Anda di halaman 1dari 5

Bismillah…….

Yang Berusaha ..............


Guru Besar en ab Halid bin zakaria

Yang Berbahagia En. Shahdan bin Baharudin


Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan sg buloh
Yang Berusaha Barisan Guru-guru Penolong Kanan
Sekolah Kebangsaan sg buloh
Yang di kasihi pengerusi kelab guru serta AJK kGK Sk Sg buloh yang di rahmati..
Guru-guru dan semua yang hadiri secala alam maya ini yang diraikan serta rakan-
rakan yang dikasihi sekalian.

Assalammualaikum……dan salam sejahtera, salam ceria,...di pagi yang mulia.


         
Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SK Sg
Buloh

          Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan
keizinan Nya dapat sama-sama kita berkumpul di dataran yang mulia ini untuk
meraikan Sambutan Hari Guru bagi Tahun 2020 dengan tema : berguru demi
ilmu, bina generasi baru, sebelum mulakan sama-sama kita menonton sedikit
bingkisan video dari Menteri kanan Pendidikan Malaysia.. (Klip video)

Awal Bismillah pembuka bicara 


Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan datang jua, 
Doa tulus pinta dilafazkan. 

 Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan
dilafazkan oleh Ustaz Rosli bin Abd Razak  Dijemput dengan hormatnya….

                                       (bacaan doa)
     Amin Ya Rabbal Alamin. 
 Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu tadi. Semoga
yang baik kita mulai, yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.
______________________________________________________________
Hadirin yang dihormati sekalian,
Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menonton sedikit video yang telah
di sediakan oleh cikgu norhayati bin ismail sebagai kenang kenangan kita.
Klip video dimainkan- hari guru 2020

Hadirin yang disayangi sekalian,

Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan Lagu Negaraku,


Sidang alam maya dipersilakan berdiri.

(rakaman nyanyian) negaraku

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.  

Sidang alam maya dipersilakan duduk.

Hadirian yang dihormati sekalian,

Sidang hadirin sekalian,

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Wakil Pelajar, untuk itu
dipersilakan adik Rabiatul adawiah bt. Meor ahmad efendy selaku wakil murid
untuk menyampaikan rakaman ucapannya. Dipersilakan...
                                                (ucapan) rakaman video adda

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Sidang alam sekalian,

Seterusnya  majlis mempersilakan Tuan Shahdan b. Baharudin, Yang Di Pertua


PIBG Sekolahkebangsaan sg buloh untuk menyampaikan ucapan beliau.
Dipersilakan...
                                                (ucapan)
Hadirin sekalian,

Seterusnya dipersilakan En. Mohd Azhar bin Muhamad pengerusi Kelab Guru dan
Kakitangan SK Sg buloh untuk tampil menyampaikan ucapan beliau. Majlis
mempersilakan dengan segala hormatnya....
                                                (ucapan)
Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

Sebagai acara penerus bicara, majlis mempersilakan tuan guru besar sk sg buloh
En. Abdul Halid bin zakaria untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis
mempersilakan dengan segala hormatnya.
                                                (ucapan)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan tuan guru besar
sebentar itu tadi.

Sidang dataran yang dimuliakan,

                          Paluan gendang pembuka majlis,


                               Moden tradisional bersatu senada;
                          Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,
                               Barisan guru tersenyum bangga.

          Untuk itu, dijemput semua guru sk sg buloh untuk sama2 berdiri tampil
bersama bagi acara melafazkan ikrar diketuai oleh En Amir nur Afiq.
Dipersilakan....
                            
                           
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sidang alam maya sekalian,

Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan nyanyian oleh barisan guru-guru kita yang akan di ketuai oleh sang
juara karaoke jamuan akhir tahun en mazri zani b. Abd hamid iaitu lagu keramat
kita, Kami guru Malaysia
Nyanyian lagu
  Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan itu tadi.
 

      
Sidang alam maya yang dimuliakan,

Andai berkayuh dah sampai ke seberang


Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini
Majlis yang di tunggu tunggu oleh semua yang sama-sama menyaksikan secara live streaming ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Inilah yang kita nanti nantikan oleh semua yang sama-sama menyaksikan secara live streaming ini
iaitu persembahan daripada artis2 jemputan Sk Sg buloh kita.

Dipersilakan artis jemputan kita cikgu Sean,


Terima kasih di ucapkan kepada cikgu sean yang telah menggunakan alat muzik
sebagai hiburan telingan kita.

Hadirin alam maya sekalian..


Seterusnya dipersilakan semua guru penolong kanan untuk memberi ucapan
ringkas.. di mulakan dengan Guru penolong kanan pentadbiran, puan nurul
asyikin, dengan ini majlis mempersilakan..... terima kasih
seterusnya PK Hal ehwal murid, dengan ini majlis mempersilakan
Guru penolong kanan Kokurikulum.. dengan ini majlis mempersilakan
selamat pengantin baru.. penolong kanan petang Pn hazama. dengan ini
majlis mempersilakan
. dan akhir sekali penolong kanan PPKI ustza zaidi dengan ini majlis
mempersilakan

Sidang alam maya sekalian,


Majlis seterusnya mempersilakan cikgu _______________________untuk
mempersembahkan persembahan istimewa beliau.. puisi yang
bertajuk___________________________

Sidang alam maya sekalian,


Majlis seterusnya mempersilakan saudara cikgu saifudin untuk mempersembahkan
persembahan istimewa beliau khas dari terengganu ke satu malaysia

sebagai penutup bicara,

Sisir pelepah meraut lidi,


Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Dagang singgah membeli kajang,


Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna  itu datangnya daripada


Allah SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan segala kekurangan dan
kepincangan majlis ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan kemaafan jua
yang kami pinta.

Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh


dan terima kasih.”SELAMAT HARI GURU”

E-melkan IniBlogThis!

Anda mungkin juga menyukai