Anda di halaman 1dari 21

KONSEP KESUKARELAWANAN,

KESUKARELAWANAN DARI
PERSPEKTIF AGAMA DAN KERJA
SUKARELA DI PERINGKAT LOKAL
DAN GLOBAL
Dr. Muhammad Ridhwan Sarifin
Jabatan Pengajian Malaysia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
PENGENALAN
🞂 Pelajar perlu fahami terma:
i. Sukarela

ii. Sukarelawan

iii.Kesukarelawanan

🞂 Kesukarelawanan berasal daripada perkataan


voluns bermaksud pilih atau velle yg
bermaksud kehendak dan kemahuan untuk
menghulurkan bantuan kepada orang lain
DEFINISI KESUKARELAWANAN
• Terdapat pelbagai definisi berkenaan dengan
kesukarelawan, antaranya:
i. Bezruchka (2000), mendefinisikan kesukarelawanan
atau dikenali volunteerism adalah berasal daripada
kata kerja volunteer iaitu kata kerja ini sering
digunakan dalam konteks perkhidmatan tentera
disebabkan oleh keperluan kepada khidmat negara
terhadap seseorang warganegara.

ii. Beliau juga mendefinisikan sukarelawan sebagai


kerja-kerja amal dan kebajikan yang dihulurkan
adalah tanpa mengharapkan apa-apa balasan sama
ada berbentuk upah, bayaran atau pertukaran
barangan.
ii. Azizan Bahari (2018) mendefinisikan kesukarelawanan
sebagai khidmat secara sukarela iaitu suatu kegiatan
menolong yang dilakukan dengan ikhlas dan rela hati,
tanpa paksaan, tanpa mengharapkan balasan, serta
bertujuan memberi manfaat kepada pihak-pihak terlibat
dalam jangka panjang dan jangka pendek
iii. Bermaksud sesuatu tingkahlaku atau sumbangan yang
dilakukan dengan disedari dengan pilihan diri seseorang
tanpa didorong, dipaksa atau didesak oleh mana-mana
pihak
iv. Kerja sukarela juga suatu kerja atau khidmat atau tindakan
yang seharusnya dilakukan secara sedar, terancang dan
bersungguh-sungguh
CIRI-CIRI KESUKARELAWANAN

2. Kerelaan
1.Tidak atas
terkongkong kemahuan
sendiri

CIRI-CIRI
KESUKARELAWANAN

4. Tidak
3. Tidak mendapat
terpaksa untuk sebarang
melakukannya bayaran atau
imbuhan
FALSAFAH SUKARELAWAN
• Falsafah merupakan pengetahuan tentang pengertian
yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi berdasarkan
ilmu-ilmu lain. Selalunya falsafah idea daripada
golongan bijaksana dan berbicara tentang manusia dan
kemanusiaan.

• Falsafah kesukarelawanan atau voluntarism merupakan


satu falsafah atau doktrin semangat atau dasar sosial
yang bertujuan untuk menekankan betapa pentingnya
bagi setiap anggota masyarakat membuat sumbangan
khidmat sosial secara sukarela

• Membantu anggota masyarakat yang memerlukannya di


dalam apa jua bidang dan dengan apa jua cara yang
tidak bercanggah dengan undang-undang dan batasan
moral masyarakat
🞂 Sejarah kesukarelawanan di setiap negara tidak banyak berbeza di
mana sikap untuk bersukarela pada mulanya disebabkan
tanggungjawab terhadap agama dan perasaan ingin membantu yang
tinggi (Mardhiyyah et al., 2013; Azizan, 2016).

🞂 Kesukarelawanan muncul dalam setiap masyarakat dalam bentuk


yang berbeza bergantung kepada sejarah, ideologi, politik,
sosioekonomi dan budaya sesebuah negara (UNV, 2011).

🞂 Tragedi kemanusiaan yang berlaku seperti peperangan, konflik


politik, kemelesetan ekonomi serta bencana alam mendorong
kepada tindak balas individu dan masyarakat untuk terlibat dalam
kesukarelawanan (Mardhiyyah et al., 2013).
Samb…
• Misalnya, ajaran Plato tentang etika kurang lebih
mengatakan bahawa manusia dalam hidupnya
mempunyai tujuan hidup yang baik, dan hidup yang
baik ini dapat dicapai dalam masyarakat. Ia tetap
memihak pada cita-cita Yunani Kuno iaitu hidup
sebagai manusia yang mampun mendatangkan
kebaikan dalam masyarakat, ia menolak bahwa
negara hanya berdasarkan nomos/adat kebiasaan
saja dan bukan physis/kudrat. Plato tidak pernah
ragu dalam keyakinannya bahawa manusia menurut
kudratnya merupakan makhluk sosial, dengan
demikian manusia perlu hidup dalam masyarakat
atau Negara.
• Falsafah ini dapat memberi kefahaman dalam hidup
bermasyarakat ini, sukarelawan adalah penting iaitu
sentiasa melakukan kebaikan tanpa mengharapkan
balasan.
KESUKARELAWANAN DARI
PERSPEKTIF AGAMA
🞂 Individu yang aktif melibatkan diri dalam organisasi keagamaan
serta mempunyai pegangan agama yang kuat dikatakan mempunyai
nilai diri yang positif, sentiasa memberi keutamaan untuk
membantu orang lain serta mudah berasa belas kasihan terhadap
kesusahan orang lain (Rokach et al., 2009).

