Anda di halaman 1dari 2

MODUL KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

Domain : Pembudayaan Adab

Tajuk : Surat Cinta Untukmu

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :


1. Menghargai diri kawan dengan kata-kata pujian
2. Menyayangi diri sendiri dan kawan-kawan.
Moto KPJ : Mencegah Lebih Baik

Masa : 1 Jam
Sasaran : Ahli KPJ Sekolah
Bahan : Kertas A4
Alat Tulis

Langkah- : 1. Guru mengedarkan kertas A4 kepada semua ahli.


langkah 2. Murid diberi pasangan (sama jantina). Jika tiada, tidak
mengapa.
3. Murid dikehendaki menulis surat kepada pasangan masing-
masing dengan menggunakan kata-kata yang sopan dan dan
berbentuk pujian /penghargaan.
4. Di dalam surat tersebut perlu dinyatakan pesanan untuk
menjaga keselamatan diri, menjaga adab sopan terhadap ibu
bapa, guru dan rakan-rakan.
5. Nyatakan juga harapan sebagai seorang rakan yang bersungguh-
sungguh mahu melihat rakannya berjaya, pandai memilih kawan,
tidak terjebak dengan gejala negatif dan berjaya mencapai cita-
cita pada masa akan datang serta berupaya menjadi insan yang
bermanfaat kepada orang lain.
6. Pesanan haruslah menggunakan perkataan yang baik,
menjaga hati rakan lain dan jelas ingin membantu rakan anda.
7. Surat perlu diserahkan kepada penerima mengikut
ketetapan masa yang diberikan oleh guru.
8. Guru memilih secara rawak dan meminta surat dibaca
dihadapan semua.
9. Berikan ucapan terima kasih kepada penulis surat sebagai tanda
penghargaan.

Penilaian : Murid dapat menyatakan / membaca nilai-nilai positif dalam surat


yang ditulis/diterima.

Rumusan : Kepentingan menyatakan kata-kata positif untuk memupuk nilai


murni dalam diri sendiri dan orang lain.
Falsafah : Setiap murid perlu diberi peneguhan positif dalam proses
perkembangan mental dan membina identiti diri yang ideal.

Anda mungkin juga menyukai