Anda di halaman 1dari 2

Pendahuluan

Sejak manusia dijadikan oleh Allah S.W.T, mereka sangat terdedah kepada kehidupan
kemanusiaan sama ada yang positif mahupun yang negatif. Antara yang terpenting ialah
pengalaman kesakitan atau berpenyakit dan pengalaman ubat-ubatan atau perubatan.
Kemuncak pengalaman yang kedua ini (iaitu alam ubat-ubatan atau perubatan) telah dianggap
penting kerana ia adalah di antara elemen terutama dan teratas kepada tamadun dan puncak
kejayaan di peringkat madani.

Pengubatan Islam adalah usaha dalam merawat penyakit yang berasaskan wahyu ilahi yang
diambil dari petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah, yang juga dikenali sebagai Pengubatan Nabi
Muhammad SAW. Ia merupakan satu ibadah bagi seorang muslim yang mencari keredhaan
Allah SWT. Allah SWT menyuruh setiap hambaNya berusaha mencari penawar bagi setiap
penyakit yang dihadapi.

Persepsi perubatan yang dipelajari dari Rasulullah s.a.w dikenali sebagai Tib Nabawi (rawatan
Nabi). Ia merupakan satu konsep perubatan yang lengkap meliputi setiap aspek kesihatan. Tib
Nabawi membincangkan mengenai khasiat madu. Perkataan al-Tib diambil dari kata asalnya
tababa dan kata terbitnya al-Tib yang dalam Bahasa Arabnya membawa pelbagai makna.
Antaranya ialah pembaikan, kemahiran, adat (kebiasaan), merawat atau mengubat tubuh
badan dan jiwa. Ilmu al-Tib bererti satu ilmu yang mengkaji tentang keadaan tubuh badan atau
fizikal manusia dari sudut kesihatannya dan sakitnya atau kekuatan dan kelemahnya bertujuan
menjaga kesihatan dan menghilangkan penyakit.

Walaupun bukanlah sebagai kitab perubatan, sebaliknya lebih merupakan sebuah kitab yang
mengandungi peraturan hidup dan perundangan bagi menjamin kepentingan dan keperluan
manusia di dunia dan akhirat. Namun kandungannya bersesuaian dengan prinsip ilmu saintifik
moden, termasuklah ilmu perubatan. Banyak pendedahan-pendedahan baru hasil daripada
kemajuan ilmu sains dan teknologi telah pun didedah oleh Al-Quran dan al-Hadith beribu tahun.
Perkembangan Ilmu Perubatan Sebelum Kedatangan Islam

Apabila kita berbincang tentang sejarah perubatan Islam, ia bermaksud kajian terhadap sejarah
perubatan selepas kemunculan Nabi Muhammad S.A.W dan terus berkembang di bawah
naungan ketamadunan Islam. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh terlepas pandang melihat
perkembangan dunia perubatan sebelum kedatangan Islam. Kita dapat memahami di mana,
bila dan bagaimana ilmu perubatan sebelum Islam dengan lebih jelas.

Pada awalnya perubatan Islam telah dipengaruhi dengan tamadun kuno menggunakan obat-
obat herbal. Unsur pengaruh kuno ini kebanyakannya berasal daripada ilmu perubatan Yunani
dan amalan-amalan perubatan daripada India dan China. Pengaruh-pengaruh kuno ini
kemudiannya dimajukan lagi dengan disiplin ajaran Islam dan dibentuk dalam acuan yang
sejajar dengan prinsip-prinsip Islam.

Kemajuan perubatan yang berasas sebelum Islam berasaskan dengan prinsip penganalisaan
dan pengalaman yang dibentuk daripada konsep Yunani dan mula lumpuh kira-kira dua ratus
tahun sebelum Hijrah. Kelumpuhan ini bermula daripada peperangan, penyakit yang merebak
dan melanda umatnya serta serang puak-puak Barbasian yang merentas gunung

Anda mungkin juga menyukai