Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN OLAHRAGA

        Olahraga ialah satu aktiviti fizikal yang bersifat saingan. Ia


merangkumi beberapa acara berlainan yang berasaskan kepada
pergerakan-pergerakan semula jadi seperti berlari, melompat
dan membaling. Bentuk awal olahraga yang dikelolakan secara
tersusun telah dikenali berlaku pada zaman klasikal terutamanya
Sukan Olimpik Kuno. Sepertimana kita tahu, olahraga bermula
dari Sukan Olimpik Moden pertama di Athens dalam tahun 1896
dan kewujudan IAAF (Pertubuhan Olahraga Amator
Antarabangsa) dalam tahun 1912. Sejak itu, program olahraga
telah diubahsuaikan dan diperkembangkan secara berterusan.
                Olahraga merupakan elemen yang paling penting
dalam Sukan Olimpik Moden. Ia dipraktikan di semua negara
kerana nilai pendidikannya dan peranannya dalam peningkatan
keadaan fizikal individu. Ia juga merupakan asas yang
diperlukan untuk prestasi optimum dalam sukan lain. Tambahan
pula ia menawarkan peluang kepada penyelidik untuk mengkaji
pergerakkan manusia
    Olahraga trek dan padang biasanya dikenali sebagai olahraga
atau trek dan padang. Nama "olahraga" berasal daripada
perkataan Greek "athlos" yang bermaksud "bertanding". Tarikan
yang ada pada acara sukan ini juga telah melahirkan istilah
olahraga (athletics) yang merangkumi acara berlari, melontar
dan melompat.
        Mengikut catatan sejarah, olahraga dipercayai bermula
pada 3000 tahun yang lampau di Greece. Oleh itu, ianya
dianggap sebagai acara sukan yang tertua di dunia. Catatan
sukan olahraga ini bermula di Sukan Olimpik kuno tahun
776 S.M di Greece. Berdasarkan “The Encyclopedia of Sports”
acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh
dimana ahli sukan Sparta bernama Chionis berjaya melompat
sejauh 23 kaki 1 ½ inci pada Sukan Olimpik 656 S.M.
        Di England, sukan olahraga telah dihidupkan oleh Royal
Military College di Sandhurst di mana temasya sukan bermula
pada 1812. Kemudian Kelab Olahraga yang pertama ditubuhkan
iaitu ‘The Necton Guild’. Selepas itu semakin banyak kelab
olahraga ditubuhkan dan terdapat juga kelab olahraga peringkat
universiti yang ditubuhkan pada tahun 1850 di University
Oxford, dikenali sebagai Exeter College Athletic Club. 
        Kejohanan olahraga kebangsaan yang pertama
telah dianjurkan pada tahun 1866 oleh Amateur Athletic Club di
England. Seterusnya kejohanana Antarabangsa yang pertama
diadakan pada tahun 1876 antara England dan Ireland.
Menjelang abad ke-20, ramai atlet Amerika Syarikat yang telah
mampu mencatatkan prestasi yang
memberangsangkan. Ternyata kebanyakkan peserta dari negara
Amerika Syarikat ialah berketurunan Negro, namun atlit dari
negara Eropah lain turut cemerlang dalam olahraga. 
        Terdapat beberapa temasya lain diadakan di Eropah semasa
era klasik iaitu :
 Sukan Panhellenic:

o 1. Sukan Pythian (diasaskan pada 527 SM) diadakan

di Delphi setiap empat tahun


o 2. Sukan Nemean (diasaskan pada 516 SM) diadakan

di Argolid setiap dua tahun


o 3. Sukan Isthmian (diasaskan pada 523 SM)
di Corinth Isthmus setiap dua tahun
 Sukan Rom : acara olahraga khusus kepada lumba kaki,

melontar, lumba kuda, bergusti dan pertempuran gladiator.


         Sememangnya ketika itu atlet dari Asia dan Afrika

belum mampu menyaingi kemampuan atlet dari Eropah.


Tetapi kini senario tersebut telah berubah dan boleh
dikatakan atlet Asia dan Afrika dianggap setaraf dengan
atlet Eropah. Kini pelbagai kejohanan sukan diadakan
seperti Sukan Sea, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan
Sukan Olimpik. Mana-mana badan atau pertubuhan yang
berdaftar di bawah IAAF boleh menyertai kejohanan
dibawah pengawasan IAAF.

MATLAMAT
 Berhasrat melahirkan modal insan yang sihat dan cergas melalui penyertaan yang
menyeluruh dalam kalangan murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun.
 Pelaksanaan dasar ini akan membantu bagi mengatasi masalah disiplin dan
mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan murid.
 Dapat memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli
masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.
 Untuk menaikkan mutu dan prestasi sukan olahraga di sekolah, pelajar-pelajar akan
memperolehi kecemerlangan, keputusan dan kejayaan yang lebih baik dalam arena sukan.
 Dapat mencungkil bakat baru yang terpendam dalam kalangan pelajar yang berbakat
dalam bidang sukan
 Seterusnya dapat melahirkan atlit sukan yang berwibawa.
 Dapat menggalakkan pelajar-pelajar bergiat secara aktif dan mengambil bahagian dalam
sukan terutamanya olahraga.
 Untuk menjadikan pelajar-pelajar sentiasa cergas dan sihat serta dapat membantu
seseorang pelajar dalam bidang akademik.
 Olahraga ini juga dapat memupuk semangat dalam kalangan ahli-ahli kelab ini semasa
aktiviti sukan dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai