Anda di halaman 1dari 48

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

NAMA: MUHAMAD ARIF AQIL BIN ROSLAN


NO. PEND: 15DTK18F1013
PROGRAM: DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK
KOMPUTER
TEMPOH LI: 1 MAC 2021 – 16 JULAI 2021

i
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

OLEH

MUHAMAD ARIF AQIL BIN ROSLAN


15DTK18F1013

DI

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL


BATUPAHAT, JOHOR, MALAYSIA

Laporan Akhir Latihan Industri Ini Dikemukakan Kepada


Pensyarah Penilaian Di
Jabatan Kejuruteraan Elektrik Bagi Menenuhi Sebahagian
Dari Syarat Penilaian Latihan Industri Dan
Penganugerahan
Diploma Kejuruteraan Elektrik

ii
PENGESAHAN PELAJAR

“Saya akui laporan latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Pelajar :

No. Pendaftaran :

Program :

Tarikh :

Disahkan Oleh :

Tandatangan :
Nama Penyelia :
Cop Organisasi :

iii
DEDIKASI

“Untuk ayah, bonda tercinta serta keluarga yang di sayangi, warga


kerja Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional di UTHM serta
semua , rakan-rakan seperjuangan di Politeknik Sultan Azlan Shah,
serta saudara-mara terdekat yang sentiasa memberi sokongan dan
dorongan sepenuhnya.”

Pelatih juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima


kasih kepada pensyarah-pensyarah di Jabatan Kejuruteraan
Elektrik terutama pensyarah program Diploma Kejuruteraan Elektrik
yang telah membantu dalam penulisan laporan ini dan di atas
segala ilmu yang telah dikongsi bersama.

“JASAMU DIKENANG”

iv
PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, setinggi- tinggi kesyukuran pelatih panjatkan


ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-NYA pelatih dapat
menamatkan latihan Industri dengan sempurna.

Setinggi-setinggi penghargaan pelatih ucapkan kepada pihak


pengurusan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional di UTHM
kerana telah memberi peluang pelatih menjalankan latihan industri
dikilangnya selama 5 bulan. Khasnya buat Prof. Madya Dr. Nor Lisa
Binti Sulaiman selaku penyelia pelatih kerana beliau juga telah
banyak membantu pelatih dalam menjalankan kerja- kerja
pencarian maklumat. buat Prof. Madya Dr. Nor Lisa Binti Sulaiman
juga banyak memberi tunjuk ajar pelatih tentang cara-cara bekerja
yang sebetulnya.

Segala tunjuk ajar daripada semua pekerja telah


memberikan pelatih pengalaman yang baru dalam membangunkan
laman web. Pengalaman ini akan pelatih gunakan semasa pelatih
melangkah ke alam pekerjaan pada masa yang akan datang.

Pelatih juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada


pihak Unit Perhubungan Latihan Industri dan Jabatan Kejuruteraan
Elektrik Politeknik Sultan Azlan Shah yang banyak membantu dari
penyediaan sebelum dan selepas menjalani latihan industri dan
penyediaan laporan latihan industri.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa pelatih yang telah
memberikan dorongan dan sokongan yang padu kepada pelatih
untuk menyiapkan buku laporan dan menamatkan latihan industri
selama 5 bulan.

Sekian, terima kasih.

v
ABSTRAK

Laporan menerangkan tentang aktiviti yang pelatih lakukan


sepanjang menjalani latihan industri selama 5 bulan di Fakulti Pendidikan
Teknikal dan Vokasional di UTHM. Di dalam laporan ini menerangkan
secara terperinci mengenai latar belakang syarikat. Masalah-masalah
dihadapi serta komen dan cadangan membina untuk pihak organisasi dan
pihak politeknik sendiri. Semoga setiap maklumat yang diterangkan akan
memuaskan hati pembaca sekali gus dapat memberi manfaat kepada diri
pelatih dan pihak organisasi itu sendiri. Di samping itu juga. ia dapat
memberikan pelatih panduan dan kekuatan dalam menghadapi segala
permasalahan yang bakal saya tempuhi ketika saya berada di alam
pekerjaan nanti.

Insya-Allah.

vi
ABSTRACT

The report describes the activities that the trainees performed


during their 5-month industrial training at Fakulti Pendidikan
Teknikal dan Vokasional in UTHM. This report describes in detail
the background of the company. Problems encountered as well as
constructive comments and suggestions for the organization and
the polytechnic itself. Hopefully each of the information provided will
satisfy the reader and will benefit both the coach and the
organization itself. In addition to that. he can provide me with
guidance and strength in dealing with any problems I may have
when I am in the workforce.
Insya-Allah.

vii
KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA


SURAT
PENGHARGAAN V
ABSTRAK VI
ABSTRACT VII
KANDUNGAN VIII
SENARAI JADUAL X
SENARAI RAJAH XI
BAB 1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Objektif Industri 2
1.3 Objektif Laporan Latihan Industri 4
1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar 4
BAB 2 LATAR BELAKANG SYARIKAT DAN CARTA 5
ORGANISASI
2.1 Pengenalan Organisasi 5
2.2 Sejarah Daan latar Belakang Syarikat 6
2.3 Carta Organisasi 9
2.4 Operasi Syarikat 10
2.5 Pelan dan Lokasi Organisasi 10
BAB 3 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI 11
3.1 Pengenalan 11
3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri 12

BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL 15


4.1 Pengenalan 15
4.2 Pengenalan Joomla 16
4.3 Install Joomla 17
4.3.1 Install 17

viii
4.3.2 Login halaman Admin Joomla 19
4.4 Membangunkan Website 20
4.4.1 Menambahkan Artikel 20
4.4.2 Membuat kategori 21
4.4.3 Menambahkan featured artikel 22
4.4.4 Membuat Menu 23
4.5 Install & upload Template Joomla 25
4.6 Update Joomla 27
BAB 5 KESIMPULAN 28
BAB 6 DAPATAN DAN CADANGAN 30
6.1 Dapatan 30
6.2 Komen & Cadangan 31
6.3 Cadangan kepada Pihak Politeknik 32
6.4 Cadangan kepada Pihak Organisasi 33

ix
SENARAI JADUAL
NO. TAJUK MUKA
JADUAL SURAT

1 PENGENALAN ORGANISASI 5

2 RINGKASAN AKTIVITI LI 12

3 RINGKASAN AKTIVITI LI 13

4 RINGKASAN AKTIVITI LI 14

x
SENARAI RAJAH

BIL. TAJUK MUKA SURAT


1 Logo UTHM 5
2 Carta organisasi 9
3 Pelan 10
4 cPanel 17
5 Install Joomla 17
6 Install Joomla 17
7 Detail Joomla 18
8 19
9 Login 19
10 Dashboard 20
11 New article 20
12 Save article 21
13 Categori 21
14 Save categori 22
15 Featured article 22
16 Featured article 23
17 Add new menu 23
18 Save menu 24
19 Main menu 25
20 Install template 26
21 Insert template 26
22 New template 26
23 Latest update 27

xi
BAB 1
PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 Pendahuluan

Latihan industri adalah satu mata pelajaran yang menjadi satu syarat
atau kewajipan bagi setiap pelajar di Politeknik semasa semester 6 iaitu
semester terakhir bagi menamatkan silibus. Pelajar juga disyaratkan lulus
latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Diploma
Politeknik KPM. Para pelajar akan menjalani Latihan Industri atau lebih
dikenali sebagai ‘Praktikal’ selama satu semester di syarikat atau di kilang
yang dipilih.

Dalam tempoh itu pelajar mesti mengikuti segala peraturan atau


prosedur syarikat tersebut, contohnya disiplin, kedatangan, pakaian, dan lain-
lain. Latihan Industri adalah pendedahan awal kepada pelajar sebelum
memasuki alam pekerjaan setelah menamatkan pengajian. Pelajar akan
mengambil aliran yang berkaitan dengan kursus semasa menjalani praktikal
untuk memastikan ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan pada masa
hadapan. Sepanjang tempoh latihan, pelajar dapat mempelajari dan
mempraktikkan perkara baru yang berkaitan dengan kursus yang diambil di
Politeknik.

Pelajar juga dikehendaki untuk membuat Laporan Harian berkaitan


dengan aktiviti di tempat kerja. Pelajar mesti menyerahkan buku Laporan
Harian sekali dalam seminggu kepada pegawai di syarikat itu untuk diperiksa
dan ditandatangani. Selain itu, pensyarah daripada Politeknik juga melawat ke
tempat dimana pelajar akan membuat latihan industri untuk melihat
perkembangan mereka dan berjumpa dengan pengurus atau pegawai terbabit
untuk mengetahui keadaan atau suasana kerja yang dilalui oleh pelajar
terbabit.

1
1.2 Objektif Latihan Industri

Latihan Industri adalah salah satu latihan yang wajib dijalani oleh semua
pelajar atau mahasiswa di sesuatu organisasi atau institut pengajian tinggi
dalam tempoh tertentu supaya para pelajar dapat mempelajari ilmu baru dan
mendapat banyak pengalaman bekerja.

Dengan cara ini, para pelajar dapat mempraktikkan pembelajaran yang


dipelajari di institusi serta mempertingkatkan lagi kemahiran dan mempelajari
banyak perkara. Selain itu, ia juga dapat mendedahkan kepada para pelajar
mengenai suasana pekerjaan yang sebenar di sesuatu organisasi atau firma.

Secara amnya, objektif latihan industri adalah seperti berikut;

i. Mendedahkan kepada pelajar tentang alam pekerjaan yang sebenar.

Latihan industri adalah penting kerana dapat mendedahkan para


pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar. Ia juga dapat menambah serta
meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar, jika sebelum ini para
pelajar memperolehi pengetahuan secara terhad, tetapi apabila pelajar
mengikuti latihan ini, pelajar dapat mengetahui dengan lebih lanjut lagi
tentang sesuatu perkara dan kehendak semasa melakukan pekerjaan. Selain
itu, pelajar dapat mempelajari tentang teknologi atau kemahiran baru semasa
menjalani latihan industri.

ii. Meningkatkan kebolehan pelajar dengan lebih baik.

Latihan industri ini juga dapat meningkatkan kebolehan dan peribadi


pelajar yang lebih baik seperti dapat menonjolkan kebolehan untuk bekerja
dengan bersungguh-sungguh dan bekerja dengan penuh dedikasi serta
menampilkan sikap yang positif kepada majikan. Latihan industri juga penting
kerana ia dapat menghilangkan rasa rendah diri seseorang pelajar dimana
apabila pelajar menjalani latihan industri berkemungkinan pelajar akan
bertemu dengan orang yang berpangkat tinggi atau lebih berusia. Nilai

2
hormat- menghormati terhadap orang sekeliling akan timbul di dalam diri
pelajar sekiranya pelajar menjalankan latihan industri dengan sepenuh hati
dan ikhlas.

3
iii. Menanamkan semangat kerja berpasukan.

Di dalam sesebuah syarikat, pelajar akan berhadapan dengan pelbagai


lapisan pekerja seperti berlainan bangsa, jantina, umur, agama dan ilmu
pengetahuan. Dengan itu, pergaulan mesra yang diwujudkan antara pelajar
dan pekerja dapat memudahkan sesuatu pekerjaan itu diselesaikan melalui
perbincangan dan bantuan daripada pekerja lain. Oleh itu, Latihan Industri ini
sedikit sebanyak dapat membantu pelajar mempelajari cara mewujudkan
semangat kerja berpasukan ketika bekerja di sesebuah organisasi dan di
samping itu pergaulan mesra antara pelajar dan pekerja juga dapat
mengeratkan hubungan silaturrahim.

iv. Menanamkan sifat amanah dan tanggungjawab dalam diri pelajar.

Latihan Industri juga dapat menanamkan sifat-sifat murni dalam diri


seseorang pelajar. Antaranya ialah sifat amanah dan bertanggungjawab
dalam menjalankan tugas yang diarahkan. Di samping itu, menjaga
kerahsiaan firma, juga dapat mendidik seseorang pelajar menjadi seorang
yang amanah dan bertanggungjawab dan harus dipikul sepanjang bekerja di
sesebuah firma kerana kerahsiaan firma merupakan satu aspek penting yang
perlu dijaga.

v. Meningkatkan disiplin pelajar.

Disiplin sangat penting baik bagi masyarakat mahupun mahasiswa.


Setiap syarikat swasta mahupun kerajaan, semuanya terikat dengan disiplin.
Disiplin ini juga yang membantu memajukan sesebuah syarikat kerana
dengan disiplin ia dapat melahirkan modal insan yang lebih cemerlang dalam
setiap tindakan. Secara tidak langsung ketika pelajar menjalani Latihan
Industri mereka akan terikat dengan peraturan-peraturan dan disiplin yang
ditetapkan syarikat.

4
1.3 Objektif Laporan Latihan Industri

Laporan Latihan Industri ini disediakan oleh pelajar – pelajar Politeknik yang
mempunyai beberapa objektif.

Antara objektifnya ialah:

1. Menerangkan satu persatu aktiviti yang dilakukan di firma bertujuan


melengkapkan laporan yang dibuat secara ringkas oleh pelajar pada
setiap hari supaya ia lebih lengkap dan jelas.

2. Buku laporan ini juga bertujuan untuk memastikan pelajar menjalani


latihan industri dengan baik.

3. Pensyarah dapat menilai pelajar tersebut melalui laporan yang dibuat.

4. Memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Diploma


kepada pelajar.

1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Latihan industri adalah penting kerana dapat mendedahkan para


pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar. Ia juga dapat menambah serta
meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar, jika sebelum ini para
pelajar memperolehi pengetahuan secara terhad, tetapi apabila pelajar
mengikuti latihan ini, pelajar dapat mengetahui dengan lebih lanjut lagi
tentang sesuatu perkara dan kehendak semasa melakukan pekerjaan. Selain
itu, pelajar dapat mempelajari tentang teknologi atau kemahiran baru semasa
menjalani latihan industri.

5
BAB 2
LATAR BELAKANG SYARIKAT DAN CARTA ORGANISASI

2.1 Pengenalan Organisasi

GAMBARAJAH 1 LOGO

Nama UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


(UTHM)
Ditubuhkan 1993

Jenis Public University, Higher Education

Chancellor DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan


Iskandar, Sultan Johor

Pro-Chancellor i. DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan


Ibrahim
Tunku Mahkota Johor
ii. YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa

Vice- YBhg. Profesor Datuk Ts. Wahid Razzaly


Chancellor
Alamat Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasionak
Batupahat, Johor, Malaysia
JADUAL 1 PENGENALAN OGRANISASI

6
2.2 Sejarah Dan Latar Belakang Syarikat

UTHM telah ditubuhkan pada 16 September 1993 dan sebelumnya dikenal


sebagai Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP). Tujuan PLSP adalah untuk
melatih dan melahirkan staf atau kakitangan akademik politeknik untuk
menjadi individu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam
pelbagai bidang kejuruteraan. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan
Kementerian Pendidikan Malaysia telah ditadbir bersama dengan institusi
ini. Kemudian, PLSP dinamakan semula dan dinaik taraf menjadi Institut
Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) tiga tahun kemudian. Objektif
promosi untuk mengakui kecemerlangan institusi dalam menghasilkan
modal insan untuk pendidikan teknikal yang lebih tinggi. Seterusnya,
kerajaan Malaysia bersetuju untuk memberikan status universiti-kolej
kepada institut tersebut pada 27 September 2000 yang digelar sebagai
KUiTTHO yang merupakan Kolej Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
KUiTTHO bertujuan untuk menyedari sumbangannya dalam
pengembangan sains dan teknologi. Selain itu, ia juga dapat membantu
negara mencapai aspirasi. Secara berterusan, KUiTTHO mempunyai
tujuan untuk maju dan melahirkan graduan yang mahir, berpengetahuan
dan berdaya saing. Akhir sekali, pada 20 September 2006, kerajaan
Malaysia bersetuju untuk memberikan status universiti sepenuhnya
kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Terdapat 2 kampus UTHM di mana kampus utama UTHM terletak di Parit


Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru
sementara kampus lain terletak di Pagoh. Naib canselor UTHM ialah
YBhg. Prof Datuk Ts. Wahid bin Razzaly. Organisasi adalah penting dan
penting yang boleh menjadi panduan kepada aktiviti institusi dari segi
pengurusannya. Pengurusan dan organisasi yang tepat dapat
menggambarkan bagaimana staf akademik dan sokongan profesional
mencapai matlamat organisasi. Kemudahan pengajaran dan pembelajaran

7
konduktif, zon WIFI komprehensif, makmal moden, kampus hijau,
kemudahan perubatan canggih, tempat tinggal selesa, sukan dan rekreasi
telah dilaksanakan dan disediakan di UTHM. Tahap pendidikan di UTHM
terdiri daripada Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan juga
Doktor Falsafah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai semangat
kompeten, membentuk kepemimpinan masa depan dan memastikan
pelajar dapat menerapkan kualiti pengetahuan dan kemahiran mereka
dalam kehidupan sebenar. Di samping itu, pelajar dapat memenuhi
keperluan dan permintaan industri.

Visi UTHM adalah menuju universiti bertaraf dunia terutama dalam bidang
kejuruteraan, sains dan teknologi untuk pembangunan lestari sementara
misi UTHM komited untuk menjana dan menyebarkan pengetahuan untuk
memenuhi keperluan industri dan komuniti dunia nyata dan memupuk
modal insan yang kreatif dan inovatif berdasarkan paradigma tauhid.
‘Dengan kebijaksanaan, kami menjelajah’ adalah cogan kata UTHM.
Dalam dasar kualiti, UTHM bertujuan untuk menyediakan program
akademik berkualiti tinggi berdasarkan sains dan teknologi untuk
memenuhi harapan pelanggan melalui pengurusan organisasi yang sangat
baik dan peningkatan berterusan. Pengurusan dan kakitangan kanan
universiti di semua peringkat sangat komited untuk melaksanakan dan
mengekalkan pengurusan kualiti yang berkesan dengan memenuhi syarat
MS ISO 9001: 2008.

8
Terdapat beberapa objektif kualiti yang telah dilaksanakan di UTHM iaitu:
i. Pastikan kemasukan pelajar melebihi 90% daripada sasaran.
ii. Pastikan kemasukan pelajar antarabangsa melebihi 6% daripada
pendaftaran pelajar semasa.
iii. Pastikan pemberian penyelidikan baru melebihi 80% daripada
sasaran.
iv. Pastikan indeks H Universiti (SCOPUS) meningkat sebanyak 1
jumlah indeks setiap tahun.
v. Memastikan bahawa kebolehpasaran siswazah melebihi 80%
setelah setahun tamat pengajian.
vi. Pastikan penjanaan pendapatan melebihi 15% daripada kos
operasi universiti.
vii. Untuk memastikan bahawa aduan mengenai sistem atau
kemudahan pengajaran dan pembelajaran diselesaikan dalam
masa 1 bulan.

9
2.3 Carta Organisasi

Gambarajah 2

10
2.4 Operasi Syarikat
Firma beroperasi lima hari seminggu:
Hari bekerja (Tempoh) : Ahad – Rabu (0800 – 1700)
: Khamis (0800 – 1530)
Waktu rehat :1300 – 1400
Cuti hujung minggu : jumaat dan sabtu

2.5 Pelan Dan Lokasi Organisasi

Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional terletak bersebelah dengan


Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Perniagaan. Untuk sampai ke FPTV
perlu melalui pagar kedua yang berdekatan dengan masjid UTHM dan
Pusat renang UTHM. Lepas itu, terdapat perpustakaan UTHM dan belok
kiri dan teruskan perjalanan sehingga nampak bangunan FPTV.

GAMBARAJAH 3 PELAN

11
BAB 3
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
3.1 Pengenalan

Latihan industri adalah salah satu kursus wajib bagi pelajar politeknik
sebelum mereka layak mendapat anugerah. Oleh itu, pelajar akan
mendapat perhatian yang lebih mendalam mengenai kursus yang
telah mereka pelajari. Setiap pelajar mesti lulus latihan industri untuk
akhir semester seterusnya. Pelajar pelajar gagal, latihan industri
mesti diulang.

Latihan industri merangkumi pelbagai cabang pengetahuan yang dapat


diterapkan oleh pelajar. Antaranya, pelajar diajar semula dalam sukatan
pelajaran profesor politeknik untuk mengingat kembali tujuan kursus yang
telah mereka pelajari. Di samping itu, soal kerja yang sedang dilakukan,
untuk pelajar itu sendiri mesti meminta banyak pekerja syarikat.

Latihan industri selama lima bulan sudah cukup untuk setiap orang semua
pengetahuan di kursus politeknik. Ini kerana para pelajar telah bersentuhan
dengan kerja sama kerja kerajaan dan syarikat swasta semasa latihan industri.
Pelajar mesti menggunakan pengetahuan ini dengan sebilangan besar
kemungkinan, kerana setelah tamat pengajian, pelajar akan dapat berlatih
dalam pekerjaan sebenar.

3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri

12
MINGGU & TARIKH AKTIVITI MINGGUAN
MINGGU 1 - Lapor diri dengan penyelia
(01/03/2021 – 04/03/2021) - Memahami organisasi
company(UTHM)
- Membuat ringkasan
organisasi
MINGGU 2 -
Mencari artikel – artikel
(07/03/2021 – 11/03/2021) berkaitan TVET di Malaysia
- Mencari maklumat tentang
cara membangunkan laman
web
MINGGU 3 -
Mencari maklumat TVET
(14/03/2021 – 18/03/2021) - Membuat ringkasan tentang
TVET
- Mencari maklumat untuk
membangunkan laman web
MINGUU 4 - Melakarkan laman web
(21/03/2021 – 25/03/2021) - Perrjumpaan bersama Dr. Nor
Lisa
MINGGU 5 - Menambahkan lagi lakaran
(28/03/2021 – 01/04/2021) laman web
MINGGU 6 - Mencari maklumat
(04/04/2021 – 08/04/2021) penggunaan google meet, qr
code dan google document
- Mencari ujian personality dan
aptitude
- Mempelajari Joomla
MINGGU 7 - Mencari maklumat Joomla di
(11/04/2021 – 15/04/2021) YouTube
- Memahami setiap komponen
JADUAL 2 RINGKASAN AKTIVITI LI

MINGGU & TARIKH AKTIVITI MINGGUAN

13
MINGGU 8 - Mengeluarkan menu – menu
(18/04/2021 – 22/04/2021) untuk laman web
- Menghasilkan page laman
web
- Mencari maklumat tentang
rubrirk inovasi
MINGGU 9 - Mencari maklumat dan bahan
(25/04/2021 – 29/04/2021) yang diminta oleh Dr. Nor
Lisa
- Mengumpulkan kesemua
bahan rubrik yang telah di
cari
MINGGU 10 - Membangunkan laman web
(02/05/2021 – 06/05/2021)
MINGUU 11 - Meneruskan membangunkan
(09/05/2021 – 13/05/2021) laman web
- Mencari maklumat berkaitan
immersive technology
MINGGU 12 -
Memperbaiki laman web
(16/05/2021 – 20/05/2021) - Membuat persediaan untuk
pemantuaan dari Politeknik
- Mencari artikel immersive
technology
MINGGU 13 - Memperbaiki laman web
(23/05/2021 – 27/05/2021) - Mencari maklumat berkaitan
multisim
MINGGU 14 -
Memperbaiki laman web
(30/05/2021 – 3/06/2021) -
Memperbaiki header dan
footer
JADUAL 3 RINGKASAN AKTIVITI LI

14
MINGGU & TARIKH AKTIVITI MINGGUAN
MINGGU 15 - Memperbaiki website
(06/06/2021 – 10/06/2021) - Mencari maklumat
MINGGU 16 - Memperbaiki website
(13/06/2021 – 17/06/2021) - Membuat persediaan untuk
pemantuan dari politeknik
MINGGU 17 - Membuat report latihan
(20/06/2021 – 24/06/2021) industri
- Membuat model multisim
MINGUU 18 - Mencari maklumat tentang
(27/05/2021 – 1/07/2021) multisim
MINGGU 19 -
(04/07/2021 – 08/07/2021)
MINGGU 20 -
(11/07/2021 – 15/07/2021)
JADUAL 4 RINGKASAN AKTIVITI LI

15
BAB 4
LAPORAN TEKNIKAL
4.1 Pengenalan

Semua aktiviti yang dijalankan semasa latihan industri dicatatkan dalam buku
refleksi berkala yang disediakan oleh setiap pelajar politeknik untuk latihan
industri sebelum latihan industri. Aktiviti yang dilakukan oleh pelajar pada
waktu bekerja dicatatkan dalam buku renungan buku harian setiap hari, dan
laporan bertulis mesti ditandatangani oleh penyelia setiap minggu untuk
pengesahan. Melalui buku harian itu, pengawas dapat membuat komen atau
cadangan yang bernas mengenai produktiviti pelajar agar para pelajar dapat
meningkatkan kerja mereka setiap hari. Di samping itu, buku Jurnal Refleksi
dapat membuat rujukan untuk membantu pelajar dalam menyediakan laporan
latihan industri akhir.

Laporan teknikal menceritakan tentang cara-cara kerja, prosedur yang


digunakan, objektif kerja dan arahan yang diberikan sepanjang latihan
praktikal dijalankan. Segala tugasan yang dilakukan sama ada di luar
mahupun di dalam telah mendapat arahan prosedur yang sewajarnya daripada
penyelia sebelum memulakan sesuatu tugasan.

4.2 Pengenalan Joomla

16
Joomla adalah sistem pengurusan kandungan sumber terbuka dan bebas
untuk laman web. Laman web model-view-controller dibina dengan
Joomla. Selepas WordPress, Joomla adalah sistem pengurusan
kandungan kedua paling popular di dunia. Joomla boleh digunakan untuk
mengembangkan jenis laman web apa pun, termasuk laman web peribadi,
blog, e-dagang, permainan, dan banyak lagi.

Terdapat beratus-ratus kategori dalam setiap 35 sambungan yang


membentuk Joomla. Sambungan Joomla digunakan untuk mengawal atau
meningkatkan prestasi laman web. Alat tambah ini disusun dalam pelbagai
kumpulan, termasuk:

 Komponen: Komponen ini dapat membantu anda memproses


elemen utama, kandungan, dan item menu.

 Modul membolehkan anda menambahkan widget ke setiap


komponen laman web anda, seperti footer atau bar sisi dengan
maklumat mengenai artikel terbaru.

 Plugin: Fungsi plugin dapat membantu anda meningkatkan prestasi


laman web anda dengan membenarkan anda menambahkan
pemain muzik atau ikon perkongsian media sosial.

 Templat digunakan untuk mengatur reka bentuk dan susun atur


laman web untuk memperbaikinya.

 Bahasa: menyediakan kit terjemahan untuk membantu anda


membuat laman web berbilang bahasa.

4.3 Install Joomla

17
Login ke halaman cPanel hosting. Masukkan dan password lalu klik Log in.

GAMBARAJAH 4 cPanel
4.3.1 Install Joomla
Setelah anda berjaya masuk ke halaman cPanel, cari menu Softaculous
App Installer. Anda boleh juga mencari Joomla dengan fitur carian di
cPanel. Lalu, klik pada ikon Joomla seperti pada gambar di bawah ini.

GAMBARAJAH 5 Install Joomla


Maka, Anda akan diarahkan ke halaman Pasang Joomla seperti pada
gambar berikut. Lalu, klik Pasang Sekarang untuk memulakan instalasi
Joomla.

GAMBARAJAH 6 Install Joomla


Kemudian, Anda akan meminta untuk mengisikan maklumat beberapa

18
maklumat berikut:

 Versi Joomlaa yang akan diinstal. Pada panduan ini akan menginstall
versi terbaru Joomla.
 Pilih instalasi URL. Pilih domain yang akan diinstall Joomla dan tentukan
lokasi instalasi Joomla. Pada panduan ini, kami sengaja mengosongkan
direktori. Maka, Joomla akan di instal di folder public_html hosting.
 Site name. Isikan dengan nama yang sesuai
 Site description. Isi dengan descripation website yang ingin dibuat.
 Import sample data. Pilih none.
 Admin Username. Masukkan username yang ingin digunakan untuk
login ke dalam dashboard.
 Admin password. Masukkan kata laluan untuk log masuk Joomla. Untuk
pembuatan kata laluan, gunakan indikator menunjukan kata laluan yang
kuat seperti pada gambar di bawah. Ini untuk memastikan agar kata
laluan Anda tidak mudah ditebak oleh pengguna lain.
 Real name. Isikan nama yang akan muncul di papan pemuka Joomla.
 Admin email. Isikan email aktif untuk proses verifikasi.
 Select language. Pilih Bahasa yang ingin digunakan untuk tampilan
halaman dashboard joomlaa.

