Anda di halaman 1dari 17

ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBPE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

1.0

PENGENALAN Pendidikan Jasmani merupakan satu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi

manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor, pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik, memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan William berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Menurut Barrow (1971,1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks pengalaman pendidikan menyeluruh dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu. Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak. Freeman (1977,1992) menegaskan bahawa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, social dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani para pelajar akan diberi ruang untuk mencuba dan mengalami sendiri pengalaman menjalankan aktiviti fizikal. Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan hidup sihat dan aktif. Perancangan yang teratur dan bersistematik akan menyediakan skop pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan serta mampu mendedahkan kanak-kanak kepada gaya hidup aktif dan sihat untuk berupaya mencapai matlamat yang ditetapkan. Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang bersifat holistik dan berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986). Dalam merancang dan melaksanakan aktiviti Pendidikan Jasmani berbagai faktor perlu dititik beratkan. Faktor utama perancangan perlu diteliti dengan baik dan perlu dilihat sebagai asset utama yang bakal menentukan kejayaan perlaksaan aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah. Faktor utama yang harus diteliti ialah insfrakstuktur, perkembangan murid dan persekitaran.

ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBPE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

1.1

OBJEKTIF DAN MATLAMAT PENDIDIKAN JASMANI Objektif Pendidikan Jasmani secara umumnya adalah bertujuan untuk mencapai tahap

kecergasan dan menguasai kemahiran sukan. Menurut Seefedt dan Vogel (1986) persoalan mengenai objektif ini telah memberi tumpuan khusus kepada hubungan antara amalan kesihatan dangan kecergasan fizikal dan kemahiran psikomotor sebagai satu kaedah yang mampu mengawal penyakit dalam kehidupan seharian. Menurut Bucher & Wuest (1987) objektif dalam Pendidikan adalah seperti berikut : a) untuk memahami apa yang hendak dilakukan. b) Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang nilai Pendidikan Jasmani iaitu sumbangannya terhadap masyarakat c) Membuat keputusan yang bermakna bila menghadapi sesuatu isu dan masalah. d) Menjelaskan tugas mereka kepada masyarakat. e) Mengetahui dan menghargai pencapaian peserta melalui penglibatan di dalam program. Bagi Thomes, Lee & Thomes (1988) secara tradisional, Pendidikan Jasmani mempunyai empat objektif utama iaitu : a) Pembangunan neurootot atau motor b) Pembangunan kognitif c) Pembangunan sosial, emosi dan efektif Aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan. Oleh itu guru perlu sentiasa memahami matlamat utama Pendidikan Jasmani iaitu : Pendidikan Jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999)

ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBPE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

1.2

KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI Menurut (Pettifor, 2005) Pendidikan Jasmani adalah proses pembelajaran yang

menyeluruh yang merangkumi aspek psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Pelajar akan diberi peluang untuk mencuba semua aktiviti fizikal. Bagi Roddick (1982) pula, Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada pendidikan yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan yang menekankan pembentukan sikap, pengetahuan, kemahiran yang berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi. Pendidikan Jasmani berupaya mrnyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Secara ringkasnya Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistik dan berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986). Asiah Abu Samah (1993) pula mengatakan Pendidikan Jasmani adalah merupakan mata pelajaran yang diperkenalkan di sekolah yang memiliki kesepaduan antara dimain kognitif dan domain psikomotor. Kesepaduan ini seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif. Pukal KBSM (1992) mendefinisikan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif. Ketiga-tiga unsur ini dapat dilakukan melalui pemupukan dan penerapan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran yang menekankan kepada proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi ( Teng Boon Tong, 2001). Secara kesimpulannya Pendidikan Jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran yang memberikan penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi. Ianya juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan serta amalan kesihatan san kecergasan dalam kehidupan seharian.

ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBPE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

2.0 FAKTOR UTAMA PEMILIHAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI 2.1 Insfrakstruktur 2.1.1 Kemudahan a) Kedudukan sekolah Terdapat dua lokasi sekolah samaada di kawasan bandar atau di luar bandar i) Kawasan bandar Kedudukan sekolah di kawasan bandar mempunyai pelbagai kelebihan berbanding kawasan di luar bandar. Kewujudan pertubuhan tertentu memberi kelebihan bagi sekolah di bandar terutamanya dari segi kepakaran yang ada. Justeru itu sekolah yang berada di luar bandar boleh berkongsi kepakaran yang sedia ada di bandar. Sebagai contoh kepakaran jurulatih renang, gimnas, taekwando dan sebagainya.Kepakaran-kepakaran yang terdapat di kawasan bandar boleh dijadikan asas bagi menjalankan aktiviti-aktiviti berdasarkan kepakaran yang terdapat di situ. Di bandar juga terdapat guru-guru yang mempunyai kepakaran khas berbanding di luar bandar. Keadaan tersebut diransang oleh adanya persatuan-persatuan yang diiktiraf oleh badan-badan kebangsaan yang membolehkan guru mengambil bahagian untuk mendapatkan sijil-sijil yang melayakkan mereka untuk mengajar sesuatu kemahiran atau sukan. Ini memberi banyak peluang kepada sekolah di bandar untuk merancang pelbagai aktiviti yang boleh menarik minat murid. ii) Kawasan Luar Bandar Kedudukan sekolah di kawasan luar bandar agak ketinggalan daripada sekolah di bandar Walau bagaimanapun, pihak kerajaan telah melakukan banyak usaha bagi meningkatkan insfrakstruktur sekolah di luar bandar. Ini terbukti pada tahun lepas sahaja, kerajaan telah memperuntukkan tambahan RM2.6 billion bagi meningkatkan mutu prasarana dan pendidikan di kawasan pendalaman dan luar bandar seluruh negara. Ianya sebagai tambahan kepada RM9.7 billion yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan dalam Rancangan Malaysia ke sembilan dan dijangka akan memberi manfaat kepada dua juta pelajar luar bandar dan pendalaman. Oleh itu, walaubagaimanapunpun aktiviti yang akan dirancang di luar bandar haruslah bersesuaian dan menepati tahap ekonomi penduduk setempat.

ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBPE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

b) Kemampuan kewangan sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi peruntukan wang kepada sekolah bagi menjalankan aktiviti berdasarkan kapasiti pelajar. Oleh sebab itu, Pelbagai aktiviti boleh dijalankan berdasarkan kewangan yang telah diterima oleh sekolah. Walaubagaimanapun,komuniti setempat boleh menyumbang wang bagi aktiviti-aktiviti pendidikan jasmani melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Komuniti setempat yang aktif dan banyak memberikan sumbagan kepada sekolah akan menyebabkan sekolah aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti seterusnya dapat meningkatkan tahap kesihatan pelajar. Kesedaran komuniti setempat amat penting bagi menjana kewangan sekolah untuk membantu pihak sekolah merancang aktiviti pendidikan jasmani yang bersesuaian untuk pelajar. c) Kemudahan-kemudahan Kemudahan- kemudahan asas yang perlu ada di sekolah seperti padang, bilik Pendidikan Jasmani, alatan-alatan Pendidikan Jasmani dan sebagainya haruslah lengkap bagi menjamin kelancaran aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Setiap kemudahan yang ada perlu diekploitasikan untuk digunakan bagi proses pemilihan aktiviti. Sekiranya kemudahan tidak mencukupi di sekolah, pihak pentadbiran perlulah menggunakan kemudahan yang berhampiran dengan sekolah. Langkah ini perlu bagi mengelakkan pembaziran masa dan kos. Sebaikbaiknya pihak pentadbir haruslah menyediakan kemudahan asas yang lengkap bagi memudahkan proses pemilihan aktiviti berjalan dengan lancar. d) Tenaga pengajar Kepakaran dan kemahiran guru amat penting di dalam proses pemilihan aktiviti Pendidikan Jasmani. Guru perlu mahir di dalam sesuatu kemahiran ataupun sukan bagi memilih aktiviti di dalam Pendidikan Jasmani. Sekiranya guru tidak mempunyai kebolehan di dalam sesuatu bidang ianya sedikit sebanyak akan meejejaskan perancangan. Walaubagaimanapun, dengan latihan yang telah diperolehi di Institut Perguruan Malaysia, ianya telah banyak melahirkan guru yang berilmu, berketrampilan, berkemahiran dan mempunyai kebolehan yang tinggi di dalam bidang sukan dan permainan.

ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBPE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

2.1.2 Peralatan Peralatan yang terdapat di sekolah haruslah mencukupi dan lengkap bagi proses memilih aktiviti Pendidikan Jasmani. Sekiranya peralatan tidak mencukupi, akan timbul masalah untuk memilih aktiviti pendidikan Jasmani yang baik. Pihak pentadbir harus memastikan segala peralatan yang diperlukan lengkap dan mencukupi. Pemilihan alatan perlu berdasarkan kepada spesifikasi umur dan pertandingan. Perkara utama yang harus diteliti dalam memilih alatan ialah faktor keselamatan pengguna. Peralatan perlulah menepati piawaian dan tidak memudaratkan pengguna. Peralatan yang murah haruslah berkualiti supaya tidak membawa kemudaratan kepada pengguna. Pemilihan alatan haruslah berkualiti dan mesra pengguna. 2.1.3 Kepakaran Seseorang guru yang dilantik sebagai guru Pendidikan Jasmani haruslah mempunyai kepakaran yang tinggi semasa menjalankan tugasnya. Ianya bukan sahaja meliputi kepakaran mengajar kemahiran, tetapi harus mengutamakan keselamatan pelajar juga.Guru Pendidikan Jasmani lebih terdedah dengan risiko kecederaan pelajar semasa mereka menjalankan aktiviti di padang. Aktiviti-aktiviti Pendidikan Jasmani melibatkan aktiviti yang berisiko. Para guru perlu mempunyai kepakaran untuk menangani sebarang kemungkinan semasa dan selepas sesuatu aktiviti dijalankan. Para guru perlu mempunyai sikap yang bersesuaian dengan keadaan dan tanggungjawab mereka untuk mengelakkan kejadian yang boleh mencemar karier perguruan. 2.2 Perkembangan Murid. Semasa melakukan pemilihan aktiviti Pendidikan Jasmani, kriteria perkembangan murid haruslah diambil kira. Pendidikan Jasmani mementingkan aspek perkembangan diri individu serta memberi penekanan kepada perkembangan kognitif, afektif, psikomotor dan sosial. Secara ringkas perkembangan pelajar boleh dikategorikan kepada domain- domain seperti Domain kognitif, afektif, psikomotor dan sosial.

ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBPE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

2.2.1 Domain kognitif Domain kognitif adalah domain pembelajaran yang terdiri daripada pengetahuan seperti Prinsip, fakta, teori dan konsep. Ada enam peringkat pembelajaran kognitif yang di susun mengikut hierarki (Bloom, 1956). a) Pengetahuan Pengetahuan mewakili tahap objektif yang paling rendah. Pengetahuan di tahap ini ialah pengetahuan yang telah dipelajari. Keperluan untuk mencapai objektif ini ialah hanya dengan mengingat kembali fakta. Maklumatnya perlu diingat kembali, bermula daripada yang mudah hingga teori yang kompleks, tetapi semuanya memerlukan proses mengingat maklumat. b) Kefahaman Kefahaman adalah satu peringkat selepas tahap mengingat maklumat. Peringkat ini ialah peringkat yang menunjukkan kebolehan memberi interpretasi, menterjemah dan menerangkan dengan perkataan sendiri. Pemahaman boleh dibahagikan kepada aspek seperti menterjemah, mentafsir data dan mengekstrapolasi. c) Aplikasi Aplikasi adalah kebolehan menggunakan maklumat dalam situasi yang khusus atau konkrit. Di peringkat ini, pelajar boleh menggunakan maklumat seperti prinsip, teori dan konsep kepada situasi baru dan dalam situasi yang berlainan. Pengajaran dan penilaian peringkat aplikasi juga menekankan aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari bagi menyelesaikan masalah di dalam kehidupan seharian. d) Analisis Analisis adalah peringkat yang memerlukan lebih daripada pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Analisis ialah kebolehan memecahkan perkara yang telah dipelajari kepada bahagian-bahagian tertentu sehingga kefahaman hubungan struktur organisasi diperoleh. Kebolehan yang diperlukan ialah pelajar mengenal pasti bahagian-bahagian, menjelaskan hubungan antara bahagian, dan mengenal keseluruhan organisasi sistem yang dibahagi tadi. Analisis juga memecahkan sesuatu kepada beberapa unsur iaitu terbahagi kepada tiga iaitu analisis unsur, analisis hubungan dan analisis prinsip.

ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBPE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

e) Sntesis Sntesis adalah peringkat yang menunjukkan kebolehan mengintegrasikan bahagian bahagian kecil kepada satu bahagian besar. Kebolehan ini memerlukan pelajar yang menganalisis elemen-elemen dalam sesuatu maklumat dan melihat hubung kait antara elemen tersebut serta kebolehan mengenal dan mengesan susunan sistematik dan struktur yang eksplisit atau implisit yang mengabungkan sesuatu. Sntesis terbahagi kepada tiga jenis iaitu sntesis penyampaian, sntesis himpunan dan sntesis cadangan. f) Penilaian Penilaian merupakan tahap hasil pembelajaran yang paling tinggi dalam heirarki domain Kognitif. Ia meliputi semua tahap dan ditambah dengan kebolehan membuat keputusan dan penghakiman berdasarkan rasional dan kriteria tertentu. Pelajar juga dikehendaki membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea, hasil kerja, penyelesaian, bahan dan sebagainya. 2.2.2 Domain Afektif. Pembelajaran bukan hanya mempelajari pengetahuan seperti fakta, konsep dan prosedur Tetapi pembelajaran juga bertujuan untuk membentuk sikap, kepercayaan atau nilai terhadap Pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari. Domain afektif adalah berkaitan perasaan, emosi, minat, sikap, kepercayaan atau nilai dan lain-lain. Domain Afektif boleh dikelaskan mengikut peringkat penghayatan daripada yang paling rendah kepada yang paling tinggi yang diutarakan oleh Bloom et al (1988), iaitu penerimaan, gerak balas, penilaian, organisasi dan perwatakan. a) Penerimaan Penerimaan bermaksud kesediaan seseorang untuk menerima sesuatu yang ingin disampaikan.Menerima adalah peringkat di mana pelajar menyedari dan memberi perhatian secara pasif tentang sesuatu ransangan dan fenomena. Ini merupakan tahap yang paling bawah dala domain afektif. Ada tiga tahap penerimaan, iaitu kesedaran, kesanggupan menerima maklumat dan perhatian yang terpilih. b) Gerak balas Gerak balas bermaksud seseorang akan bertindak balas terhadap ransangan yang diterima disetopikkan dia mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian. Motif ingin tahu tentang sesuatu boleh menyetopikkan seseorang itu bertindak balas terhadap ransangan yang diterima. Tindak balas ini akhirnya akan melahirkan kepuasan diri individu berkenaan. 8

ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBPE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

