Anda di halaman 1dari 2

Teks / skrip ucapan

Perasmi Mesyuarat Agung PIBG

Oleh : Tuan Ahmad Sobri bin Abd Rahman

Bismillah hirrahman nirrahim

( masukkan doa dan amalan pengucapan)

Terima kasih Pengacara Majlis,

Yang Berusaha En Abd Halim Jahrill Yang Di Pertua PIBG SK Sungai Kechil Ulu,

Yang Berusaha Puan Rotipah Ramli, Naib Yang Dipertua PIBG SK Sungai Kechil Ulu,

Yang Berusaha En Aznir Ahmad, Guru Besar SK Sungai Kechil Ulu,

Yang Berusaha Barisan Pentadbir SK Sungai Kechil Ulu,

Seluruh Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2022, Para guru, Ibu bapa dan sekalian yg hadir pada
petang ini..

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Saya melahirkan perasaan bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana kita dapat bersama-sama dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 42 ini. Saya amat berterima kasih dan menjunjung tinggi diatas
kesudian pihak sekolah memberi peluang dan ruang untuk sama sama berkongsi sesuatu manfaat
dan info pada kesempatan ini.

Tuan puan, hadirin hadirat sekalian,

Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami banyak perubahan dari semasa ke semasa.


Peluang pendidikan harus digunakan sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina
personaliti yang cemerlang. Pendidikan adalah bidang dinamik serta penuh cabaran di mana
menuntut perancangan strategik yang teliti dan pragmatik, kos yang besar serta jentera pelaksana
yang cekap dan berkesan. Pendidikan juga terdedah dan terpengaruh dengan tuntutan perubahan
selaras perkembangan global dan serantau. Lebih lebih lagi selepas era pasca Covid-19 ini. 

Negara kita akan kehilangan daya saing, ketinggalan atau terpinggir dari kemajuan dunia sekiranya
kita gagal maksimumkan sumber manusia dari bangku sekolah ini.

Tahniah, saya ucapkan kepada para pelajar dan waris pelajar yang telah berjaya mencapai 
kecemerlangan. Semoga kejayaan demi kejayaan yang dicapai pada masa sekarang akan menjadi
pendorong dan pencetus budaya cemerlang demi mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada
masa hadapan.

Tuan Pengerusi dan hadirin yang dihormati sekalian,

Insya-Allah pada petang ini kita akan bermesyuarat dan bersama-sama menentukan
komitmen PIBG untuk membantu pihak sekolah. 
PIBG bukan sahaja membantu 
dengan memberikan sumbangan wang atau dana daripada pihak tuan-tuan dan puan-puan kepada
sekolah malah antara perkara utama yang saya harapkan dari PIBG ialah pandangan dan pemikiran
membina ke arah membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi anak-anak kita khususnya
dalam bidang akademik dan dunia pendidikan. Komitmen tuan-tuan dan puan-puan adalah
kebanggaan kita bersama.

Hadirin hadirat sekalian,


Sukalah saya menyentuh beberapa isu utama yang perlu diberi perhatian oleh kita sebagai waris di
SK Sungai Kechil Ulu ini,  

Kita yakin, tanpa disiplin yang tinggi, pasti kejayaan dan kecemerlangan tidak akan
tercapai. Kita juga mesti sedar semua sekolah juga tidak terlepas daripada ledakan isu-
isu yang berkaitan pelajar.

Para waris semua mesti prihatin mengenai masalah ponteng, datang lambat ke sekolah, tidak
menyiapkan kerja sekolah dan kerja rumah, terdedah gejala rokok dan vape, melawan guru,
kenakalan berlebihan, sikap tidak menghormati guru, tidak fokus untuk belajar dan sebagainya . 

Walaupun masalah ini bukan sesuatu yang serius di sekolah ini, namun menuntut keperihatinan dan


sensitif para waris akan membantu pihak sekolah. Saya percaya di bawah kepimpinan dan
keprihatinan Guru Besar dan barisan pentadbir serta para guru, SK Sungai Kechil Ulu, Kita boleh
mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam semua aspek.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Pada kesempatan petang ini juga saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli
Jawatankuasa PIBG, para waris, para guru, dan seluruh yang hadir.

Terima kasih atas kesudian
tuan-tuan dan puan-puan bersama-sama berada dalam majlis ini.

Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap. Apa yang saya
perkatakan adalah demi kejayaan bersama kerana ingin melihat kemajuan dan kejayaan anak-anak
kita.

Akhir sekali dengan lafaz yang mulia..

..BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM..

Saya dengan rendah diri merasmikan mesyuarat Agung Persatuan Ibu bapa dan Guru Sekolah
Kebangsaan Sungai Kechil Ulu, kali ke - 42

Sekian.

Wabillahi taufiq wal hidayah wasalammualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai