Anda di halaman 1dari 3

Dari Raub pergi ke Pontian

Terus pula ke Kuala Perlis


Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis.

1. Yang Berusaha, En. Anuar bin Rahim, Pengetua SMK Bandar Tasek Mutiara
2. Yang Dihormati, En. Hayazi bin , Penolong Kanan Pentadbiran,
3. Yang Dihormati, Pn. Roni binti, Penolong Kanan HEM,
4. Yang Dihormati, Pn. Bridget Chong, Penolong Kanan Kokurikulum,
5. Barisan guru kanan , SMK Bandar Tasek Mutira, rakan-rakan guru
6. Seterusnya murid-murid yang dikasihi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ah lan wa sah lan wamarhababikum...

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Hadirin Sekalian, majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa. Oleh itu, majlis menjemput dan
………………………..mempersilakan Al Fadil Ust. , untuk memimpin bacaan doa. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
---------- selesai bacaan doa-------------

Untuk makluman semua, Panitia Pendidikan Islam SMK Bandar Tasek Mutiara telah ‘
menganjurkan beberapa pertandingan sempena Program Ihya’ Ramadan. Antaranya ialah
……………………………….

Hadirin sekalian,

Sesungguhnya,
Kita di bulan Ramadan,
dimana nafas kita menjadi tasbih
tidur kita menjadi ibadah
amal kita diterima, doa kita di ijabah
sebelum cahaya syurga padam
sebelum hidup berakhir
sebelum pintu taubat tertutup,
insya-Allah ,
kita masih diberi kesempatan,
untuk mendapat keampunan dari-Nya.

KALAU ADA UCAPAN PENGETUA

Hadirin sekalian, kelangsungan majlis diteruskan lagi dengan ucapan Tuan Pengetua.
Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha
En. Anuar bin Rahim,pengetua SMK Bandar Tasek Mutiara untuk menyampaikan ucapan
seterusnya membuat penutupan majlis .
Majlis dengan segala hormat nya mempersilakan.
-----------selesai ucapan---------------

Tanpa melengahkan masa, dengan ini dijemput Tuan Pengetua, En Anuar bin Rahim
diiringi oleh Penolong Kanan Pentadbiran, En. Hayazi untuk menyampaikan hadiah kepada
para pemenang bagi pertandingan Hafazan Surah-surah Lazim dan
Pertandingan………………………

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan hari raya kepada pelajar-pelajar
yang kurang berkemampuan dan anak yatim. Untuk itu, majlis menjemput
_________________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________

untuk menyampaikan sumbangan tersebut.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dimulakan dengan penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar yang kurang


berkemampuan.
Dijemput adik ______________________________

Seterusnya adalah penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar anak yatim.


Dipersilakan adik _________________________________
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas penyampaian sumbangan dan hadiah
pertandingan sebentar tadi.
------- selesai penyampaian sumbangan dan hadiah --------

Tempat : Surau Nurul Iman

KHATAM AL-QURAN

Hadirin yang dimuliakan Allah sekalian,

Majlis kita beranjak maju pada pagi yang berbahagia ini dengan majlis khatam quran oleh
anak-anak didik SMK Bandar Tasek Mutiara. Oleh itu, majlis menjemput Al Fadil Ust.
____________________________ untuk mengemudi bacaan khatam Quran. Dengan ini majlis
dengan segala hormatnya menyerahkan majlis ini kepada Al Fadil Ust.
_____________________________

SELESAI TADARUS,

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Ust. __________________________

MAJLIS PENUTUP

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Sekian, wabillah taufiq wal hidayah wassalam……

Anda mungkin juga menyukai