🞂 Rokach et al., (2009) mendapati bahawa kebanyakkan daripada


individu yang menjadi sukarelawan pada usia muda mempunyai
ibu atau bapa yang terlibat secara aktif dalam kerja-kerja amal serta
mempunyai pegangan agama yang kuat.
Dari sudut pandangan Agama
Islam:
i. Islam sangat mengambil berat dalam urusan bantu
membantu dan tolong menolong dalam membuat
kebajikan.
ii. Setiap amal sosial yang mempunyai manfaat adalah
termasuk di dalam kategori ibadah yang utama.
iii.Niat untuk melakukan kebaikan dan bukan untuk
mendapatkan pujian atau pujaan
Agama Kristian
🞂 Berpandukan kepada ajaran agama Kristian didapati
bahawa adalah menjadi tanggungjawab setiap individu
untuk berbakti kepada manusia lain (Christian
Stewardship) serta menunjukkan keprihatinan terhadap
alam sekitar (Eco-Justice) kerana bumi ini merupakan
sebahagian daripada ciptaan Tuhan (Parris & Peachey,
2012).

🞂 Einolf dan Chambre (2011) menyatakan bahawa


kewujudan gereja di kawasan perumahan
meningkatkan lagi peluang ahli komuniti untuk terlibat
dengan kerja-kerja amal.
Agama Buddha

i. Dalam tradisi Buddhisme, Buddha telah memberikan doktrin serta


nasihat tentang empat perkara asas. Satu daripada asasnya adalah Syaga
iaitu mengamalkan kebajikan serta kemurahan tanpa penumpuan dan
kegilaan kepada kekayaan material semata-mata.

ii. Dalam buku The Diamond Sutra dinyatakan bahawa wang dan harta
benda akan habis pada suatu tahap dalam kehidupan sebaliknya
perlakuan baik, perkongsian kemahiran dan pengetahuan dengan orang
lain akan membawa kebaikan kepada “soul” (jiwa) (Einolf & Chambre,
2011).
Agama Hindu
🞂 Konsep “the law of karma never fails” yang
ditegaskan dalam ajaran Hinduisme menjelaskan
bahawa setiap perlakuan manusia sama ada baik
atau buruk akan dibalas semula dengan kebaikan
atau sebaliknya (Radhakrishnan, 2012)
KERJA SUKARELA PERINGKAT
LOKAL DAN GLOBAL
• Kegiatan sukarela dalam kalangan
masyarakat Malaysia telah lama berakar umbi
• Istilah gotong royong – dimana masyarakat
berganding bahu menjalankan aktiviti untuk
kebaikan bersama.
• Hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat
penyayang dan budaya menyayangi
menjelang 2020.
• Usaha ini memerlukan kerjasama semua
pihak.
🞂 penglibatan dalam kesukarelawanan bukan lagi bersifat lokaliti dan
setempat, tetapi bersifat global yang merentasi sempadan negara,
budaya, agama dan masyarakat.

🞂 Kesukarelawanan merupakan satu isu global yang semakin


mendapat perhatian kerana kepentingannya kepada individu,
masyarakat dan negara (Simha et al., 2011). Sumbangan
kesukarelawanan kepada individu dapat dilihat menerusi aspek
pembangunan personal, sosial, kemahiran, kerjaya dan akademik.
🞂 Bagi masyarakat pula, penglibatan dalam kesukarelawanan
dapat memperkuat dan memperkasakan komuniti,
meningkatkan integrasi sosial, membina kepercayaan dan
ikatan sosial yang kuat, meningkatkan tahap kesihatan dan
kesejahteraan masyarakat, mewujudkan ahli masyarakat yang
aktif dan positif, membentuk modal sosial yang berkualiti,
mengurangkan gejala sosial dan jenayah serta menggalakkan
program pemasukan sosial (sosial inclusion) untuk golongan
marginal (Sarimah et al., 2015; Llenares & Deocaris, 2015).
Samb…
🞂 Zaman dunia global, kesukarelawan perlu
memainkan peranan yang lebih besar
🞂 Cabaran ekonomi global lebih kompetitif
🞂 Setiap individu perlu memainkan peranan
yang lebih optimal tanpa mengharapkan
bantuan kerajaan dan pihak swasta untuk
membangunkan masyarakat
Samb…
⮚ Sektor sukarela perlu memainkan peranan yang
lebih menonjol dalam memberikan
perkhidmatan kepada masyarakat sebagai
sokongan perkhidmatan awam dan swasta
yang tidak mungkin dapat memikul
tanggungjawab yang akan bertambah
mencabar dalam masyarakat.
⮚ Oleh sebab itu, kini banyak NGO, Persatuan,
golongan artis serta individu yang
berkemampuan sedia menyediakan khidmat
sukarela.

Anda mungkin juga menyukai