata Neheri dan Mengetahui di mana mereka berada. Boleh melipat bendera dan membimbing tunjukcara kepada seorang pengakap kanak-kanak yang lain yang akan mengambilujian Lencana Keris Perak. 3. Mengetahui nama dan mengenal Datuk Bandar, Pegawai Daerah, Pegawai Pendidikan Daerah, Penghulu, Ketua Kampung , Wakil Parlimen dan wakil Rakyat tempat Pengakap Kanak-kanak tinggal. 4. Mengetahui nama penuh dan mengenali Persuruhjaya Pengakap Negeri dan Ketua Persuruhjaya Pengekap Negeri. 5. Mengamalkan rukun agama masing-masing. Penganut beragama Islam hendaklah sentiasa bertakwa kepada Allah, Mengetahui ucapan kalimah syukur, doa hendak makan, tidur, berjalan jauh, dan doa ketika dalam ketakutan. Penganut bukan beragama Islam diminta merujuk kepada agama masing-masing.

6. Mengetahui dan mengambil bahagian dalam sambutan Hari Keputeraan D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan D.Y.M.M. Sultan atau T.Y.T Yang Di Pertua Negeri masing-masing. 7. Mengetahui dan mengambil bahagian dalam sambutan Hari Pengakap Sedunia / Malaysia, Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari kanak-kanak, Hari Keluarga dan hari-hari yang diraikan oleh Negeri / tempatan masing-masing.

Kesihatan dan Keselamatan 1. Mengetahui sekurang-kurangnya lapan peraturan hidup sihat dan bahagian. 2. Mengetahui bagaimana mengatasi sakit selsema dan menjauhkannya. 3. Mengetahui maksud pertolongan cemas dan bahagian mendapatkan bantuan kecemasan segera melalui telefon ke Balai Polis, Balai Bomba, Hospital, Klinik, kerana pergaduhan, kebakaran, kemalangan seperti keracunan, kejutan, kelemasan, serangan jantung, gila babi dan sebagainya. 4. Mengetahui kegunaan isi kandungan peti pertolongan cemas dan jenis-jenis balutan : pembalutan tangan, pembalutan bersegi tiga dan anduh pembalutan bersegitiga dan anduh pembalutan bersegi tiga. 5. Mengetahui bagaimana mengikat anduh dengan menggunakan simpulan buku sila. 6. Mengetahui cara menjaga keselamatan di air ketika belajar berenang, turun ke air, timbul tenggelam, mengharung, dan mendekam.

(Ingatan : Latihan ini dibuat di atas permukaan air sedalam paras pinggang dengan diawasi oleh pemimpin atau orang dewasa yang berpengalaman mengenai hal tersebut) 7. Mengetahui cara berenang seperti meluncur, meniarap, tending keribas. Latihan ini dibuat di atas permukaan air dengan pengurusan yang sama seperti NO.6 atas 8. Mengumpul Maklumat Media : menyimpan keratin / suntingan bahan cetak sama ada dari akbar dan majalah yang ada mesej. Pengakap Kanak-kanak hendaklah menyimpan buku catatan Merokok, ATAU Keracunan Makanan.

3 Kecekapan 1. Mengukuhkan Latihan Asas Perbarisan Lencana Keris Gangsa dan Perak dan seterusnya mengetahui perintah Langkah ke sebelah:, Cepat Jalan, Berhenti dan Hormat. 2. Mengetahui cara memasang, menaik, menghibar, menurum dan melipatkan bendera. 3. Mengetahui kemahiran asas permainan Pasukan seperti Sepak Takraw, Badminton dan peraturannya. ATAU 4. Mengetahui kemahiran asas permainan bola baling dan peraturannya. 5. Mengetahui kemahiran asas ( Pilih SATU sahaja ) seni mempertahankan diri seperti : Silat, Pencak, Tae Kwon Do, Karate dan sebagainya. 6. Mengetahui cara mengekalkan kesegaran fizikal, seperti memanjat tali dengan cepat dengan menggunakan pengalaman Ujian Lencana Keris Gangsa dan Keris Perak. Tinggi tali tidak lebih dari 6meter. 7. Mengetahui latihan asas Ala Komando seperti : Merangkak, merangkak di bawah jaing / jala, bergayut pada tali, meniti kayu dan bergayut, gayut monyet. 8. Mengukuhkan kemahiran ikatan : Buku Sila (Keris Gangsa), Bunga Geti dan simpul sentak ( Keris Perak). Mengetahui cara mengikat simpulan Tindih Kasih, Simpul Manuk dan Lilit Dua Simpul serta kegunaannya. 9. Membantu Pengakap Muda semasa mendirikan khemah dan menurunkan khemah untuk dilipat.

Penyertaan

1. Mengetahui sifat khusus hidupan di air dan mengenali 5 jenis nama ikan di laut dan di sungai. 1.1 Mengetahui jenis umpan di mata kail. 1.2 Mengetahui cara menggunakan joran untuk memancing ikan. (Ingatan : Pengakap Kanak-kanak hendaklah ditemani oleh seorang dewasa semasa pergi mengail sama ada di tepi laut, di tebing sungai atau di tepi tasik. Ia harus mengetahui Peraturan keselamatan ketika di air.)

2.

Mengetahui peringkat tumbuhan di hutan simpanan kerajaan.

