Anda di halaman 1dari 4

Memahami Dan Menangani Disleksia

January 3rd, 2011 at 7:15 am | Nasional | 100 responses

Salah satu aktiviti yang dijalankan semasa sesi pendaftaran dan orientasi kanak-kanak tahun satu yang saya hadiri semalam adalah taklimat ringkas mengenai apa itu Disleksia dan bolehkah ia diubati. Taklimat tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada para ibubapa untuk memahami dan menangani Disleksia. Ini berikutan berdasarkan penemuan pihak sekolah ramai ibubapa yang masih belum jelas mengenai Disleksia. Berdasarkan brosur penerangan dan taklimat yang diberikan apa yang dapat dikongsikan di sini adalah Disleksia ialah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar, dan bercakap, disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. 1. Disleksia bukan sejenis penyakit, maka ia tidak boleh diubati; 2. Disleksia tidak disebabkan oleh kecerdasan yang lemah; dan 3. Disleksia bukan masalah penglihatan. Disleksia disebabkan oleh kelainan di dalam stuktur dan fungsi otak, malah ia boleh di warisi dari ahli keluarga. selain dari itu kajian tidak lagi pasti faktor yang menyebabkan disleksia. Disleksia hanya merupakan satu masalah di mana seseorang menghadapi masalah membaca dan menulis walaupun tahap kecerdasan (intelligence) mereka adalah normal. Walaupun disleksia merupakan masalah yang akan dihadapi sepanjang hayat, kanak -kanak dapat mengatasinya dengan dorongan, sokongan dan bantuan yang sewajarnya. Dianggarkan 4 hingga 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia. Kanak -kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan. Disleksia pada asasnya bukanlah sesuatu yang amat buruk kepada kanak -kanak, Persatuan Dyslexia Malaysia menyatakan di antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein). Ramai juga individu disleksia yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai serta bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.

Petanda Penting Bagi Ibu Bapa dan Guru Di antara petanda yang boleh dikenalpasti oleh para ibu bapa dan guru berdasarkan pemerhatian kepada kanak-kanak: Membaca
y y y y y y y y

Kemajuan pembacaan yang lemah; Mendapati sukar untuk menggabungkan huruf bersama-sama; Kesukaran untuk memantapkan pembahagian sukukata atau untuk mengetahui permuiaan dan akhir perkataan; Tiada ekspresi pembacaan; Teragak-agak dan berusaha keras semasa membaca terutama semasa membaca dengan lisan; Semasa membaca akan tercicir perkataan atau menambah perkataan; Gagal untuk mengenal perkataan yang lazim; dan Mempunyai kesukaran untuk mengidentifikasi fakta penting dalam sebuah karangan.

Penulisan Standard penulisan yang lemah berbanding dengan kebolehhan lisan:


y y y y

Sentiasa keliru dengan perkataan yang kelihatan sama terutama b/d, p/g, n/u, m/w; Akan membuat perkataan terbalik (anagrams). Cth : bagi untuk pagi, subu untuk sudu; Menghasilkan fonetik dan ejaan luar biasa dan tidak bersesuaian dengan umur mahupun kebolehan seseorang; dan Mengguna aturan huruf atau ayat yang berlainan.

Sistem Angka
y y y

Menunjukkan kekeliruan dengan turutan nombor; Kekeliruan dengan simbol; dan Mempunyai kesukaraan untuk mengingati apa-apa dalam turutan seperti darab, nombor telefon.

Masa
y y y

Menghadapi masalah untuk belajar mengenai masa; Mempunyai organisasi persamaan yang lemah; dan Mempunyai kesukaran untuk mengingati hari dalam seminggu, harijadinya.

Kemahiran Kemahiran motor yang lemah yang menyebabkan kelemahan kepada kelajuan, kawalan dan ketepatan pensil.
y y y y

Kefahaman yang terhad dalam komunikasi bukan lisan; Keliru dengan perbezaan diantara kiri dan kanan, atas dan bawah; Mempunyai tidak ketentuan pilihan tangan; dan Melaksanakan kerja yang berbeza dari hari ke hari;

Kelakuan

y y y y

Menggunakan taktik mengelak untuk melakukan kerja; Kelihatan seperti bermimpi dan tidak mendengar Senang mengalihkan perhatiaan kepada perkara lain; Badut kelas ataupun suka menganggu atau menyingkirkan diri (ini adalah selalunya jeritan meminta tolong); dan Rasa Penat yang keterlaluan kerana memerlukan jumlah tumpuan dan days usaha yang tinggi.

Jikalau seseorang kanak-kanak mempunyai gabungan kesukaran tersebut bersamasama dengan beberapa kebolehan, maka dia mungkin seorang disleksia. Masalah yang mungkin dialami oleh kanak-kanak disleksia adalah:
y y y

Disalah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan gangguan emosi seperti kemurungan, masalah tingkahlaku seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku dan rendah pencapaian akademik yang menyebabkan keciciran sekolah.

Ramai kanak-kanak muda melakukan kesilapan yang sama dengan orang yang mengalami disleksia. Untuk menanganinya, ibubapa dinasihat bawa anak mereka berjumpa pakar. Incoming search terms: disleksia, disleksia di malaysia, membaca dan disleksia, disleksia adalah, menangani disleksia, cara menangani masalah pembelajaran kanak-kanak khas, pakar diseleksia, senarai yang mempunyai disleksia di malaysia, CARA MENGAJAR BUDAK DISLEKSIA, doktor pakar kanak-kanak disleksia, lemah membaca dan memahami, pendedahan tentang disleksia kepada ibubapa, pemerhatian terhadap murid disleksia disleksia, pembelajaran untuk kanak-kanak celaru tingkah laku, modul mengajar budak yang tidak tahu membaca, pakar disleksia, masalah lisan kanak-kanak disleksia, menangani anak disleksia, menangani anak yang tidak suka pakai pampers, mengenal komunikasi lisan dan bukan lisan kanak-kanak

Related Articles
y y y y y y y y

Blog Dan Strategi Laut Biru 6 aktiviti pembakar kalori terbaik Bagaimana Menjana USD50 Melalui Blog Update Protokol Di Malaysia Kuning VS Putih Personal Stress Audit Being Interesting VS Being Interested Gatal Tak Bertempat

Share With Others


Share