Pembelajaran akan menghasilkan tiga tahap gerak balas iaitu persetujuan, kesanggupan dan kepuasan. c) Penilaian Penilaian membawa maksud seseorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat. Terdapat tiga jenis nilai iaitu penerimaan semua nilai, pemilihan nilai tertentu dan komitmen. d) Organisasi Organisasi adalah peringkat dimana pelajar mengorganisasikan nilai kepada satu sistem. Penekanan dilihat kepada membanding, mengait dan mensintesis antara nilai. Pada peringkat ini, pelajar komited untuk membentuk nilai yang dipamerkan sebagai tingkah laku. Pelajar mengkonsepsikan sesuatu nilai dan mengorganisasikannya kepada sesuatu sistem nilai. e) Perwatakan Perwatakan dalam domain afektif bermaksud seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkan sebagai satu cara hidup. Pada peringkat ini, pelajar menunjukkan tingkah laku yang selari dengan nilai yang telah sebati dengan dirinya. 2.2.3 Domain Psikomotor Domain psikomotor pula mengintegrasi kemahiran intelektual dan fizikal untuk pembelajaran. Pembelajaran dalam domain ini adalah pembelajaran tentang pergerakan fizikal seperti mengergaji, menjahit dan lain-lain. Pelajar yang telah menguasai pembelajaran domain psikomotor akan menunjukkan kemahiran melakukan aktiviti fizikal berkenaan atau menghasilkan sesuatu produk. Simpson (1972) mengemukakan tujuh peringkat. a) Persepsi Persepsi yang membawaq maksud seseorang itu mempersepsikan satu pergerakan tertentu seperti memerhati pergerakan hantaran dalam permainan bola baling. Melalui pemerhatian ini, seseorang itu akan dapat mengingat mekanisma pergerakan motor. b) Persediaan Persediaan bermaksud seseorang bersedia secara mental, emosi dan fizikal untuk melakukan sesuatu pergerakan. Contohnya merespon, meletakkan tangan dan badan, mempamerkan dan menunjukkan.

ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBPE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

c) Pergerakan terkawal Ianya merupakan peringkat dimana pelajar meniru respon, melakukan di bawah bimbingan atau sesuatu model. Pergerakan terkawal bermaksud seseorang dapat melakukan pergerakan awal berkaitan kemahiran yang ingin dipelajari. d) Pergerakan Mekanistik Ianya adalah peringkat dimana pelajar melakukan sesuatu tugas yang sudah menjadi kebiasaan dengan satu tahap keyakinan dan kecekapan. Tingkah laku hampir sama dengan peringkat respon terbimbing. e) Pergerakan Kompleks Pergerakan Kompleks adalah peringkat dimana pelajar melakukan tingkah laku dengan kompeten dan cekap. Tingkah laku hampir sama dengan peringkat respon terbimbing. f) Pergerakan Suaian Pergerakan suaian ialah pelajar dapat melakukan sesuatu pergerakan secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu. g) Pergerakan Ciptaan Pergerakan ciptaan bermaksud seseorang itu dapar melakukan sesuatu pergerakan baru secara cekap dan licin. 2.2.4 Domain Sosial Dettmer (1997) mencadangkan satu domain khusus untuk hubungan atau tingkah laku Sosial. Domain ini terdiri dari lapan peringkat objektif. a) Berhubung Objektif pertama Domain Sosial ialah Berhubung(Relating) yg bermaksud seseorang itu cuba menunjukkan tingkah laku membuat kontak (contact) terhadap seseorang lain, seperti membuat kontak mata (eye contact). Di sini,kontak mata merupakan permulaan kepada perkenalan yang berakhir dengan berlakunya sesuatu komunikasi. b) Berkomunikasi Objektif kedua Domain Sosial ialah Berkomunikasi (communicating),yang bermaksud seseorang itu cuba berkomunikasi dengan seseorang lain, iaitu cuba memberi atau menerima mesej, seperti inginbertanya tentang sesuatu.Di sini, tingkah laku ingin bertanya itu menyotopikkan orang kedua turut bertindak untuk berkomunikasi.