2.1 Menyatakan 5 jenis pokok hutan dan nyatakan kegunaan kepada manusia. 2.2 Menunjukkan satu carta kepada pemimpin gambaran pusingan hidupan pokok-pokok dihutan. 2.3 Menyediakan sekurang-kurangnya 3 jenis contoh kayu hutan yang digunakan untuk membina bangunan di negara kita. 3. Membuat satu daripada perkara-perkara di bawah, mengikut pilihan Pengakap Kanak-kanak sendiri: 3.1 Sebuah kotak tempat menyimpan alat-alat Pertolongan Cemas, sebuah kotak untuk surat-surat, dan sebuah kotak untuk menabung wang senuanya dibuat dari bahan terbuang. 3.2 Membuat patung sarung jari puppet / pantung puppet bertali yang boleh digerak-gerakkan dan membuat panggung puppet. 3.3 Membuat laying-layang yang boleh dinaikkan ke udara. 3.4 Mengetahui membaiki sekurang-kurang satu jenis permainan kanakkanak yang menggunakan bateri. 4. Mengetahui pemeliharaan Alam Sekitar.

Ingatan: Memilih 2 Bahagian sahaja dari tiga bahagian di bawah ini :1.1 Membuat sebuah Mini Zoo serangga di rumah yang menunjukkan sekurangkurangnya 2 jenis semut, belalang, kupu-kupu dan lain-lain yang dipelihara dengan sempurna untuk perhatian kajian sendiri selama 3 bulan mengenai peringkat kehidupan dan menulis segala catatan di dalam Buku Log 1.2 Menyediakan sebuah akuarium ikan atau terrarium (tumbuhan) dan memerhati peringkat kehidupan pemeliharaan Pengakap Kanak-kanak itu selama 3 bulan yang dicatat di dalam Buku Log. 1.3 Melawat ke Muzim bersama Pemimpin Pengakap Kanak-kanak dan membuat pemerhatian mengenai hidupan alam (Nuture Study). ATAU

1.4 Melawat ke pusat sains atau ke Zoo bersama Pemimpin Pengakap Kanakkanak atau ibu bapa / Keluarga dan menjalankan pemerhatian / kajian apa yang dilihat. 2. Menyanyi dengan iringan muzik mengikut rntak. Menyanyi dengan harmoni mengikut melodi dan boleh menyanyi dengan berbagai tempo (cepat, lambat, berubah-ubah, dan sederhana) melalui lagu-lagu seperti di bawah ini: 2.1 Menyanyi SATU lagu yang berirama tradisi seperti lagu Rasa Sayang.

2.2 Menyanyi SATU lagu rakyat setempat seperti Nasyid. Syair, Boria, Ghazal, Dikir Barat dan Dondang Sayang. 2.3 Menyanyi SATU lagu asli seperti tudung Periok, Seri Mersing dan lain-lain.

2.4 Menyanyi sekurang-kurangnya DUA lagu pengakap tradisi dan DUA lagu pengakap antarabangsa. 3. Boleh berlakun SATU babak cerita pendek berdasarkan nilai agama tradisi kebudayaan atau nilai-nilai masyarakat berbilang bangsa. 4. Boleh koreografikan satu tarian kebudayaan untuk persembahan dalam pementasan atau pertujukan. 1.5 Perkhidmatan

1. Bersama sekawan / Pek / Kumpulan Pengakap Kanak-kanak membersih kawasan rumah / sekolah / rumah ibadat / tempat awam. 2. Membantu ibu bapa atau keluarga mengatur persiapan satu ekspedisi atau perkelahan dan melaporkan kepada Pemimpin selepas balik. 3. Berikhtiar membantu rakan sebaya yang sedang dalam kesusahan / kesedihan kehalangan / kematian keluarga / kemalangan. 4. Membantu Pemimpin untuk persiapan Pek Bercuti. 5. Melukis atau membuat model peta kasar kawasan tempat tinggal sendiri dengan menunjukkan tempat kemudahan awam seperti Perjabat Pos, Hospital, Kilinik Kesihatan, Tempat Beribadat, Balai Penghulu, Penggawa, Sekolah dan Tempat Rekreasi. 6. Membantu Pemimpin dalam penguru untuk enam sekawan mengatur Program Malam Pengakap. 7. Meneruskan kegiatan Perkhidmatan Lencana Keris Gangsa dan Perak.

Skim Lencana Pengakap Kanak-Kanak LENCANA KEPANDAIAN 1

Selain daripada lencana yang disebutkan dalam fasal 1.0, 2.0 dan 3.0 beberapa Lencana Kepandaian ada juga ditetapkan mengikut peraturan yang tertentu. Cara memakai : Lencana kepandaian ini dipakai di atas lengan baju disebelah kiri dan kanan di bahagian ruang segi di antara bahu dengan siku seperti ditunjukkan di muka sebelah ini :

Ahli Renang (Wajib) 1. Mengetahui peraturan keselamatan di air (teori) 2. Menunjukcara memulakan berenang dan kemahiran keselamatan diri kepada penilai / pemeriksa cara turun di air, cara timbul tenggelam, cara tarik dan hembus nafas, menahan nafas (teori). ATAU 3. Cara junam, terjun kaki lurus / junam depan layang (teori). 4. Cara luncur, meniarap, tendang keribas, cara gaya rangkak tangan dilutut / tangan di atas kepala; Gerak tangan, tendang rejang, meniarap, rangkaian meniarap (teori). 5. Berenang dengan tidak berhenti-henti sejauh 20 meter dengan berpakaian seragam Pengakap Kanak-kanak yang lengkap (di dalam air aras pinggang). 6. Berenang mengapar menimbulkan diri (Mushroom Float). Berenang

menyeberang dengan cara terlungkup, terlentang, dengan berbagai cara / gaya biasa. Bila sampai separuh jalan ke jalan yang dituju berbalik semula menghabiskan renangnya dengan gaya yang sama. 7. Mengetahui cara mengendalikan jeket keselamatan di air.

