Anda di halaman 1dari 1

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Tangga Batu Perdana

11-1 Jalan Seri Buana 3, Taman Tangga Batu Perdana, 76400 Tanjong Kling, Melaka
http://tmntanggabatuperdana.pedi.my
Email: tmntanggabatuperdana@pjk.com.my

KRT Taman Tangga Batu Perdana

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE PROGRAM HARI BERSAMA KOMUNITI & KEUSAHAWANAN 2022 PUSAT EKONOMI
DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDi) TAMAN TANGGA BATU PERDANA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan/puan, Program Hari Bersama Komuniti & Keusahawanan akan berlangsung
pada 4 Julai 2022 (Isnin). Program ini diadakan bagi memperkenalkan PEDi kepada komuniti setempat.
Pelbagai aktiviti akan diadakan antaranya pertandingan masakan, jualan dari usahawan setempat, cabutan
bertuah dan pameran daripada beberapa agensi keusahawanan. Makanan tengahari turut disediakan bagi
pengunjung. Program akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 4 Julai 2022 (Isnin)


Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Pusat Ekonomi Digital & Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Tangga Batu Perdana

4. Sehubungan dengan itu, PEDi Taman Tangga Batu Perdana dengan berbesar hati ingin menjemput
pihak tuan/puan bagi memeriahkan majlis tersebut.

5. Sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak kami di talian 017-6084328 (Pn. Aqilah) / 017-6306991
(Cik Fasihah).

6. Perhatian dan kerjasama dari pihak tuan/puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

Nor Aqilah Binti Zulhisham


Nor Aqilah Binti Zulhisham
Pengurus
PEDi Taman Tangga Batu Perdana

Anda mungkin juga menyukai