10

ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBPE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

c) Melibatkan Diri Objektif ketiga Domain Sosial ialah Melibatkan Diri (Participating), yang bermaksud seseorang itu secara sukarela mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti berkumpulan, seperti berbual-bual dengan beberapa orang lain.Tingkah laku berbual akan menggalakkan ahli kumpulan turut mengambil bahagian dalam dalam aktiviti tersebut. d) Berunding Objektif keempat Domain Sosial ialah Berunding ( Negotiating), yang bermaksud seseorang itu boleh membuat perbincangan dengan ahli-ahli kumpulan tentang isu yang timbul,seperti berbincang untuk membuat sesuatu keputusan. Di sini, tingkah laku berbincang menunjukkan seseorang itu ingin membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi kumpulannya. e) Bekerjasama Objektif kelima Domain Sosial ialah Bekerjasama (Collaborating), yang bermaksud seseorang itu boleh bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan untuk menjayakan sesuatu projek,seperti bekerjasama untuk membersihkan kawasan sekolah. Di sini, tingkah laku bekerjasama menunjukkan seseorang itu ingin semua ahli sama-sama menyelesaikan projek/masalah yang dihadapi. f) Menghakim Objektif keenam Domain Sosial ialah Menghakim (Adjudicating), yang bermaksud seseorang itu dapat bertindak untuk mendamaikan sesuatu keadaan apabila terdapat perbezaan pendapat, seperti melarikan pertelingkahan.Di sini, tingkah laku meleraikan pertengkaran menunjukkan seseorang itu ingin mengekekalkan keharmonian kalangan ahli kumpulannya. g) Memulakan Objektif ketujuh Domain Sosial ialah Memulakan ( Initiating), yang bermaksud seseorang itu dapat memulakan sesuatu aktiviti kumpulan yang baru,walaupun terpaksa menghadapi risiko tertentu, seperti bekhemah di tepi sungai. Di sini, tingkah laku mengadakan perkhemahan menunjukkan seseorang itu ingin melihat kumpulannya mendapat pengalaman baru.

11

ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBPE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

h) Menukar Objektif kelapan Domain Sosial ialah Menukar (Converting), yang bermaksud seseorang itu berupaya menukarkan gaya hidup ahli-ahli kumpulan kepada gaya hidup baru, seperti mencintai alam sekitar.Di sini, tingkah laku mendorong ahli-ahli kumpulan mencintai alam sekitar menunjukkan seseorang itu ingin kumpulannya persekitaran yang lebih harmoni. 2.3 Persekitaran Persekitaran mempengaruhi kegiatan sosial dan aktiviti masyarakat. 2.3.1 Budaya setempat. Semasa memilih kriteria pemilihan aktiviti guru perlulah memanipulasikan aktiviti mengikut keperluan masyarakat setempat. Budaya di sesuatu komuniti dapat dimanafaatkan untuk pemilihan kriteria aktiviti Pendidikan Jasmani. Kepecayaan, pembentukan sosial bangsa, agama atau kumpulan sosial adalah perkara-perkara yang terlibat di dalam proses sosialisasi murid. Mereka belajar dan membentuk tingkah laku berdasarkan budaya setempat. Projek dalam Pendidikan Jasmani di sekolah boleh memberi arah tuju kepada pelajar supaya menceburkan diri dalam aktiviti yang berfaedah. 2.3.2 Pengaruh politik Pengaruh politik memainkan peranan yang penting dalam pemilihan kriteria aktiviti Pendidikan Jasmani. Aktiviti Pendidikan Jasmani dapat memupuk integrasi antara kaum dalam masyarakat majmuk Malaysia. Selaras dengan kempen Satu Malaysia, pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi memupuk semangat perpaduan antara kaum di Malaysia. 2.3.3 Penyelarasan Program Sukan Pelbagai program Gerak Kerja Kokurikulum yang menyeluruh merangkumi tiga aspek utama selain dari program berbentuk Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan iaitu: a) Dengan Gerak Kerja Kokurikulum dalam Lingkungan Sekolah (Intramurals) b) Program Gerak Kerja Kokurikulum (Extramurals) c) Program antara sekolah. Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri mengendalikan program antara sekolah pada pusingan awal dan tujuannya ialah untuk memilih peserta yang terbaik untuk mewakili Negeri.

