Anda di halaman 1dari 2

CSP2071 OLAHRAGA

BORAK SANTAI 1
“ MENGAPAKAH ANDA MEMILIH KURSUS INI”

NAMA : ADELYEN JUSTIN

NAMA PENSYARAH : ENCIK SHAHRUL AKBAR


BIN ZAKARIA

TARIKH PENGHANTARAN : 03/04/2022 ( AHAD)


TAJUK : Borak Santai 1 : Mengapakah anda memilih kursus ini .

Kesihatan tubuh kita dipengaruhi oleh seberapa kerap kita melakukan aktiviti senaman .
Senaman dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu bagi memastikan kesihatan tubuh
terjamin . Seorang atlet yang sentiasa melakukan senaman dan latihan mempunyai daya tahan
kardiovaskular yang lebih tinggi berbanding mereka yang jarang melakukan aktiviti fizikal .
Oleh yang demikian , berolahraga dapat membantu kita untuk memiliki kesihatan tubuh
badan yang lebih baik .
Saya memilih kursus ini untuk menambah lebih banyak ilmu mengenai sukan olahraga.
Selain daripada itu , saya juga memilih kursus ini agar saya dapat mengenalpasti jenis-jenis
kecederaan yang dialami oleh kebanyakan atlet . Hal ini saya katakan demikian agar saya
dapat mengelak kecederaan fizikal apabila berolahraga di masa akan datang . Kecederaan
pada atlet selalunya terjadi apabila atlet kekurangan Latihan mahupun terlebih Latihan .
Apabila terlebih Latihan , otot badan akan menjadi penat kerana kurang rehat . Hal ini boleh
menyebabkan kecederaan pada otot secara dalaman .
Akhir sekali , saya juga memilih kursus ini kerana saya merupakan seorang atlet sejak
bangku sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah .

Anda mungkin juga menyukai