GAMBARAJAH 7 Detail Joomla

19
Untuk memulakan proses pemasangan Joomla, isikan maklumat seperti
yang ditunjukkan pada gambar di atas dan kemudian klik Pasang. Kemudian
duduk dan tunggu sehingga pemasangan selesai.

Seperti yang dilihat pada gambar di bawah, maklumat akan muncul di papan
pemuka Joomla.

Proses pemasangan Joomla berjaya sekiranya gambar di bawah


ditunjukkan. Klik pautan https://namadomain.com/administrator untuk
melihat halaman papan pemuka Joomla.

GAMBARAJAH 8

4.3.2 Login halaman Admin Joomla


Selepas itu, anda akan diarahkan ke halaman masuk Joomla. Klik Log
masuk dan masukkan nama pengguna dan kata laluan yang anda buat
semasa prosedur pemasangan Joomla.

GAMBARAJAH 9 Login

20
Setelah berhasil login, dashboard akan menampilkan seperti gambar di
bawah

GAMBARAJAH 1 Dashboard
4.4 Membangunkan website

Banyak pilihan untuk membina dan mengurus laman web anda terdapat di
halaman panel kawalan Joomla. Berikut adalah beberapa contoh cara
membuat laman web dengan Joomla:

4.4.1 Menambahkan Artikel

Pilih tab menu Artikel Baru untuk menambahkan artikel ke panel kawalan
Joomla.

GAMBARAJAH 11 New Article

21
Untuk menghasilkan artikel yang baru. Dengan mengikut gambar di
bawah.

GAMBARAJAH 12 Save Article


Pada halaman di atas, anda boleh menyimpan artikel, menerbitkan,
menarik artikel dari penerbitan (tidak diterbitkan), dan mengarkibkan
artikel (arkib). Klik butang Simpan & Tutup untuk kembali ke halaman
panel kawalan Joomla. Setelah catatan artikel yang telah anda
tambahkan disimpan dan diterbitkan, maka artikel baru akan muncul di
laman web anda.
4.4.2 Membuat kategori

GAMBARAJAH 13 Categori

Tujuan penambahan kategori di Joomla adalah untuk memudahkan


pencarian menu blog. Dengan memilih tab menu Kategori, anda juga
dapat membuat kategori.

22
Selepas itu, anda akan diarahkan ke halaman pembuatan kategori. Pilih
nama alias (tajuk) dan kategori untuk nama samaran anda. Berikutan itu,
penerangan ringkas mengenai kategori yang baru ditubuhkan.
Anda boleh menggunakan pilihan Simpan & Tutup untuk menyimpan
hasil pengeditan. Anda akan dibawa kembali ke panel kawalan halaman
Joomla secara automatik.

GAMBARAJAH 14 Save Categori


4.4.3 Menambahkan Featured Artikel

Tujuan artikel yang dipaparkan adalah untuk menyoroti beberapa artikel


yang akan disiarkan di blog anda. Tab menu Artikel dapat digunakan
untuk menambahkan artikel unggulan ke Joomla.

GAMBARAJAH 15 Featured Article

Setelah Anda masuk ke dalam menu Artikel, pilih Artikel Pilihan dan klik
ikon bintang pada artikel. Lihat gambar di bawah ini untuk lebih jelasnya.

23
Dengan begitu, artikel yang Anda pilih akan lebih banyak digunakan di
laman web laman utama.

GAMBARAJAH 16 Featured Article


4.4.4 Membuat Menu

Menu telah ditambahkan ke blog, serta pencarian pengguna blog dalam


kategori kategori blog. Ikuti arahan ini untuk membina menu di panel
kawalan Joomla.
Pada halaman panel kawalan Joomla, pergi ke Menu> Menu Utama
Blog> Tambah Item Menu Baru.

GAMBARAJAH 17 Add New Menu

24
Kedua, Anda akan diarahkan pada halaman pembuatan menu seperti pada
gambar di bawah ini.

GAMBARAJAH 18 Save Menu


Maklumat petunjuk pengisian borang yang perlu ikut:

 Menu title. Isi dengan nama menu yang ingin Anda tampilkan di
halaman blog Anda.
 Menu item type. Pilih jenis menu yang akan Anda tampilkan di
laman blog. Di artikel ini, kami akan memilih Kategori Blog untuk
membuat menu.
 Choose a Category. Ketika Anda memilih jenis menu Kategori
Blog, maka akan ada pilihan kategori yang boleh Anda gunakan
ke menu tersebut. Di sini, kami akan menggunakan kategori
teknologi.
 Tags. Tag boleh dikosongkan atau Anda diisi menggunakan kata
kunci sasaran yang Anda gunakan.
 Pautan. Pautan borang akan membuat pautan automatik untuk
blog kategori.
 Target Windows. Di Target Windows, Anda dapat memilih Induk
(tetap pada halaman blog), New Window With Navigation
(penyemak imbas tab baru), atau Baru Tanpa Navigasi (penyemak
imbas tetingkap baru). Pada panduan ini kami menggunakan
Parent untuk tetingkap sasaran.
 Template Style. Tampilan yang akan kami gunakan adalah
tampilan lalai. Jadi, kami pilih Gunakan Lalai.

25
Setelah anda selesai membuat semua menu pembuatan borang, klik
save & close untuk menyimpan dan menutup halaman pembuatan
menu.
Untuk cek hasil menu baru yang ditambahkan pada laman web Anda,
akses saja laman web domain Anda. Sekiranya berjaya, Anda akan
menemukan menu yang ada di bawah header website.

