Anda di halaman 1dari 2

PENGURUSAN KECAIRAN MODAL INSTITUSI PERBANKAN DAN TAKAFUL

(BKF 3143 )
SESI 2 2020/2021
UJIAN
(20 markah)
NAMA: NO MATRIK:
PROGRAM :

JAWAB SEMUA SOALAN BERIKUT

1. Berikut merupakan penyataan laporan tahunan kewangan 2019 oleh


Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Gambaran Sektor Perbankan Suku Tahun Pertama 2019


Pertumbuhan pinjaman dan pembiayaan sistem perbankan Malaysia terus
menurun pada suku pertama tahun 2019, menurun kepada 4.9% pada akhir
bulan Mac 2019 dari 5.6% pada akhir Disember 2018. Kelembapan ini
disumbangkan oleh segmen perniagaan, dengan pertumbuhan yang lemah
sebanyak 4.1% pada akhir bulan Mac 2019 berbanding 5.4% pada akhir
Disember 2018.

Momentum untuk segmen isi rumah juga menurun kepada 5.3% pada akhir
bulan Mac 2019 dari 5.6% pada akhir Disember 2018. Keseluruhan
pertumbuhan segmen perniagaan dipengaruhi oleh perlambatan dalam sub-
segmen berikut: utiliti , pembinaan , harta tanah dan kewangan Secara positif,
ada momentum yang lebih baik untuk dua sub-segmen perniagaan utama iaitu
pembuatan dan perdagangan am. Penurunan aktiviti ini juga dilihat berlaku
melalui pendemik covid 19 yang semakin menular di dalam negara dan di
peringkat global.

Aspek kecairan dalam sistem perbankan pula terus bertambah baik apabila
lebihan kecairan meningkat kepada 11.3% menjadi RM213 bilion. Deposit sistem
mengikuti tema pinjaman atau pembiayaan yang sederhana, menjadi 5.8%
dengan kesederhanaan yang perpunca dari penurunan deposit kerajaan negeri
8%.

Justeru, kaedah permodalan telah digunakan oleh Bank Negera


Malaysia dalam mengukur prestasi kecukupan modal institusi
perbankan yang dijadikan kayu pengukur kepada pihak – pihak yang
berkepentingan dan sebagai sumber rujukan utama untuk menilai
keupayaan institusi ini dalam menjalankan aktiviti operasi harian.
Berdasarkan penyataan ini:
a) Bincangkan secara ringkas (4) EMPAT kepentingan nisbah
kecukupan modal dalam institusi perbankan islam.
(8 markah)
2. Huraikan (2) DUA model perniagaan perbankan yang ada di pasaran
kewangan.
( 12 markah)

TAMAT KERTAS SOALAN

Anda mungkin juga menyukai