TAJUK :
REFLEKSI
Semasa pengajaran makro saya mendapati objektif yang telah ditetapkan tealah
dicapai. Hal ini kerana , pelajar-pelajar pada akhir sesi pengajaran telah menjawab
semua soalan dengan cemerlang dan juga telah memberi respons yang memuaskan.
Murid -murid juga telah melibatkan diri dengan produktif dan aktif dalam kelas. Hal
ini disebabkan oleh pelajar telah memberi respons dengan baik dalam kelas dan telah
menjawab semua soalan yang diajukan oleh saya. Jika saya mempunyai peluang
untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, saya akan
mengajar mereka dengan terbuka.
Kelemahan yang dapat saya kenalpasti semasa pengajaran makro ini ialah
saya tidak pandai untuk mengaitkan set induksi saya dengan pengajaran yang akan
dijalankan. Slide yang saya gunakan sebagai bahan bantu mengajar tersebut saya rasa
kurang sesuai kerana tulisan yang terdapat pada slide sukar untuk dibaca. Selain itu,
saya juga tidak mencadangkan aktiviti susulan kepada murid untuk menarik perhatian
dan kesediaan mereka untuk menerima isi pelajaran. Kelemahan yang saya dapat
kesan pada langkah pertama ialah saya hanya menjalankan pengajaran secara terus
atau "direct teaching learning dan menyebabkan kurangnya komunikasi dengan
pelajar.
Komunikasi yang baik akan membuatkan pelajar lebih faham dan memberi
tumpuan di dalam kelas. Keadah pengajaran secara terus ini menyebabkan
pelajar-pelajar saya tidak memberi tumpuan di dalam kelas. Pada pengamatan dalam
video makro yang dirakam, saya dapati pelajar agak bosan semasa proses pengajaran
yang dijalankan. Selain itu, saya juga gagal mengawal kelas dengan baik kerana
terdapat beberapa orang pelajar tidak memberi tumpuan. Kelemahan saya ialah saya
tidak menegur pelajar-pelajar yang tidak memberi tumpuan semasa saya memberi
penerangan dihadapan kelas.
Kelemahan lain yang saya dapat kesan ialah kemungkinan bahan bantu
mengajar saya iaitu slide powerpoint yang biasa dan tidak menarik menyebabkan
pelajar kurang berminat untuk mendengar isi pelajaran yang disampaikan. Sepatutnya
slaid atau aktiviti yang menarik boleh dilakukan untuk menggalakkan pelajar-pelajar
mengambil bahagian di dalam kelas. Kekurangan idea untuk membuat aktiviti yang
melibatkan pelajar merupakan salah satu kelemahan yang ada pada saya.Seterusnya,
pada sesi meminta pelajar untuk membuat lemabaran kerja sebagai uji minda juga
telah membuatkan pelajar bosan saya sepatutnya menggunakan kaedah latihan yang
lain. Selain itu, saya tidak pandai untuk menguruskan masa dan masa tidak cukup
untuk membuat latihan pengukuhan. Pada sesi menjawab soalan pengukuhan,
kelemahan saya menggunakan mspowerpoint untuk membuat persembahan makro
dalam menjawab soalan, menyebabkan jawapan terus dipaparkan.
Penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa akan datang ialah, saya
akan cuba untuk mencari set induksi yang bersesuaian dengan pembelajaran yang
akan dijalankan supaya pelajar lebih bersedia dari segi fizikal dan mental: Seterusnya,
saya akan cuba mencari aktiviti yang sesuai agar komunikasi antara pelajar dengan
guru dan pelajar dengan pelajar itu berlaku supaya pemahaman pembelajaran dapat
difahami pada tahap yang maksimum. Selain itu saya akan cuba membaiki cara
penyampaian supaya dapat pelajar lebih fokus dan tidak pula berasa bosan dengan
penyampaian yang disampaikan. Kemungkinan isi pelajaran juga boleh diselilingkan
dengan unsur jenaka atau unsur kecindan agar pelajar tidak terlalu tertekan menerima
isi pelajaran.