Anda di halaman 1dari 2

MODUL KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

Domain : Pembudayaan Adab

Tajuk : Kad Hemah KPJ

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :


1. Menghasilkan kad pesanan /mesej ringkas KPJ
2. Menyebarkan kebaikan melalui kad.
Moto KPJ : Mencegah Lebih Baik

Masa : 1 jam
Sasaran : Ahli KPJ Sekolah
Bahan : Kertas A4 (120gsm)
Alat Tulis
Pensel Warna
Marker Pen Berwarna

Langkah- : 1. Murid dibahagika kepada beberapa kumpulan.


langkah 2. Setiap kumpulan diminta berbincang dan menghasilkan kata-
kata motivasi mengajak kebaikan dan menghindari
keburukan/jenayah/gejala sosial.
3. Bagi menghasilkan kad tersebut, kertas A4 perlu dilipat
kepada 4 lipatan menghasilkan 8 bahagian.
4. Guru memberi idea untuk menulis kata-kata motivasi yang
bersesuaian untuk dijadikan pesanan kepada rakan-rakan.
Contoh:
“Jangan biarkan diri anda dibuli dan membuli”
“Jauhi vandalisme perosak harta benda” “Jauhi
jenayah, hidup bahagia”
“Jauhi rokok dan vape, hidup sihat dan selamat” “Katakan
tidak pada dadah!”
5. Banyak lagi ucapan/kata-kata perangsang/motivasi yang boleh
dihasilkan berpandukan Moto KPJ iaitu Mencegah Lebih
Baik.
6. Hias kad supaya kelihatan menarik dan kemas.
7. Hasilkan kad sebanyak mungkin untuk disebarkan kepada
rakan-rakan. Boleh dijadikan bahan untuk Kempen KPJ.

Murid dapat menyatakan / membaca nilai-nilai positif dan dapat


Penilaian : membezakan tingkahlaku yang baik atau sebaliknya.

Kepentingan menyebarkan kebaikan untuk mewujudkan


Rumusan : persekitaran yang selamat.

Falsafah : Setiap murid perlu diberi peneguhan positif dalam proses


perkembangan mental dan membina identiti diri yang ideal.

Anda mungkin juga menyukai