Anda di halaman 1dari 1

Kesinambungan Perlembagaan Malaysia

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor telah memainkan peranan penting di kalangan masyarakat
Melayu semasa menentang penubuhan Malayan Union. Faktor utama penentangan adalah kerana
kesemua Sultan di Negeri-negeri Melayu akan hilang kuasa dan kedaulatan mereka terhadap negeri
masing-masing, serta disebabkan cara Sir Harold MacMichael mengugut untuk mendapatkan
tandatangan para Sultan.

Sultan Ibrahim dari Johor sendiri telah dipaksa oleh MacMichael untuk menandatangani perjanjian
tersebut, membangkitkan kemarahan di kalangan masyarakat Melayu, sambil mendakwa bahawa
menandatangani perjanjian tersebut adalah menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Johor yang
tidak membenarkan Sultan Johor daripada melakukan apa-apa tindakan yang boleh menggugat
kedaulatan negeri Johor. Sebagai maklum balas terhadap penentangan tersebut, baginda
menganjurkan perhimpunan agung pertama UMNO di istana baginda di Johor Bahru pada Mei 1946.
Beliau turut sama memboikot perlantikan gabenor pertama Malayan Union.

Hasil daripada kejayaan orang-orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union, para pemimpin
negeri-negeri Melayu yang lain turut menggunakan Undang-undang Tubuh Negeri Johor sebagai
model bagi perlembagaan masing-masing bagi melindungi kedaulatan negeri-negeri Melayu dan
kemudiannya digunapakai sebagai panduan dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu.

Anda mungkin juga menyukai