Penunggang Basikal (Wajib) Lakukan Semua Bahagian 1. Menyatakan 4 undang-undang jalan raya semasa berbasikal 2. Mengetahui dan menyatakan kepada penilai 10 peraturan semasa menunggang basikal.Menunjukcara memberi isyarat tangan semasa berbasikal: 3. Menyebutkan 10 perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal. 4. Menjaga basikal seperti membaiki kerosakan kecil dan menjaga kebersihannya. 5. Menunggang basikal dengan diperhatikan oleh penilai / pemeriksa mengikut jalan yang ditetapkan dan cukup faham mengenai peraturan jalan raya bagi penunggang basikal dan mengetahui undang-undang jalan raya yang ditetapkan bagi penunggang basikal termasuk penggunaan jalan sempang, bulatan dan lintasan pejalan kaki.

Ahli Koleksi Hobi (Kegemaran)

Memungut dan mengumpulkan benda-benda sebagai hobinya dan menyimpan

dengan kemas dan tersusun serta mengetahui sedikit sebanyak mengenai koleksinya. Koleksi hobinya itu hendaklah pilihan Pengakap Kanak-kanak sendiri (bukan dicadangkan oleh pemimpinnya). Pilih satu hobi seperti contoh di bawah : 1. Lima belas jenis setem Malaysia yang berbeza 2. Menghasilkan buklu skrap berbagai tumbuhan / bunga / haiwan / binatang / sejarah / sukan / bangunan / buah-buahan dan lain-lain (pilih satu) 3. Berbagai bentuk pensil dan logonya (sekurang-kurangnya 15 jenis). 4. Berbagai contoh batu batan (sekurang-kurangnya 15 jenis). 5. Berbagai bentuk botol dan penutup botol (sekurang-kurangnya 15 jenis). 6. Rupa mata wang asing sama ada kertas / syiling (sekurang-kurangnya 15 jenis). 7. Rantai kunci (key Chain) berbagai jenis (sekurang-kurangnya 15 jenis). 8. Lencana-lencana Pengakap seperti lencana Perhimpunan, Korobori, Jambori dan koleksi lencana pengakap antarabangsa dan alin-lain. (Sekurangkurangnya 10 jenis) 9. Menyediakan sebuah buku (buku hobi) menyatakan perkembangan koleksi hobinya 10.Lain-lain hobi yang sesuai.

Lencana Kepandaian 2

Ahli Kraftangan (Kegemaran) 1. Mengetahui asas kraf tradisional : Anyaman kelarai mata bilis, kelarai siku keluang, (pelajaran anyaman ini boleh diubah sesuaikan mengikut keadaan dengan alam persekitaran kanak-kanak sendiri). Tahu bagaimana membuat

simpai (woggle) dari bahan yang ditentukan : 2. Kulit, buluh, kain sulaman, tali nailon (nylon string), plastic dan lain-lain. Satu hendaklah dibuat untuk kegunaan sendiri dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada teman sebaya atau kepada adik yang baru. ATAU 3. Mengetahui dan membuat Penanda Buku selain dari bahan logam (tin), membuatnya dari bahan kulit, kawat, plastik dan daun. Penanda Buku ini hendaklah direka berbagai bentuk yang menarik dengan hiasan warna, mungkin ditulis dengan kata-kata hikmat. Membuat satu untuk kegunaan sendiri dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada rakan sebaya atau kepada seseorang yang dikasihi. ATAU 4. Membuat rekaan dari kertas a) Rekaan untuk kegunaan sehari-hari seperti sampul surat / beg / buku dan lainlain. b) Rekaan binaan seperti topeng sarung kepala, keluarga Mowgli.

c) Rekaan alat permainan seperti buat kapal dari kertas / burung ajaib (fantasi) dan lain-lain.

Peladang Kecil (Kegemaran) Lakukan LIMA sahaja 1. Menunjuk cara menyediakan tapak semaian dan memindahkan semaian ke batas yang telah disediakan. 2. Menyediakan batas yang berukuran 8 x 3 x 1 kaki untuk ditanam sayursayuran dari tapak semaian. Ambil kira cara membaja semasa penyediaan batas. 3. Menunjukcara menjaga tanaman dari jenis sayuran / keratan / raizom yang telah ditanam di atas batas dan ambil kira cara membaja semasa pokok

sedang ditanam. 4. Mengetahui dan menunjukkan (kepada Penilai) bagaimana membuat junjung untuk tanaman sayur jenis pokok yang memanjat seperti pokok timun, kacang panjang dan lain-lain. 5. Tunjukkan (Kepada Pemimpin / Penilai) yang Pengakap Kank-kanak ada menanam / menjaga pokok pisang, betik atau pokok buah-buahan yang bermusim sama ada yang ditanam sendiri atau oleh ibu / bapa / ahli keluarga sendiri. Menunjukkan (kepada Penilai / Pemeriksa) yang Pengakap Kanak-kanak ada menanam pokok-pokok tanaman yang berubi di dalam tanah seperti ubi keledek, kacang tanah dan sebagainya dengan subur. Memelihara / membela dengan jayanya sekurang-kurangnya 10 ekor anak ayam sebagai ternakan asas. ATAU Memelihara sekurang-kurangnya 10 ekor ikan air tawar di kolam sama ada di sekolah atau di rumah dengan usahasama rakan sebaya dari kumpulan enam sekawan atau bersendirian.

