Anda di halaman 1dari 3

IKLAN 1

LINK VIDEO IKLAN


https://www.youtube.com/watch?v=l_mqE1GMliM

SINOPSIS IKLAN
Iklan ini menampilkan seorang remaja perempuan (Matika) yang mengandung sedang
menuju arah ke sekolah baru. Pandangan negatif dan stigma masyarakat terhadap remaja
perempuan yang mengandung luar nikah menyebabkan Matika berasa malu, terpinggir dan
memencilkan diri. Matika berjumpa dengan seorang pelajar perempuan yang juga mengandung
semasa tiba di sekolah. Matika mendapati bahawa sekolah ini hanya mempunyai pelajar
perempuan yang hamil. Dalam masa yang singkat, Matika sudah dapat menyesuaikan diri di
sekolah ini kerana semua pelajar memahami antara satu sama lain. Mereka berkomunikasi
dengan baik dan mempunyai hubungan yang erat. Suasana yang harmoni di sekolah
menyebabkan Matika tidak berasa malu lagi terhadap masalah yang dihadapi. Pada satu hari,
seorang pelajar yang bernama Jane dimarah oleh pengetua sekolah disebabkan pembelian dan
penggunaan pil pengguguran. Jane melakukan tindakan tersebut kerana ingin memakai pakaian
yang cantik. Tidak lama kemudian, ramai pelajar mencontoh tindakan Jane dan berhenti sekolah.
Akhirnya, Matikah juga terpengaruh untuk berbuat demikian.

Sebenarnya, iklan ini ingin mempromosikan produk mereka iaitu jus buah-buahan yang
mengandungi fiber yang tinggi. Matika dan semua pelajar yang mempunyai perut besar bukan
disebabkan mengandung tetapi menghadapi masalah sembelit. Selain itu, mereka bukan
mengambil pil pengguguran tetapi minum jus buah-buahan untuk mengatasi masalah sembelit.
FALASI DALAM IKLAN
Falasi yang terdapat dalam iklan ini ialah “Red Herring”. “Red Herring” bermaksud
mengelirukan dan memberi pandangan yang tidak sesuai dengan isu yang diperkatakan. Iklan ini
menunjukkan cerita yang tidak relevan untuk mengalih perhatian orang ramai daripada tujuan
asal. Isu kehamilan remaja perempuan tidak ada kaitan dengan masalah sembelit. Iklan ini
mempromosi produknya secara keterlaluan dengan mengatakan bahawa perut besar yang
disebabkan oleh kehamilan sama dengan perut besar yang disebabkan oleh masalah sembelit.
Dalam kehidupan sebenar, masalah sembelit yang teruk seperti dalam video tidak dapat
diselesaikan tiba-tiba dengan hanya minum sebotol jus buah-buahan. Seterusnya, mereka yang
menghadapi masalah sembelit dalam kehidupan realiti tidak akan pergi ke sekolah tetapi klink.
Tuntasnya, iklan ini tidak logik dan menyebabkan kekeliruan kepada penonton.

Tambahan pula, falasi dalam iklan ini ialah “Non causa pro causa”. Maksud falasi ini
ialah faktor, punca, sebab atau alasan yang salah dijadikan sebagai premis. Dalam iklan ini,
masalah sembelit akan menyebabkan perut mengembang seperti perut besar yang disebabkan
oleh mengandung. Selain itu, para penonton menganggap Matika dan semua pelajar di sekolah
itu mengandung kerana mereka tidak menafikan. Sebenarnya, masalah sembelit tidak akan
menyebabkan perut besar seperti kehamilan. Dengan itu, masalah sembelit bukan punca logik
yang akan menyebabkan perut mengembang sebegini.
IKLAN 2

LINK VIDEO IKLAN


https://www.youtube.com/watch?v=8Hm5Q2p_lJI

SINOPSIS IKLAN
Iklan ini memaparkan seorang budak lelaki sekolah rendah yang bercita-cita menjadi
seorang angkasawan. Dia berhasrat untuk membeli sebuah teleskop yang berharga 2500 baht.
Walau bagaimanapun, dia tidak mempunyai duit yang cukup. Dengan itu, dia sanggup ikat perut
dan menahan diri untuk membeli alat permainan bagi menjimatkan wang saku. Budak lelaki
tersebut yakin bahawa sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Oleh itu, dia berusaha gigih untuk
menabung setiap hari. Dia berasa sangat gembira kerana tabungnya semakin penuh semakin hari.
Namun begitu, dia mendapati bahawa harga teleskop itu sudah dinaikkan menjadi 3500 baht
semasa dia mempunyai wang yang cukup.

Sebenarnya, iklan ini ingin menyatakan bahawa seseorang individu tidak dapat
memenuhi kehendak dengan menggunakan wang tabung sahaja. Iklan ini menekankan pelaburan
membawa keuntungan yang lebih lumayan berbanding dengan menabung. Iklan ini bertujuan
untuk menghasut orang ramai bagi membuat pelaburan.

FALASI DALAM IKLAN


Falasi dalam iklan ini ialah ‘Non sequitur’. “Non sequitur” bermaksud “ ia tidak
mengikut begitu” iaitu sesuatu kesimpulan itu tidak dapat dibenarkan oleh premis atau bukti
yang ditawarkan. Kesimpulan dalam iklan ini tidak menunjukkan aliran fikiran yang logikal.
Budak lelaki itu tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli teleskop tidak semestinya
disebabkan dia tidak membuat pelaburan. Dalam kehidupan realiti, punca yang menyebabkan dia
tidak dapat membeli teleskop itu ialah dia masih seorang kanak. Hal ini demikian kerana dia
tidak berupaya untuk berkerja dan memperoleh pendapatan yang tinggi. Oleh itu, iklan ini tidak
boleh membuat kesimpulan bahawa individu yang tidak membuat pelaburan tidak dapat
memenuhi kepuasan mereka.

Anda mungkin juga menyukai