Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA PERTANDINGAN KELAS TERCANTIK DAN BERINFORMASI

ANJURAN UNIT HEM DAN


JAWATANKUASA 3K (KECERIAAN,KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN)
SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BAYAN

1.0    PENDAHULUAN

Pertandingan Kelas Tercantik dan Berinformasi merupakan satu program yang berhasrat
menjadikan kelas sebagai organisasi pendidikan yang mempunyai kemudahan fizikal yang
cantik, berinformasi dan selamat . Ini akan mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan malah memberi kesedaran kepada semua untuk menjaga
kelas dengan lebih baik. Justeru, Jawatankuasa 3K di bawah unit HEM SK Tanjong Bayan
bercadang mengadakan Pertandingan Kelas Tercantik dan Berinformasi pada tahun ini .
Jawatankuasa 3K akan berusaha berganding bahu dengan semua warga SKTB dalam
merealisasikan usaha ini.

2.0 NAMA PROJEK

PERTANDINGAN KELAS TERCANTIK DAN BERINFORMASI

3.0 RASIONAL

3.1 Mewujudkan impak kualiti dan kuantiti yang terhasil melalui iklim kelas yang kondusif dan
berinformasi.

3.2 Membantu perkembangan sahsiah murid yang bersepadu seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek.

3.3 Mewujudkan semangat kerjasama dalam satu pasukan.

4.0  OBJEKTIF

4.1 Memelihara dan memulihara kelas yang bersih, ceria,sihat dan selamat.

4.3 Menanam perasaan sayang akan kelas dalam kalangan murid-murid.

4.4 Menggalakkan kerjasama murid-murid untuk menyediakan bahan informasi dalam kelas
5.0 KUMPULAN SASARAN

5.1 Guru kelas Tahap 1 dan Tahap 2


5.2 Murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2

6.0 TEMPOH PELAKSANAAN

6.1 Tarikh : 4 April 2022 – 4 Julai 2022

7.0 TEMPAT

7.1 Semua kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6 SK Tanjong Bayan.

8.0 FASA TINDAKAN

FASA TINDAKAN TARIKH


PERSEDIAAN KELAS 4 APRIL 2022 – 30 JUN 2022
PEMARKAHAN KELAS 22 APRIL 2022 / 20 MEI 2022 / 24 JUN 2022
PENGUMUMAN PEMENANG 25 APRIL 2022 / 23 MEI 2022/ 27 JUN 2022
BULANAN
PENGUMUMAN PEMENANG TAHAP 4 JULAI 2022
1 DAN TAHAP 2

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA NILAI JUMLAH

1. PLAK 2 X RM 15.00 RM 30.00


2. SIJIL 16 X RM 1.00 RM 16.00
3. HAMPER 6 X RM 50.00 RM 300.00
4. TV LCD 1 X RM800.00 RM 800.00
.

JUMLAH RM 1146.00

10.0 SUMBER KEWANGAN

10.1 Pengurusan Sekolah.


11.0 JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA

Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Tn. Syed Dzul bin Syed Mohd Aris.


Guru Besar SK Tanjong Bayan
Timbalan Pengerusi I : Pn. Nor Azizah binti Ahmad
(PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi I : En. Khairul Faisal bin Yahya
(PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II : En. Mohd Faizal bin Kamal
(PK Kokurikulum)
Penyelaras : Pn. Norazlina bt. Ahmad Foaad
AJK : Tn. Haji Arifin b. Musnman
Pn. Norsaadah bt. Mhd Othman
En. Shafee bin Mohamed

Jawatankuasa Pelaksana

BIL GURU KELAS KELAS


1 Pn. Hasilawati binti Che Hassan 1 Arif
2. En. Zulkifli bin Musman 2 Arif
3. Pn. Sasikala a/p Murthy 3 Arif
4. En. Muhammad Nadzmi bin Harun 3 Bestari
5. Pn. Nor’Laila binti Abd. Rahman 4 Arif
6. Cik Nur Fazlin binti Mohd Naim 5 Arif
7. Pn. Khadratun Nor binti Mohd Nasrokh 6 Arif
8. Pn. Siti Watini binti Jajuli 6 Bestari

Jawatankuasa Pemarkahan ( HAKIM)


1. Pn. Masrifah binti Marwan (Ketua Hakim)
2. En. Mohd Zulfaqar bin Hamdan
3. Pn. Raudah binti Abas
4. Tn. Hj Ariffin bin Musman

Jawatankuasa Pamplet
1. Pn. Norlizawati binti Abd. Manap(K)

Jawatankuasa Pengacara
1. Pn. Noorsaadah binti Mhd Othman (K)

Jawantankuasa Siaraya.
1. En. Shafee bin Mohamed (K)
2. En. Mohd Zulfaqar bin Hamdan

Jawatankuasa Gambar
1. Pn. Norazlina binti Ahmad Foaad (K)
2. Pn. Akma binti Mohd Sani

Jawatankuasa Hadiah
1. Pn.Umi Kalsum binti Ishak (K)
2. Pn. Rumylalyza binti Abu Bakri
12.0 ATUR CARA

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH


ISNIN, 4 JULAI 2022
Masa Atur cara
7.45 7. Ucapan aluan pengerusi majlis
- doa
-nyanyian lagu
7.50 Ucapan penyelaras Pertandingan Kelas Tercantik dan Berinformasi
7.55 . Ucapan Tuan Guru Besar.
8.00 Pengumuman Pemenang Kelas Tercantik dan Berinformasi
8.15 Majlis tamat.
.

13.0  PENUTUP

Pertandingan kelas Tercantik dan Berinformasi merupakan satu program menonjolkan sisi
seorang guru kelas dan murid-murid menyumbang idea kreatif dan tenaga. Oleh
itu,pertandingan ini dapat mewujudkan kelas lebih kondusif dan suasana persekitaran
berinformasi yang berguna kepada murid-murid.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

………………………….. ……………………………..
(NORAZLINA BINTI AHMAD FOAAD) (PN. NOR AZIZAH BINTI AHMAD)
Penyelaras 3K, Penolong Kanan HEM,
SK Tanjong Bayan. SK Tanjong Bayan.

Disahkan oleh,

…………………………………..
(TN SYED DZUL B. SYED MOHD ARIS)
Guru Besar,
SK Tanjong Bayan

Anda mungkin juga menyukai