6. Menunjukkan bahawa Pengakap Kanak-kanak telah membantu dan membela haiwan ternakan. 7. Tunjukkan Buku Log mengenai catatan ceramah yang Pengakap Kanak-kanak terima dari Pegawai Pertanian atau Guru Sains Pertanian yang programnya telah diatur oleh Pemimpin sendiri. 8. Musuh tanaman dan pembajaan yang sesuai; Kesuburan tanah; Cara menanam sayuran sebelum ditanam dan cara mengalih anak semaian ke batas. Saiz petak / batas mengikut peraturan yang tertentu. Cara pemeliharaan sayur-sayuran dari mula bercambah hingga mendatangkan daun atau buah.

9. Menunjukkan Buku Log mengenai ceramah yang diterima daripada Pegawai Haiwan atau Guru Sains Pertanian mengenai program yang telah diatur oleh Pemimpin sendiri: Pemeliharaan / Pembelaan baka ternakan yang hendak dipelihara. Pemeliharaan binatang belaan semasa kecil (anak-anak) seperti pemberian

makanan dan pencegahan penyakit.

LENCANA KEPANDAIAN 3 Pelukis (Kegemaran) Ingatan : Pilih 4 sahaja. 1. Melukis di hadapan Pemeriksa / Penilai dengan apa jua bahan lukisan satugambaran Marga dari Cerita Rimba The Jungle Book karangan Rudyard Kipling yang menjadi bahan penting dalam rancangan latihan Pengakap Kanak-kanak. Buat SATU watak Watak Akela Bagheera Baloo Adek Kelabu Mowgli Mysa Shere Khan Banderlog Buldeo Jakala Sahi Hathi Kaa Tabaqui Messua Marga Serigala Tunggal Harimau Kumbang Beruang Anak Serigala Budak Lelaki Seladang Harimau Belang Monyet Pemburu Buaya Landak Gajah Ular Sawa Rubah Wanita Perwatakan Pemimpin bijaksana Jurulatih mahir Guru undang-undang Keluarga Angkat Kawan Marga Pendengar baik Pembuli Pembohong Samseng Pura-pura Penulis Tokoh hormat Pemanjat Pengampu Ibu angkat

White hood

Ular senduk Penjaga

1. Melukis pelangi dengan warnanya serta menamakan tiap-tiap warna itu dan satu rajah menunjukkan pusingan warna (Colour Wheel). 2. Mengetahui warna yang dikatakan primary colours, dan secondary colours serta menunjukkan cara pengandunan warna cecair (Water Colour) yang menjadikan warna hijau, biru, oren, biji kundang, biru tua, hijau tua dll. 3. Melukis di hadapan Pemeriksa / Penilai dengan apa jua bahan satu gambaran dari satu peristiwa yang telah berlaku atau satu watak dalam sebuah cerita pendek yang diceritakan oleh Pemeriksa / Penilai. Lukisan itu dibuat di atas sekeping kertas 25 cm x 30 cm. 4. Membuat Kad Ucap Selamat ciptaan Pengakap Kanak-kanak sendiri yang menggambarkan satu daripada lima perayaan; Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Krismas dan Hari Wesak. 5. Pilih SATU Kegiatan di bawah ini: 6. Membuat sebarang rekaan corak dari bahan terbuang sama ada cetakan, mozek, jubin tanah liat, mural, hiasan dinding, kolaj, yang motifnya berdasarkan tulisan huruf dan angka, corak tradisi, corak bebas, geometri dan rekaan manusia. 7. Membentuk dan membuat binaan (dari bahan terbuang) seperti bentuk tiga dimensi, arca, asemblaj, topeng dan anyaman asas yang motifnya berdasarkan alat permainan, bentuk lembaga, bangunan, bentuk berdasarkan cerita dongeng, sejarah, fantasi dan haiwan. 8. Memperkenalkan kraf tradisional dari bahan yang Pengakap Kanak-kanak sediakan sendiri seperti lukisan, ukiran, garisan dan tekanan yang motifnya berdasarkan yang terdapat dalam seni anyaman dan seni tembikar. 9. Menunjukkan kepada Pemeriksa / Penilai. Buku Lukisan itu mesti mengandungi sekurang-sekurangnya 20 tajuk lukisan dari berbagai jenis.

Pembaca Buku (Kegemaran) Pilih EMPAT sahaja. 1. Menyediakan daftar sekurang-kurang 8 buah buku yang telah dibaca serta faham melalui bahan sastera berikut : Prosa tradisional seperti hikayat hasil sastera dan sejarah. Prosa moden seperti petikan daripada buku-buku pengetahuan sains, sejarah, geografi, ekonomi dan sebagainya. Novel, cerpen, drama, pengumuman, pengisytiharan, akhbar, majalah, iklan dan rencana. Puisi tradisional seperti pantun, seloka, guridam, syair, dan bahasa berirama (klasik). Puisi moden seperti sajak dan bahasa berirama moden. Prosa dan Puisi Bahasa Malaysia / Inggeris / Bahasa Ibunda.

2. Boleh membaca dengan cekap dengan menepati tanda-tanda bacaan. Melafazkan perkataan dengan menggunakan intonasi sewajarnya dan membuat bacaan, difahami serta berkesan. 3. Membuat kritikan atas isi petikan bacaan mengikut kemampuan umur dan boleh membuat telahan. 4. Boleh menterjemah petikan yang penting daripada bacaanya secara lisan atau bertulis dengan meringkaskan perkataan yang panjangnya kira-kira 150 perkataan. 5. Menghuraikan maksud petikan, ungkapan, kata-kata dan peribahasa. 6. Mengetahui menggunakan kamus, ensaiklopedia dan membuat kamus sendiri dan kata-kata baru yang dipelajari. 7. Menjadi ahli perpustakaan sekolah / tempatan serta turut memberi khidmat sukarela seperti memelihara, mengemas dan menjaga kebersihan perpustakaan dan mengetahui mengapa perpustakaan harus dipelihara.

Penghibur (Kegemaran) Pilih LIMA sahaja. 1. Memilih dan memainkan tiga lagu dengan alat muzik berikut : Lagu kanak-kanak, jenaka, asli dan patriotik. Lagu Tradisi Masyarakat : Lagu setempat seperti Rasa Sayang atau lagu asing seperti Red River Valley dan sebagainya. Lagu Tarian Asli. Lagu Pengakap.

2. Boleh menyanyi dua buah lagu : Satu patriotik dan lagi satu lagu. 3. Mengajar dua buah lagu atau SATU tarian kepada sekawan Pengakap Kanakkanak. 4. Mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu tarian tradisional atau taridra. 5. Mengetahui menggunakan alat perakam dan radio kaset. 6. Boleh bertindak sebagai Juruacara persembahan atau pertunjukan. 7. Boleh memainkan sekurang-kurang dua jenis alat muzik Genderang seperti kerincing, kastenet, simbal, kayu tok-tok, tamborin, dram samping, dram tenor, melodian, loceng rekoder dan serunai.

LENCANA KEPANDAIAN 4 Ahli Olahraga (Pengetahuan) 1. Mengetahui apakah MSSMD / MSSM / SUKMA dan Majlis Sukan Negeri serta menerangkan secara ringkas mengapa majlis-majlis diadakan dan bagaimana Pengakap Kanak-kanak boleh membantu, khasnya bagi peringkat Sekolah Rendah. 2. Mengetahui jenis makanan yang membina kesihatan untuk bersukan. 3. Mengambil bahagian dengan tiga percubaan bagi acara sukan : Lari 100 meter 20 saat Lari 200 meter 50 saat Lompat tinggi 0.8 meter Lontar peluru 6 paun 5 meter

Catatan: Wakil sekolah ke peringkat daerah boleh dianugerah lencana ini.

Ahli Pasukan Permainan (Pengetahuan) 1. Mengetahui undang-undang dan peraturan mengenai SATU jenis permainan berikut: bola sepak, bola tampar, badminton, rounders, hoki, sepak takraw, ping-pong, bola baling dan bola jaring. 2. Membuktikan yang Pengakap Kanak-kanak itu boleh bermain sekurang-

kurang dua permainan pasukan. 3. Menunjukkan yang ia terlibat sebagai pemain dalam peringkat rumah sukan, sekolah, daerah / negerinya. 4. Menunjukkan yang ia bermain dengan jujur dan mencotohkan semangat kesukanan dalam pasukan permainannya. 5. Mengetahui cara menjaga dan menyimpan alat permaian pasukannya setelah digunakan. 6. Mengetahui cara membersihkan badan setelah bermain.

Ahli Sains (Pengetahuan) (Pilih Empat sahaja) 1. Menunjukkan satu eksperimen bahawa api yang menyala itu memerlukan udara. 2. Membuat pelangi tiruan dengan memecahkan cahaya yang mengandungi spektra. 3. Menunjukkan bagaimana menyambungkan litar elektrik dengan bateri dan menghubungkan litar itu ke bateri dan bagaimana mengawal aliran elektrik dengan menggunakan suis dan bagaimana menggunakan lampu isyarat. 4. Membuat kamera lubang halus dan menyatakan sebab yang menjadikan bayang gambar atau area yang dilihat pada layar kamera itu menjadi terbalik. 5. Membuat teropong intip yang mudah dengan menggunakan dua kepaing cermin. 6. Membuat elektromagnet yang mempengaruhi kemagnetan pada sekeping besi dan menerangkan apa akan terjadi pada besi jika arus elektrik tidak mempengaruhi kegunaannya lagi.

7. Membuat arus elektrik yang mudah didapati dari bateri. 8. Membuat teropong besar atau teropong pembesar yang menggunakan dua keping cermin kanta lensa. 9. Menunjukkan bagaimana berlaku tekanan udara dan air.

