Anda di halaman 1dari 3

SJK(T) SITHAMBARAM PILLAY

36000 TELUK INTAN, PERAK


KOD SEKOLAH: ABD5103NO.
TEL/FAKS: 05 -6214325 /05-6237135

PROGRAM READ AND SPEAK BITES


dibawah program PLaN
ANJURAN PANITIA BAHASA INGGERIS
TAHAP 1 (2022/2023)

Program Pembacaan dan Pertuturan


Bahasa Inggeris Tahap 1

Hari : Khamis dan Jumaat (sepanjang tahun)


Masa: 7.20 pagi – 7.40 pagi
Tempat : Kelas masing-masing
SJKT SITHAMBARAM PILLAY, TELUK INTAN
Kertas Kerja Mengadakan Program READ AND SPEAK BITES 2022
Dibawah PROGRAM PLaN anjuran Panitia Bahasa Inggeris
Pendahuluan :
PLaN ialah Primary Literacy and Numeracy atau Program Literasi dan Numerasi Sekolah
Rendah.Ia merupakan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang komprehensif dan
menyeluruh berasaskan sekolah untuk murid Tahun 2 dan tahun 3.
Setelah selama 1 tahun pembelajaran dijalankan dirumah dengan konsep PDPR, didapati
murid-murid Tahun 2 dan 3 memerlukan bantuan dari segi pembacaan (reading) dan lisan
(speaking). Murid-murid Tahun 1 pula dimasukkan ke dalam program ini untuk memberi
pendedahan dalam bacaan dan pertuturan dalam Bahasa Inggeris.
Program Read -Speak Bites ini diadaptasi daripada pengajaran asas mata pelajaran Bahasa
Inggeris negara United Kingdom dan Australia di mana mereka memnggunakan konsep
“chuncking” iaitu membaca dan bertutur secara berperingkat dan dalam kuantiti yang kecil.
Program ini juga diadakan mengikut tahap penguasaan murid di mana ia bermula dengan
blending and segmenting perkataan, huruf, frasa dan ayat dalam pembacaan dan pertuturan.
Matlamat :
Menggalakkan budaya membaca dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dan mencapai Tahap
Penguasaan 3 sekurang-kurangnya.

Objektif :
1. Membantu murid membaca perkataan, frasa dan ayat dalam Bahasa Inggeris yang mudah,
secara berperingkat dan mengikut konteks peembacaan asas
2. Membantu murid bertutur perkataan, frasa dan ayat dalam Bahasa Inggeris yang mudah,
secara berperingkat dan mengikut konteks pertuturan asas.
3. Mengaplikasikan konsep “within guidance” dalam pembacaan dan pertuturan mengikut
konteks kehidupan seharian.
4. Memupuk minat dan tabiat membaca dan bertutur dalam Bahasa Inggeris
5. Membantu murid mencapai sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 (Low A1) dalam
mata pelajaran Bahasa Inggeris

Hari : Setiap hari Khamis dan Jumaat (sepanjang tahun)


Tempat : Di dalam kelas masing-masing dalam satu kumpulan
Masa : 7.20 pagi -7.40 pagi (Semasa program Bacaan Pagi)
Kumpulan Sasaran : Murid-murid Tahun 1,2 dan 3

Ahli Jawatankuasa Induk


Pengerusi : Guru Besar
Naib Pengerusi 1 : Penolong Kanan Kurikulum
Naib Pengerusi 2 : Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 3 : Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Cik Santha Nair

Ahli Jawatankuasa Pelaksana


1. Guru-guru kelas yang dibimbing untuk melaksanakan aktiviti tersebut
2. Guru mata pelajaran Bahasa Inggeris (Cik Santha dan Puan Anitha) menyediakan
bahan dan membimbing guru dan murid
Penutup
Penglibatan murid PLaN dan Tahun 1 dalam Program Read and Speak Bites akan dijadikan
sebagai indicator pencapaian Tahap Penguasaan 3 dalam PBD bagi mata pelajaran Bahasa
Inggeris. Keberkesanan program ini adalah dari segi pembacaan dan pertuturan murid dalam
Bahasa Inggeris. Diharapkan program ini juga akan membentuk budaya menggunakan
Bahasa Inggeris dalam aktiviti seharian di kalangan murid-murid tersebut. Program ini juga
akan membantu dalam program PLaN.

Disediakan oleh: Disahkan oleh :


___________________ _____________________
SANTHA NAIR CHANDRAN

Anda mungkin juga menyukai