Anda di halaman 1dari 3

LKM 400 : BAHASA MALAYSIA IV

Semester II, Sidang Akademik 2021/2022

KERJA KURSUS : ESEI (30%)


Karangan Bentuk Perbincangan
Masa: 1 jam 30 minit

Arahan: Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 500-600 patah


perkataan tentang satu daripada tajuk di bawah.

1. Mampukah buku digital menjana minat membaca dalam kalangan masyarakat?


Bincangkan.

2. Generasi tegar yang begitu taasub dengan media sosial hanya akan
merosakkan jati diri masing-masing. Bincangkan.

3. Sesetengah orang beranggapan bahawa menjadikan bahasa Melayu sebagai


bahasa ASEAN yang kedua adalah tidak wajar. Bincangkan.
NAMA: LUQMAN ARIF BIN ABDUL MALEK

NO. MATRIK: 155233

NO. SOALAN: 1

Mampukah buku digital menjana minat membaca dalam kalangan masyarakat

Dalam meniti arus kemodenan yang berteraskan sains dan teknologi maklumat, keghairahan
dalam mencapai kemahuan dunia digital telah memberi impak yang besar pada cara mendapatkan
maklumat. Umumnya, penggunaan teknologi sedia ada dapat membantu masyarakat memperoleh
maklumat dengan lebih pantas berbanding kaedah tradisional yang sedikit memakan masa dan
terbatas. Namun, kaedah buku digital tidak begitu mudah seperti buku bercetak. Buku digital
mengandungi format dan kaedah tertentu mesti diketahui sebelum pengguna boleh mula membaca.
Pengguna perlu mempunyai pengetahuan asas mengenai cara membaca buku digital. Oleh itu, buku
digital mampu menjana minat membaca dalam kalangan masyarakat atas beberapa kelebihan.

Buku digital kebiasaannya lebih murah daripada buku fizikal dan boleh dimuat turun terus
pada komputer atau peranti selepas pembelian. Penerbit tidak perlu mengeluarkan kos percetakan
dan pengedaran serta boleh menawarkan harga yang lebih rendah daripada edisi cetakan sambil
mengekalkan margin keuntungan yang sama. Ada yang menawarkan harga sehingga 70% lebih
murah. Selain itu, berbanding dengan membeli buku bercetak di internet, kita tidak perlu membayar
untuk penghantaran. Membeli buku di kedai pula, kita tidak perlu mengeluarkan duit untuk minyak
kenderaan dan juga caj parkir.

Selain itu, penggunaan buku digital adalah lebih ringan dan mudah disimpan. Buku digital,
memudahkan pengguna untuk membawa beg tanpa beban yang berat. Memandangkan ianya
adalah data elektronik, saiz dan berat e-buku ini adalah jauh lebih ringan jika dibandingkan dengan
buku bercetak yang berada di pasaran.. Jika eBook bersaiz 7 MB, ia boleh menyimpan kira-kira 100
eBook dalam satu CD. Secara tidak langsung, penggunaan buku digital dapat menyelesaikan masalah
beg sekolah yang sangat berat hingga membebankan murid sekolah.

Buku digital terdapat ciri-ciri yang menarik perhatian pengguna untuk koleksi rujukan seperti
hyperlink dan pencarian kata kunci. Ciri-ciri sangat memudahkan sekiranya pengguna ingin membaca
buku rujukan seperti kamus atau buku teks. Pengguna tidak perlu menyelak setiap helaian
mukasurat dan mencari maksud perkataan secara satu persatu. Misalnya, sekiranya pengguna ingin
mencari perkataan “Menteri” pengguna harus menyelak mukasurat yang bermula huruf ‘M”.
Seterusnya mencari “Men” untuk membolehkan perkataan “Menteri” dijumpai. Berbeza dengan
pengguna buku digital. Pengguna hanya perlu menaip perkataan tersebut dan hasil carian boleh
diperolehi dalam beberapa saat sahaja.

Namun, disebalik kelebihan yang ada, buku digital juga mempunyai beberapa kekurangan.
Memandangkan buku digital harus dibaca menggunakan alat tertentu, ia lebih terdedah kepada
beberapa masalah teknikal. Antaranya, kegagalan perisian berfungsi, serangan virus, ketiadaan
bekalan elektrik atau kehabisan bateri. Selain itu, perubahan format juga bakal membuatkan buku
digital tersebut tidak dapat dibaca pada masa akan datang. Format didalam buku digital akan
dianggap using dengan munculnya format baru yang lebih terkini. Sebaliknya, hal ini tidak akan
berlaku pada buku fizikal, ia tetap boleh dibaca walaupun teknologi berubah.
Kesimpulannya, perkembangan buku digital dalam kemajuan pembangunan teknologi masih
memberi ruang kepada buku bercetak untuk terus berada di pasaran. Buku digital telah
mendapatkan tempat dalam hati masyarakat hari ini kerana kelebihan yang dapat dimanfaatkan
pengguna. Namun hal yang mungkin berubah adalah tren pasaran buku bercetak rentetan daripada
penggunaan buku digital. Perkara yang dapat disimpulkan di sini adalah, penggunaan buku bercetak
dan e-buku saling melengkapi antara satu sama lain kerana masing-masing mempunyai kelebihan
dan kekurangan tersendiri. Kedua-duanya relevan digunakan, bergantung kepada kehendak dan
citarasa pengguna.

Anda mungkin juga menyukai