GAMBARAJAH 19 Main Menu


4.5 Install & Upload Template Joomla
Joomla mempermudah untuk mengubah penampilan laman web anda.
Memasang templat adalah kuncinya. Jadi, tentu saja, pilih templat reka
bentuk yang sangat penting untuk keseluruhan penampilan laman web
anda. Joomla menyediakan sebilangan besar templat percuma dan
berbayar. Joomla, walaupun tidak begitu popular seperti WordPress atau
Drupal, mempunyai reka bentuk yang sama menarik. Tutorial ini akan
menunjukkan kepada anda cara memasang dan memuat naik templat
Joomla.
Untuk memulakan, pergi ke tab menu Sambungan, kemudian Urus,
kemudian Pasang. Ia kelihatan seperti dalam gambar di bawah.

26
GAMBARAJAH 20 Install Template
Selepas itu, anda akan dibawa ke halaman muat naik. Anda boleh
memuat naik plugin, templat, dan fail lain ke halaman ini.
Untuk memuat naik templat Joomla anda, klik, atau cari di penyemak
imbas fail anda. Tunggu prosedur muat naik selesai.

GAMBARAJAH 21 Insert Template


Ketiga, pilih Templat> Gaya dari bar menu Sambungan. Templat menu
kemudian akan ditambahkan ke templat fail yang baru anda muat naik,
dan akan siap digunakan. Klik ikon bintang, seperti yang ditunjukkan
pada gambar di bawah, untuk mengaktifkan templat.

GAMBARAJAH 22 New Template

27
Anda boleh memulakan pratonton awal halaman dengan kandungan
anda setelah berjaya memasang templat. Hasilnya, penampilan laman
web anda akan lebih menarik, dan pengunjung akan merasa lebih selesa
ketika melayari halaman anda.

4.6 Update Joomla


Sangat penting untuk sentiasa mempunyai versi terbaru Joomla. Kerana
anda akan memperoleh beberapa ciri Joomla terbaru jika anda
menggunakan versi terbaru Joomla.
Joomla secara automatik akan memeriksa sama ada versi baru tersedia
setiap kali anda log masuk ke halaman papan pemuka Joomla.
Pemberitahuan baru akan muncul di bahagian atas panel kawalan jika
versi baru Joomla tersedia. Penampilannya serupa dengan yang
ditunjukkan dalam gambar di bawah.

GAMBARAJAH 23 Latest Update

Untuk mengemas kini ke versi terbaru Joomla, klik butang Kemas kini
Sekarang. Selepas itu, anda akan dibawa ke halaman kemas kini. Untuk
memulakan peningkatan, cukup klik pilihan Pasang Kemas kini.

28
BAB 5

KESIMPULAN

Bismillahirahmanirahim, pelatih ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan


syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menjalani
latihan industri dengan jayanya selama 20 minggu bermula 1 Mac 2021 hingga 16
Julai 2021, dapat pelatih simpulkan bahawa program latihan industri ini sememangnya
memberi satu bentuk latihan yang berbeza kepada pelajar bagi memahami ilmu yang
dipelajari selama ini di Politeknik. Terbukti latihan industri adalah pelengkap kepada
ilmu atau teori yang dipelajari.

Setelah 20 minggu menjalani Latihan Industri di Fakulti Pendidikan Teknikal dan


Vokasional, pelatih berasa amat berpuas hati atas kerjasama dan layanan baik yang di
terima daripada pihak organisasi. Banyak pengalaman yang telah pelatih peroleh
sepanjang menjalani Latihan Industri. Pelatih berharap jabatan ini terus maju ke
hadapan dan terus memberi khidmat yang baik untuk semua lapisan masyarakat.

Selama satu semester menjalani Latihan Industri, banyak pengalaman,


pengetahuan dan pendedahan yang berguna telah pelatih perolehi. Segala pendedahan
yang diperolehi telah memberikan pengalaman yang berguna kepada pelatih untuk
membina ketabahan diri dan jati diri yang teguh dalam menempuhi segala cabaran dan
dugaan yang mendatang. Sememangnya tugas dan tanggungjawab yang digalas
sebagai seorang Jurutera amat berat sekali. Hal ini kerana sebarang kegagalan sesuatu
projek dipertanggungjawabkan ke atasnya. Semasa sesi pembelajaran, pelajar hanya
diajar secara teori di mana penyelesaian masalah dijawab dengan pengiraan dan
pertimbangan berdasarkan teori. Namun dengan menjalani program latihan seperti ini,
pelajar sekurang-kurangnya dapat membuka mata melihat masalah-masalah sebenar
yang berlaku dalam industri kejuruteraan.

29
Walaupun dalam jangka masa latihan yang singkat, namun pelbagai pengalaman
menarik dan seronok dapat pelatih rasa dan tempuhi di sini. Pelatih juga telah diberi
peluang untuk menyelesaikan tugasan seperti yang dilakukan oleh kakitangan lain.
Tugasan-tugasan seperti ini telah membuka mata pelatih dan secara tidak langsung
telah menimbulkan minat pelatih mendalam bidang kejuruteraan. Namun begitu setiap
tugasan pelatih masih di pantau oleh kakitangan yang tidak putus-putus memberikan
tunjuk ajar agar pelatih tidak melakukan kesalahan.

Dari segi perhubungan dengan kakitangan, tiada sebarang masalah yang pelatih
hadapi. Ini kerana sikap setiap pekerja yang ceria dan begitu prihatin terhadap setiap
gerak kerja yang pelatih lakukan. Kerjasama yang dihulurkan oleh kakitangan amat
membanggakan. Selain itu, kerajinan dan keprihatinan dalam setiap masalah yang
timbul mencenderungkan diri pelatih untuk menjadikan mereka sebagai contoh. Di
samping itu, latihan industri melatih diri saya untuk sentiasa menepati masa. Secara
tidak langsung latihan industri mendidik diri pelatih supaya menjadi seorang yang
berdisiplin dengan masa. Selain itu, latihan industri juga telah mendedahkan kepada
pelatih mengenai semangat kerja berpasukan dan bertukar-tukar pendapat serta idea
yang bernas dengan kakitangan yang lain.