Pencinta Alam Semulajadi (Pengetahuan) Pilih TIGA sahaja. 1. Menyimpan catatan harian berkenaan dengan kejadian harian selama tidakkurang dari empat bulan mengenai satu daripada perkara di bawah ini : Tumbuh-tumbuhan Kehidupan burung Kehidupan di tepi pantai, perigi, kolam dan kehidupan dalam sungai. Pelbagai jenis batu fosil dan batu lontar. Kupu-kupu, rama-rama, gegat dan lain serangga. Kawan dan musuh pokok tanaman di kebun. Pokok pakis, rumput-rampai lain-lain.

2. Memlihara binatang belaan dan ternakan sekurang-kurang 3 bulan dan menyimpan catatan mengenainya. Pengakap Kanak-kanak boleh membicarakan pemerhatiannya seperti kegemaran dan makanan binatang tersebut. 3. Mengambil bahagian dalam satu projek di bawah bersama Pengakap Muda atau bersama sekawan sendiri (Pilih satu sahaja) : Membersihkan tempat perkelahan, tepi jalan, pantai, tepian tasik. ATAU Menanam pokok bersama Pengakap Muda. Pokok hiasan atau pokok rimbun di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolahnya. ATAU Membersihkan kawasan rumah dan halaman / kebun di belakang rumah dan sekolah.

4. Membuat carta cuaca di dalam Buku Log selama 1 bulan dan dapat menerangkan bagaimana dengan keadaan tumbuhan dan alam sekitar terlibat dengan cuaca. 5. Membuat Buku Skrap mengenai Pencemaran Alam Sekitar.

LENCANA KEPANDAIAN 5

Pembaca Peta (Pengetahuan) (Pilih TIGA sahaja dari Bahagian 1 hingga 5) 1. Melukis Mata angin 8 pecahan dan menunjukkan arah kedudukan mata angin itu dengan berpandukan arah matahari terbit dan matahari terbenam. ATAU 2. Melukis mata angin 16 pecahan yang menunjukkan mata angin utama yang terdapat dalam sebuah kompas. Mengetahui arah mata angin yang 16 itu dengan berpandukan arah utara. 3. Melukis Petunjuk dengan menggunakan simbol dan warna pada sebuah peta. Jalan raya, jambatan Jalan kereta api Bangunan (kediaman, masjid, gereja, tokong, kuil). Sungai dan tali air Tumbuhan (getah, nanas, kelapa, padi, kelapa sawit dan hutan).

4. Melukis sebuah peta kasar sekitar tempat kamu tinggal, tandakan petunjuk seperti bangunan, tanaman sungai dan lain-lain.

5. Mencari sudut bearing : Melukis dengan menggunakan alat geometri : sudut 075, 025, 120 dan 245 dan lain-lain. 6. Berjalan kaki sejauh 5 kilometer bersama sekawan di kawasan persekitaran; sekembalinya memberi laporan atas perkara yang ditetapkan (seperti mendapatkan maklumat dari satu tempat yang ditetapkan) dan membuat lakaran berkenaan.

Pemeliharaan Alam Sekitar (Pengetahuan) Pilih TIGA sahaja. 1. Jawab satu sahaja dari (a) (b) dan (c) : Menyatakan kepada Penilai / Pemeriksa sama ada secara lisan atau bertulis dengan bantuan rajah, apakah yang dikatakan Alam Sekitar. Apakah yang dikatakan Kitaran Oksigen (Oxygen Cycle). Menyatakan apakah yang dikatakan Kitaran Air (Water Cycle).

2. Isikan dalam Buku Log Peribadi beberapa rajah dan gambar tentang bagaimana cahaya, air, udara dan mineral (galian) tumbuhan dan haiwan menghasilkan makanan untuk kehidupan manusia. Senaraikan nama benda-benda yang ditemui dalam ekspedisi yang dirancangkan seperti benda-benda hidup, haiwan, tumbuhan ke dalam Buku Log Peribadi. Keluar ke satu kawasan tanah lapang bersama rakan sebaya sama ada dalam pek atau bersama Pengakap Muda dan menerangkan di dalam Buku Log (Kepada Penilai / Pemeriksa) sekurang-kurang 8 jenis binatang yang kamu temui (binatang kehidupan luar) seperti mamalia, reptilia, burung / unggas dan moluska. (Karangan laut seperti kerang,

siput, lintah, tiram dan lain-lain). Keluar mengembara ke satu kawasan bersama rakan sebaya dalam Pek atau Patrol Pengakap Muda dan membuat penyiasatan kehidupan pokok-pokok saka / rendang. Gunakan daun pokok yang disiasat untuk ditampal ke dalam buku log. Tulis maklumatnya.

3. Menerangkan kejadian hujan serta menunjukkan kepada Pemeriksa satu carta cuaca yang telah disediakan sekurang-kurangnya dalam tempoh masa tidak melebihi dua minggu ; menyatakan dalam Buku Log Peribadi apakah kesan udara terhadap alam sekitar di tempat sendiri. 4. Menerangkan (kepada Pemeriksa) sekurang-kurangnya 6 maklumat yang dipetik dari akhbar / majalah mengenai berita semasa yang menjadi masalah kepada manusia berkaitan dengan pencemaran alam sekitar ini. 5. Buat buku skrap mengenai satu daripada perkara berikut : Pembuangan bahan sisa kilang Pembuangan sampah-sarap Pembuangan bangkai Pembuangan atau tumpahan minyak. Nyatakan punca yang menyebabkan pencemaran alam sekitar berkenaan.

6. Mengambil bahagian dalam satu aktiviti berikut : Memberi perkhidmatan sukarela berkenaan pemeliharaan alam sekitar seperti membersihkan taman rekreasi kanak-kanak, kawasan sekolah, kawasan rumah dan masjid / rumah ibadat. Memelihara pokok atau berkebun di kawasan sekitar rumah sendiri atau kawasan sekolah. Menerangkan kepada Pemeriksa aktiviti pemerhatian dan pengecaman dan nyatakan segala maklumat yang ditemui. Catatkan di dalam Buku Log. Dan nyatakan penyesuaian bagi keselamatan tumbuhan.

7. Menyenaraikan di dalam Buku Log tugas berkaitan dengan Pemeliharaan Alam Sekitar yang telah disempurnakan. Bagi diri sendiri Bagi Keluarga

Bagi masyarakat

Pengembaraan (Pengetahuan) Pilih LIMA sahaja.

1. Menerangkan (kepada Pemeriksa) persediaan yang perlu dibekalkan untuk sehari mengembara dan menjelajah ke kawasan luar bandar atau ke pinggir kampung : membuat peruntukan perbelanjaan, pakaian yang patut dan sesuai, alas kaki, bekalan peribadi, lain-lain alat dan alatan ubatan untuk pertolongan cemas dan makanan. 2. Mengambil bahagian dalam pengembaraan jauh. (Pengembaraan Pengakap Kanak-kanak.). 3. Menghidupkan api di luar / di tempat lapang dengan menggunakan bahan bakaran yang dijumpai dan membuat minuman panas. 4. Merintis jalan ke satu tempat yang jauhnya satu kilometer dengan berpandukan pedoman isyarat sulit pengakap yang dibuat ditulis di atas tanah. 5. Mengetahui cara mengisi borang keperluan ke dalam beg untuk mengembarasupaya semua peralatan nampak kemas dan senang dibawa. 6. Mengetahui cara mendirikan khemah ringkas untuk berteduh dan menurunkan khemah ponco dan mengetahui sebelum mendirikan khemah itu, kedudukan arah angin, arah cahaya matahari. 7. Mengetahui undang-undang jalan raya berkaitan dengan kemalangan semasa di jalan raya dan peraturan berjalan kaki.

Ahli Komputer(Pengetahuan) Pilih LIMA sahaja. 1. Mengenali komponen utama komputer. 2. Boleh membuka dan menutup komputer. 3. Boleh menaip mengunakan komputer. 4. Boleh melukis mengguna perisian komputer (Paint Brush). 5. Boleh membuka dan menyimpan fail. 6. Boleh melayari internet. 7. Boleh menggunakan e-mail.

LENCANA KEPANDAIAN 6

Pekerja Am (Lencana Perkhidmatan)

(Ingatan : Lakukan 5 bahagian sahaja dari 12 bahagian yang dicadangkan) 1. Mencuci kenderaan seperti motokar, motosikal atau skutar dengan tunjuk ajar orang dewasa. 2. Dengan tunjuk ajar orang dewasa membantu orang dewasa menukar tayar basikal. 3. Mengetahui menukar mentol lampu basikalnya, menegangkan rantai. 4. Menunjukkan cara bagaimana menggunakan alat pertukangan seperti tukul besi, gergaji, spana, pelayar, pisau, kapak dan bagaimana memelihara alat itu selepas digunakan. 5. Membuat satu benda permainan kanak-kanak daripada kayu dengan menggunakan alat pertukangan. 6. Mengetahui cara membersihkan dan memasang sumbu lampu minyak dan sumbu dapur minyak 7. Menjahit butang pada baju atau pada seluar, atau menjahit lencana Pengakap di baju dengan sempurna. 8. Mencuci rumah termasuk longkang, tandas dan membersihkan sekeliling rumah. 9. Menunjukkan bagaimana persediaan untuk persiapan kerja mengecat di permukaan yang tegak dan mengetahui bagaimana mencuci berus cat yang telah digunakan. 10.Mencuci dan menggosok baju dengan seterika. 11.Membersihkan alat perkebunan seperti cangkul tajak, pongkes dan lain-lain selepas digunakan. 12.Menyusun-atur alat pertukangan dan alat perkebunan dalam bilik simpanan/stor untuk menjaga keselamatan kanak-kanak.

Pengurus Rumah (Perkhidmatan) Pilih LIMA sahaja. 1. Menyediakan satu jenis minuman panas seperti seteko kopi, teh, milo dan lain-lain sama ada bersusu atau tidak; menunjukkan cara menghidangkannya kepada tetamu. 2. Menyediakan satu jenis minuman yang menyegarkan seperti air limau manis, limau nipis atau air nenas, air tembikai, air kelapa dan lain-lain. 3. Menyediakan sup (rebusan) yang ringkas dari bahan makanan segera atau menggoreng telur, merebus telur, bahan makanan segera seperti Burger dan Hotdog. 4. Memasak nasi atau bubur atau nasi goreng untuk hidangan dua orang. 5. Menggoreng ikan / udang / sardin / keledek / pisang / tauhu untuk hidangan dua orang. 6. Membantu menyiapkan hidangan di meja makan, mencuci pinggan mangkuk, periuk belangga dan lain-lain. 7. Menyapu, mengibas habuk dan mengemaskan bilik tempat tidur. 8. Mencuci pakaian seragam pengakap dan pakaian sekolah sendiri serta pakaian peribadi seperti seluar dalam, stokin, kasut dan lain-lain.