12

ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBPE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

Penglibatan murid dapat memberi peluang kepada mereka untuk melibatkan diri ke peringkat lebih tinggi. 3.0 3.1 PEMBENTUKAN KURIKULUM DEFINISI KURIKULUM Kurikulum adalah satu rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sebuah sekolah dan institut pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan. Menurut Ornstein dan Hunskins 1993,1998) kurikulum boleh didefinisikan satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati. Bagi Mohd Daud ,1995 pula kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu. Kurikulum juga boleh didefinisikan sebagai satu rancangan pendidikan yang mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan kepada generasi kepada satu generasi lain. Secara keseluruhannya kurikulum ditakrifkan sebagai dokumen yang mengandungi rancangan pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai objektif psikomotor, afektif dan kognitif bagi satu mata pelajaran. 3.2 KONSEP KURIKULUM Kurikulum terbahagi kepada lima konsep, iaitu: a) Kurikulum menjadi dokumentasi khas dan panduan. Kurikulum terdiri daripada cadangan-cadangan berhubung dengan matlamat, objektif, ciri-ciri pelajar, pengalaman pembelajaran, isi kandungan pelajaran, kaedah, bahan dan cara penilaian. b) Kurikulum perlu memberi tumpuan kepada kaedah penyampaian yang lebih menarik. Kaedah ini membolehkan pelajar dapat menguasai kemahiran dan isi kandungan dengan berkesan. c) Kurikulum merupakan program pengajian yang merujuk kepada mata pelajaran yang diajar mengikut aliran atau jurusan yang ditetapkan. d) Kurikulum membentuk pengalaman pemnbelajaran yang terancang. Kurikulum bukan sahaja membolehkan pelajar menimba ilmu tetapi juga mencari dan mendapatkan pengalaman sebanyak mungkin. e) Kurikulum juga mempunyai konsep tersirat. Semasa pelajar melalui pembelajaran terancang, pelajar akan memperoleh nilai-nilai sampingan. 13

ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBPE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

3.3

KRITERIA PEMBENTUKAN KURIKULUM Terdapat beberapa kriteria reka bentuk yang perlu dikaji, dianalisis dan dipilih oleh

pembangunan kurikulum dalam membentuk kurikulum. Reka bentuk ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu : Berpusatkan Subjek Berpusatkan Pelajar Berpusatkan Masalah a) REKA BENTUK BERPUSATKAN SUBJEK Reka bentuk berasaskan subjek adalah berpaksikan ilmu dan isi kandungan pelajaran. Reka bentuk berasaskan subjek terdiri daripada: Reka Bentuk Matapelajaran Reka Bentuk Disiplin Reka Bentuk Bersepadu Reka Bentuk Kolerasi

i) Reka Bentuk Matapelajaran Reka bentuk matapelajaran ini kerap digunakan dalam mereka bentuk kurikulum. Reka bentuk ini merupakan reka bentuk yang berkaitan dengan isi kandungan pelajaran yang terdapat dalam buku teks. Konsep reka bentuk matapelajaran ini disusun daripada yang ringkas ke kompleks bagi memudahkan pembelajaran. Tumpuan pelajaran dalam reka bentuk ini tertumpu kepada proses mengingat dan memahami. ii) Reka Bentuk Disiplin Disiplin adalah cara atau proses sesuatu matapelajaran. Reka bentuk disiplin ini menekankan isi kandungan dan proses disiplin sesuatu ilmu. Sebagai contoh, dalam satu mata pelajaran Pendidikan Jasmani, guru bukan sahaja akan mengajar kemahiran tetapi guru itu juga perlu mengajar disiplin sesuatu kemahiran atau permainan. Ini bermakna seseorang pelajar itu juga akan diajar tentang undang-undang dan peraturan permainan selain kemahiran. Dengan cara ini pelajar akan dapat menguasai kemahiran beserta disiplinnya sekali gus. Ini secara langsung akan menjadikan mereka bukan sahaja pemain yang handal bahkan juga seorang pemain yang berdisiplin. 14

ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBPE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

b) REKA BENTUK BERPUSATKAN PELAJAR Melalui reka bentuk ini para pelajar akan dianggap sebagai elemen yang penting dalam bidang pendidikan. Reka bentuk berpusatkan pelajar ini dibuat berdasarkan falsafah progressivesme. Reka bentuk ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu: Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar Reka Bentuk Berpusatkan Pengalaman Reka Bentuk Berpusatkan Humanistik i) Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar Pendekatan semulajadi pelajar ketika belajar akan diambil kira dalam reka bentuk berpusatkan pelajar . Berdasarkan reka bentuk ini, pemikiran pelajar akan berkembang jika mereka diberi peluang untuk belajar berdasarkan pengalaman dan keperluan mereka. Sebagai contoh, disebabkan sifat semulajadi kanak-kanak sekolah rendah suka bermain, maka unsur tersebut akan diselitkan dalam pembinaan kurikulum matapelajaran yang dipelajari mereka misalnya dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani. ii) Reka Bentuk Berpusatkan Pengalaman Kurikulum berdasarkan reka bentuk ini dibina setelah guru mengenali pelajarnya. Ini adalah kerana berdasarkan reka bentuk berpusatkan pengalaman ini, minat dan keperluan pelajar tidak boleh dijangka. Oleh sebab itu kurikulum tidak dapat dirancang lebih awal. Hanya setelah guru mengenali pelajar, barulah kurikulum akan dibuat. iii) Reka Bentuk Berpusatkan Humanistik Reka bentuk ini mementingkan konsep kendiri kepada pelajar. Setiap pelajar akan belajar membina semua tugasan yang yang diberi atas kesedaran sendiri. Unsur kognitif dan afektif akan disepadukan dalam reka bentuk berpusatkan humanistik. Reka bentuk ini memberikan penekanan isi kandungan, kognitif, pengalaman dan perasaan. Reka bentuk ini menekankan kepada pendidikan dan pembangunan insan secara keseluruhan.

15

ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBPE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

C)

REKA BENTUK BERPUSATKAN MASALAH Reka bentuk berpusatkan masalah memberikan fokus kepada masalah dalam kehidupan.

Reka bentuk ini meletakkan peranan pembelajaran berdasarkan pengalaman individu dan kemasyarakatan. Reka bentuk berpusatkan masalah terbahagi kepada dua iaitu : (i) Reka Bentuk Situasi - Kehidupan Reka bentuk situasi - kehidupan berpendapat pemnbelajaran akan menjadi bermakna jika pembelajaran itu diaplikasikan dalam kehidupan secara terus. Keperluan dan keupayaan pelajar berfikir dan menyelesaikan masalah juga menjadi dasar dalam reka bentuk ini. Reka bentuk ini sebenarnya lebih mirip kepada teori konsektual. Dengan ini kurikulum dibina dengan memberi penekanan terhadap penyelesaian kepada masalah-masalah dalam kehidupan sebenar.Kurikulum yang terbentuk melalui reka bentuk ini akan membantu pelajar membuat generalisasi tentang masalah yang berkaitan dengan kehidupan sebenar. (ii) Reka Bentuk Semula Masyarakat Reka bentuk ini berorentasikan masyarakat. Reka bentuk ini mengaitkan hubungan kurikulum dengan perkembangan masyarakat dari aspek sosial, politik dan ekonomi. Kurikulum dilihat berupaya menjadi agen perubahan dalam masyarakat. Kurikulum ini menerapkan nilai-nilai dan etika bagi melahirkan masyarakat yang berkualiti.

16

ROSNIZAN BINTI ABD RANI 730101-06-6004 HBPE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

RUJUKAN http://pjk.ipti.edu.my/pjm3110pedagogipj/Nota-Kurikulum%20PJK.pdf http://www.authostream.com/presentation/asGuest11810-14407-definisi-dan-konsepkurikulum-entertainment-ppt-powerpoint http://serikandibahasa.blogspot.com http://www.scribd.com/doc/25678326/pembentukan-kurikulum http://pendidikanjasmani-lesslari.blogspot.com/2009/10kriteria-pembentukan-kurikulumdalam html http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/konsep-dan-definisi-pendidikan-jasmani-html

17

Anda mungkin juga menyukai