Anda di halaman 1dari 2

Ya Allah Ya Rauf Ar-Rahim

Kami merafakkan kesyukuran kepadaMU kerana dengan izinNya


kami dapat mengadakan Taklimat Kemasukan Murid Tahun 1/2022
pada hari ini

Ya Allah , Ya Tuhan Kami

Sesungguhnya pada hari ini kami berhimpun demi keranaMU Ya


Allah. Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan
keredhaanMU.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui,

Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan anak didik kami akan


menjadi murid yang cemerlang dan terbilang, murid yang disegani
dan dihormati, sama ada dalam aspek akademik mahupun
kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi murid yang
berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Mudah-mudahan maklumat yang diberikan sepanjang taklimat ini


dapat memandu kami ke arah kecemerlangan diri. Permudahkanlah
segala urusan kami Dan jadikanlah anak-anak murid kami yang
sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha
bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu.

Ya munzilal barakah wa ya kaasyifal gham

Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah


diri kami dengan sifat lemah lembut dan muliakanlah kami dengan
ketakwaan dan anugerahkan diri kami dengan kesihatan tubuh
badan yang berpanjangan

Anda mungkin juga menyukai