Penyelamat Nyawa (Perkhidmatan) 1. Pemegang lencana Ahli Renang. 2. Menunjukkan cara terjun ke air dengan cara luncur meniarap dan tendang keribas (bantuan pengajar diperlukan semasa tunjukcara ini dan berenang sejauh sekurang-kurangnya 50 meter). 3. Menunjukkan cara berenang gaya tangan di atas kepala, rangkaian

meniarap, kuak dada di dalam air. 4. Menunjukkan cara membantu orang lemas dalam air dengan cara : Memegang rambut si malang dari belakang Mengangkat kepala si malang dari belakang Memegang baju si malang Menyelamat menggunakan tali Melontar tali, kayu pendayung dan sebarang kayu.

5. Menunjukkan cara dua memulihkan penafasan dari mulut ke mulut dan cara penafasan kaedah Holger-Nielsen. 6. Mengetahui cara menyelamat diri bila berlaku kebocoran paip tangki gas yang beracun, memahami cara meminta pertolongan dan bantuan daripada pihak yang sewajarnya. 7. Memahami / mengetahui cara menyelamat dari api : Memahami isyarat kebakaran dibangunan besar dan cara memecahkan kaca penggera kebakaran. 8. Menunjukkan cara menyelamat diri dalam kebakaran.

Ahli Pertolongan Cemas (Perkhidmatan) 1. Mengetahui isi kandungan dan mengetahui menggunakan serta menjaga peti pertolongan cemas. 2. Mengetahui keupayaan memberi pertolongan cemas dan mengetahui mustahaknya mendapatkan bantuan atau pertolongan dari orang dewasa yang berpengalaman. 3. Mengetahui cara bertindak memberi rawatan sementara kepada mangsa kemalangan yang dalam keadaan terkejut (shock). Terangkan kepada

Pemeriksa / Penilai sekurang-kurangnya cara yang diperlukan. 4. Menunjukkan bagaimana memberhentikan darah keluar dari hidung. 5. Mengetahui sekurang-kurang 5 tempat nadi terpenting dan tahu cara menahan darah yang keluar daripada badan pesakit. Sebagai perawat sementara, Pengakap Kanak-kanak hendaklah menunjukkan cara penahan darah keluar dari bahagian arteri paha, lengan, selangka, leher, muka, pelapis, belakang dan kepala. 6. Mengetahui bagaimana mencuci dan membalut luka dan mengetahui menggunakan jenis pembalutan termasuk pembalutan tiga segi dan membuat anduh. 7. Menunjukkan cara merawat pesakit (dalam) hal memberi kerehatan, keselesaan keriangan. 8. Mengetahui cara memadamkan pakaian yang terbakar dan merawat secara kecemasan kulit yang terbakar atau melecur. 9. Mengetahui cara mengubati gigitan dan sengatan serangga selain dari gigitan ular, jengking dan semburan beracun. 10.Mengetahui cara menolong orang pengsan / pitam selain dari terkena kejutan elektrik. 11.Mengetahui cara membuat panggilan kecemasan kepada Pemeriksa / Penilai seperti memanggil Polis, Bomba dan Ambulan dengan jelas dan betul serta mengetahui tindakan yang perlu diambil apabila menemui kemalangan atau lain-lain kecemasan pelanggaran kenderaan yang menyebabkan kemalangan.

Rambu Pengakap Kanak-kanak

Skim Lencana Pengakap Kanak-Kanak

RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK

Rambu ini dianugerahkan kepada Pengakap Kanak-kanak setelah mereka

mendapat :

Lencana Keris Emas dan Tujuh Lencana Kepandaian iaitu Lencana Wajib, Dua Lencana Kegemaran, dua Lencana Pengetahuan dan dua Lencana Perkhidmatan.

Ia layak memakai Rambu Pengakap Kanak-kanak dengan syarat : 1. Pemegang Lencana Keris Emas selama 1 bulan 2. Berkelakuan baik. 3. Menunjukkan sikap kepimpinan yang boleh dicontohi 4. Dicalonkan oleh pemimpin PEK.

Catatan: Rambu PKK boleh dipakai sehingga pengakap mendapat anugerah rambu pengakap muda. Anugerah Sijil Rambu dikeluarkan oleh Persekutuan Pengakap Negeri masing-masing dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Negeri.

Struktur Pangkat

Epolet Pemimpin dan Pesuruhjaya

Enam Lengkar

Kuning

DYMM YDP Agong DYMM Sultansultan TYT Gabenor Ketua Pengakap Negara Perdana Menteri

Hijau
Biru Tua

Merun

lima lengkar

Hijau
Biru Tua

Naib Yang Dipertua Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Timbalan Perdana Menteri Menterimenteri

Merun

empat lengkar

Hijau

YDP Majlis Negeri Bendahari Ketua Pengarah Pelajaran Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Pesuruhjaya Antarabang sa Pesuruhjaya Latihan Pesuruhjaya Program Ketua Pesuruhjaya Negeri Sabah Ketua Setiausaha Kerja Timbalantimbalan Menteri

Biru Tua

Ungu

Merun

Anda mungkin juga menyukai