Anda di halaman 1dari 2

Sinopsis :

Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik anak-
anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam
iaitu cemerlang di dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak-
anak mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada berkata “Mendidik
anak-anak bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini menunjukkan faktor
keturunan amat penting dalam menentukan sifat generasi akan datang.
       Justeru, siapa yang harus memulakan kecemerlangan generasi akan datang. Apakah datuk,
nenek, ibu, bapa atau masyarakat?
       Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-anak
positif. Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif, psikomotor, dan
kerohanian yang dinamakan “latih anak kemahiran diri” dan aspek kedua pula merupakan
aplikasi sosiologi yang dinamakan” latih anak kemahiran bermasyarakat”.
       Menerusi “latih anak kemahiran diri” ianya harus dimulai dengan penghayatan keagamaan
seperti bersyahadah, solat, membaca al Quran, berzikir, dan amalan-amalan yang lainnya. Anak-
anak perlu ditunjangi dengan aspek kerohanian  jika ingin dilihat positif. Di samping itu, anak-
anak perlu dilengkapkan dengan kemahiran ICT, kemahiran seni & budaya, kemahiran fotografi,
aktiviti lasak, kemahiran berfikir, kemahiran dalam pasukan, public speaking, dan mencintai
haiwan dan alam sekitar.
     Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti-
aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong, mengikuti kem dan seminar, membantu
masyarakat dan rakan sebaya, semangat berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi,
kerja sosial & sukarela, membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti besama-sama keluarga dan
menanamkan minat komitmen sosial yang baik.
       Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al
Quran dan al Hadis yang menjadi dalil untuk mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat juga
doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat diperkenankan oleh
Allah SWT agar cita-cita menjadikan anak-anak positif berjaya.
8.
9.

1
0

Anda mungkin juga menyukai