Anda di halaman 1dari 1

Pidato : Kepentingan Kokurikulum.

Selamat petang dan salam sejahtera saya ucapkan kepada saudari pengerusi majlis, Pn. Hjh Wan
Mariana bt Wan Muda, Penolong Kanan Petang, guru-guru serta para hadirin pendengar sekalian. Pada
petang ini, saya akan menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk kepentingan kegiatan kokurikulum.

Pertama sekali,saya ingin menyatakan definisi tajuk pidato saya. Menurut kamus Bahasa Melayu
Edisi Kedua, kepentingan bermaksud keperluan,kegiatan pula bermaksud aktiviti,manakala kokurikulum
pula sama maksudnya dengan gerak kerja di luar bilik darjah.Bermakna Kepentingan Kegiatan
Kokurikulum sama maksudnya dengan keperluan aktiviti gerak kerja di luar bilik darjah.

Para pendengar sekalian,

Kegiatan Kokurikulum merangkum kegiatan persatuan atau kelab dan badan beruniform.
Antaranya, termasuklah Persatuan Bahasa Melayu,Persatuan Seni Lukis,Persatuan Alam
Sekitar,Persatuan Pengakap,Persatuan Pandu Puteri,Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kadet Remaja
Sekolah.

Warga dewan sekalian,

Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang menghendaki Satu Murid Satu Sukan ,
dengan ini setiap murid atau pelajar diwajibkan menyertai mana-mana persatuan dan badan
beruniform.Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini banyak faedahnya.

Pertama, melalui kegiatan dalam persatuan,murid-murid bukan sahaja dapat memanfaatkan masa
lapang,malah akan dapat memperolehi pelbagai pengetahuan dan pengalaman,lebih-lebih lagi jika
menyertai lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang menarik dan bersejarah.

Keduanya, peraturan yang mesti dipatuhi dalam persatuan atau kelab yang disertai pula membantu
murid-murid mendisiplinkan diri.Dalam hal ini,murid-murid dilatih agar bijak membahagikan dan
mengurus masa,bijak merancang aktiviti,bijak mengawal perasaan dan sebagainya.

Ketiganya, murid-murid dilatih berdikari ketika menjalankan sesuatu tugasan dan berdaya saing
untuk membuktikan tahap keupayaan fizikal dan mental masing-masing. Yang terakhir ,sikap saling
bekerjasama dan bergaul mesra dengan rakan-rakan pelbagai kaum dapat dipupuk melalui penyertaan
murid dalam kegiatan kelab atau persatuan.Hal ini amat penting bagi memperkukuh perpaduan di
kalangan generasi muda seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.

Sekian ,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai