Anda di halaman 1dari 4

Budaya menabung memberikan sumbangan dan manfaat yang tidak ternilai kepada masyarakat.

Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini.


CIKGU A.GOPAL (SOALAN KBAT)

Pendahuluan

 Budaya menabung semakin luntur dalam kalangan masyarakat Malaysia. Isu ini
sering terpampang pada dada akhbar dan kaca televisyen.
 Budaya menabung merupakan satu amalan proaktif berpaksikan kesedaran
seseorang dalam membuat persediaan bagi menjamin masa depan yang
cemerlang dan gemilang.
 Pada era globalisasi ini, amalan menyimpan wang tabungan di bank merupakan
prakarsa yang efektif untuk memastikan wang tabungan disimpan dengan selamat
berbanding dengan menyimpan wang secara konvensional di rumah.
 Amalan menabung memberikan sumbangan dan manfaat yang tidak ternilai
kepada masyarakat serta negara.
 Oleh itu, semua pihak sama ada pihak kerajaan atau pihak swasta perlu menyusun
langkah-langkah yang sistematik, konkrit dan pragmatik untuk menerapkan
budaya menabung dalam sanubari masyarakat Malaysia sesuai dengan kata-kata
pujangga yang berbunyi ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
 Budaya menabung dapat membantu Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah seiringan dengan negara-negara maju yang lain.

1. Amalan menabung membolehkan seseorang dapat merancang masa depan yang


kukuh dan mapan.

 Hal ini demikian kerana amalan menabung merupakan alternatif untuk menambah
pendapatan dengan menyimpan wang di bank secara berterusan.
 Melalui penyimpanan ini, pendeposit akan memperoleh faedah atau dividen
daripada pihak bank atau agensi pelaburan.
 Budaya menabung dapat mengelakkan diri daripada masalah kewangan yang
boleh menjejaskan keselesaan hidup.
 Amalan menggali lubang, menutup lubang dengan meminjam daripada rakan-
rakan atau saudara - mara dapat diatasi.
 Amalan ini bukan sahaja menjejaskan institusi kekeluargaan malah dapat
merenggangkan persahabatan apabila pinjaman tidak dapat dibayar semula.

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU-O172240898 Page 1


 Sebagai contoh, seseorang individu boleh menggunakan wang tabungan untuk
membeli harta dan membiayai kos pembelian termasuklah urusan jual beli.
 Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh budaya menabung menjadi pemangkin
perdana dalam menjamin masa depan yang gemilang.

2. Budaya menabung dapat membantu untuk melanjutkan pelajaran.

 Pada zaman yang serba canggih, dengan kepesatan kemajuan sains dan teknologi
memaksa kita mendapatkan pendidikan yang berkualiti agar dapat bersaing
di pentas global.
 Hal ini demikian kerana melalui budaya menabung kita akan mendapat pelbagai
limpahan nikmat terutamanya apabila hendak melanjutkan pengajian ke menara
gading.
 Hasil tabungan dapat digunakan untuk membiayai kos pendidikan dan mentaliti
kebergantungan pada wang bantuan dapat dielakkan daripada terus menjadi
pegangan hidup.
 Sebagai contoh, ibu bapa yang membuat tabungan melalui insurans tidak akan
menghadapi masalah apabila anak-anak mereka ditawarkan mengikuti pengajian
di universiti.
 Para pelajar dapat menggunakan wang tabungan untuk membeli buku rujukan
yang boleh membantu meningkatkan tahap intelektualisme.
 Kursus pengajian yang ditawarkan di pusat pengajian tinggi awam dan swasta
sangat tinggi kosnya.
 Oleh itu, budaya menabung menjadi tulang belakang untuk membiayai kos
pendidikan di samping melahirkan lebih ramai cendekiawan di negara kita.

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU-O172240898 Page 2


3. Budaya menabung dapat meringankan kos hidup.

 Putaran kehidupan akan mengubah seseorang daripada kanak-kanak kepada


remaja dan akhirnya menjadi dewasa.
 Semasa menjangkau usia dewasa, komitmen hidup semakin kompleks kerana
perlu menyara keluarga.
 Hal ini disebabkan pada alaf digital ini, kos kehidupan dijangka semakin
meningkat dan memerlukan kebestarian akal untuk menghadapinya.
 Wang tabungan amat penting dan perlu digunakan secara sistematik agar
pendapatan bulanan dapat dibelanjakan dengan berhemat.
 Sehubungan dengan itu, anak-anak perlu mendapat pendidikan yang sempurna
bagi melengkapkan diri mereka dengan ilmu dan kemahiran teknologi.
 Sebagai contoh, selain diberikan pendidikan formal di sekolah, ibu bapa perlu
menghantar anak-anak menghadiri kelas tambahan sekali gus kos pendidikan
akan meningkat.
 Tegasnya, budaya menabung menjadi pemangkin perdana bagi meringankan kos
hidup.

4. Selain harga rumah yang melebihi ratusan ribu ringgit, peralatan elektrik, bil elektrik
dan bil air merupakan perkara yang perlu dibayar dengan segera.

 Oleh itu, untuk memiliki kesempurnaan hidup ini amalan menabung merupakan
langkah yang bijak sekali gus memberikan manfaat yang tidak ternilai.
 Kemampuan untuk membeli peralatan rumah secara tunai sebenarnya jauh lebih
murah daripada dibeli secara ansuran.
 Sebagai contoh, kita boleh menyimpan wang dalam jangka waktu yang tertentu
untuk memiliki barangan idaman tanpa perlu berhutang.
 Kebijaksanaan dalam membuat belanjawan kewangan dan membuat tabungan
merupakan cara yang paling bijak untuk membeli barangan yang berkualiti sesuai
dengan kata-kata pujangga yang berbunyi alah membeli menang memakai.
 Amalan ukur baju di badan sendiri perlu menjadi keutamaan semasa berbelanja.
 Tegasnya, amalan menabung dapat menjamin keselesaan dan kesenangan hidup.

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU-O172240898 Page 3


5. Amalan menabung dapat mengatasi masalah kecemasan.

 Hidup ini bagai roda dan kita tidak dapat menduga masa depan.
 Amalan menabung dapat dijadikan instrumen untuk mempersiapkan diri
menghadapi sebarang kemungkinan bak kata pepatah sediakan payung sebelum
hujan.
 Hasil tabungan kita boleh dijadikan cagaran pada waktu kesusahan, kecemasan
dan kesempitan hidup.
 Walaupun kita berusaha untuk menjauhi sebarang kesusahan namun malang tidak
berbau.
 Kealpaan untuk menabung merupakan satu kesilapan yang perlu diteladani
daripada pengalaman hidup orang lain.
 Kita tidak mahu meminta-minta apabila ditimpa musibah
 Sebagai contoh, apabila keupayaan dan kudrat terbatas akibat penyakit atau usia
yang semakin lanjut, wang tabungan dapat digunakan.
 Kita menjadikan wang simpanan sebagai perisai menghadapi risiko dan tidak
menjadi seperti sudah jatuh ditimpa tangga.
 Oleh itu, budaya menabung dapat menjadi medium penyelamat bagi menghadapi
sebarang kemungkinan dalam kehidupan.

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU-O172240898 Page 4

Anda mungkin juga menyukai