Melalui latihan industri ini, jelaslah bahawa objektif latihan telah tercapai
sepanjang empat belas minggu bermula 20 minggu bermula 1 Mac 2021 hingga 16
Julai 2021. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pendedahan yang telah diberikan
kepada pelajar sepanjang latihan industri ini sangat berguna dan perlu dimanfaatkan
dengan betul pada masa hadapan.

Di kesempatan ini pelatih ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka
yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung yang telah memberi ilmu
dan tunjuk ajar yang berguna. Jasa dan bantuan mereka tidak dapat pelatih lupakan.

BAB 6
DAPATAN DAN CADANGAN

30
6.1 Dapatan
Selepas 20 minggu saya berada di sini untuk melengkapkan latihan industri,
secara peribadi pelatih boleh mengatakan bahawa terdapat sedikit perbezaan antara
teori dan praktikal. Pelatih boleh mengatakan sedemikian kerana pelatih dapat melihat
banyak kemajuan sebenar dalam melakukan kerja berdasarkan teori yang pelatih telah
pelajari di Politeknik.

Dengan adanya program Latihan Industri ini, pelatih dapat mempraktikkan teori
yang pelatih telah belajar di Politeknik semasa melakukan tugasan yang diberikan oleh
penyelia. Pelatih bersetuju bahawa pendedahan kepada aktiviti- aktiviti semasa latihan
industri boleh membuat pelatih lebih yakin untuk berhadapan dengan alam pekerjaan
kelak.

Pelatih berfikir bahawa tempoh latihan praktikal tidak mencukupi untuk Pelatih
belajar lebih. Walau bagaimanapun, latihan praktikal ini perlu diteruskan dan
merupakan satu program wajib bagi setiap pelajar. Ini kerana ianya dapat memberikan
suatu manfaat banyak kepada pelajar dan membantu mereka untuk membina kerjaya
masa depan mereka.

Hubungan antara pelatih dan semua kakitangan adalah baik. Mereka semua
memberikan kerjasama dan keprihatinan mereka kepada saya. Mereka sentiasa
memberi bimbingan apabila pelatih memerlukan bantuan. Mereka tidak berkira untuk
mengajar pelatih dan menghabiskan masa untuk menerangkan sesuatu tentang kerja
walaupun mereka sibuk.

6.2 komen dan cadangan


I. Pelajar mestilah menunjukkan disiplin yang tinggi dengan mematuhi peraturan
dan etika kerja yang baik agar pihak organisasi tidak memberi perspektif yang
31
buruk pada pihak institusi.

II. Pelajar yang ingin menjalani latihan industri hendaklah sentiasa bersedia untuk
menjalankan tugas yang bakal dilakukan dan sentiasa mengamalkan sikap
bertanggungjawab.

III. Pelajar mestilah tidak mensia-siakan peluang yang telah diberi semasa
menjalani latihan industri supaya ilmu yang diperolehi sepanjang latihan dapat
digunakan dan menjadi panduan untuk menempuh alam pekerjaan serta ia
akan menjadi asset yang berguna kepada diri sendiri.

IV. Latihan industri merupakan pembelajaran secara berkesan untuk para pelajar
politeknik dan usaha ini harus diteruskan pada masa akan datang.

6.3 Cadangan Kepada Politeknik

I. Pihak Politeknik dapat menyelia dengan menghantar surat permohonan dan


dokumen berkaitan kepada organisasi tersebut dengan lebih berkesan.

32
II. Pensyarah perlu menyemak senarai organisasi yang telah dipohon oleh pelajar
supaya pelajar memilih organisasi yang berkaitan dengan bidang yang di
ceburi supaya pelajar dapat mengambil manfaat daripada program latihan
organisasi.

III. Pihak Politeknik hendaklah memberikan taklimat panduan yang lebih berkesan
kepada pelajar mengenai cara untuk melengkapkan buku laporan harian yang
lebih tepat. Contohnya seperti format bagi laporan, kaedah penulisan yang
sesuai, perkara-perkara yang perlu dan tidak perlu dalam penulisan laporan
harian.

IV. Selain itu, perlu ditekankan cara yang sesuai bagi pelajar yang mungkin ketika
latihan akan melakukan kerja yang sama selama beberapa minggu atau bulan.

V. Pensyarah harus memantau pelatih dengan lebih kerap semasa latihan industri
dijalankan kerana ia dapat membantu para pelatih untuk mengutarakan
masalah yang dihadapi semasa latihan dan hubungan pelatih bersama
pengarah, pelatih dan rakan sekerja. Ini dapat menjadikan pelajar lebih yakin
dan semangat

33
6.4 Cadangan kepada Pihak Organisasi

I. Pelajar harus didedahkan dengan kerja-kerja di tempat kerja untuk memahami


antara teori dan amali supaya dapat lebih memahami dengan jelas tujuan dan
maksud kerja tersebut dilaksanakan.

II. Para pelatih seharusnya didedahkan dengan lebih banyak pengetahuan tentang
kerja-kerja yang berkaitan dengan kursuspelajaran, di mana pengetahuan ini
tidak dapat diperolehi sepenuhnya di Politeknik hanya dengan
mendapatkannya secara teori.

III. Pihak organisasi juga boleh menyediakan hostel untuk pelajar – pelajar
pratikal. Dengan adanya hostel pergerakan untuk pergi ke kerja akan lebih
cepat. Tambahan pula sesetengah pelajar mempunyai masalah kenderaan untuk
bergerak ke tempat kerja.

IV. Pelajar mesti terdedah kepada dunia luar, bukan sahaja di dalam pejabat.

34
Bahan Rujukan

https://sifoo.com/apa-itu-joomla/
https://docs.joomla.org/Portal:Beginners/id
https://www.niagahoster.co.id/blog/belajar-joomla-untuk-pemula/

35
36
36

Anda mungkin juga menyukai