Anda di halaman 1dari 2

SK OBAH, BELURAN NAMA : HAZMAN ARIF BIN HASSAN TAHUN : 5 KISAH MARYAM PUTERI IMRAN

YA ALLAH, YA TUHANKU.! SESUNGGUHNYA AKU TELAH MELAHIRKAN SEORANG BAYI PEREMPUAN,

YANG SUDAH TENTU TIDAK SAMA DENGAN BAYI LELAKI, DAN AKU TELAH MEMBERINYA NAMA DENGAN
Di Baitulmuqaddis, hidup sepasang suami isteri, iaitu Imran dengan isterinya, dalam keadaan berduka sepanjang masa, kerana mereka tidak dikurniakan cahaya mata , yang dapat menghibu rkan mereka. Walaubagaimanapun, isteri Imran, sentiasa berdoa kepada ALLAH TAALA, siang dan malam, agar mereka dikurniakan cahaya mata. Tidak lama kemudian, harapan isteri Imran , yang mukminah itu menjadi kenyataan, maka dia telah hamil dengan izin ALLAH TAALA. Kehidupan mereka yang dahulunya berduka. Akhirnya, telah menemui kegembiraan dan kebahagiaan. Isteri Imran sangat sangat berterima kasih kepada ALLAH atas kurniaan tersebut. Hari demi hari berlalu, maka isteri Imran telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Tetapi beliau merasa sangat keliru, kerana tidak tahu, bagaimana hendak membayar nazarnya kepada ALLAH. Hatinya berkata apakah mungkin , anaknya itu dapat berkhidmat perempuan. di HAIKAL? Sedangkan dia adalah seorang Akhirnya, pada suatu hari, satu pertandingan telah diadakan, untuk memilih orang yang berhak menjaga Maryam . Maka setiap orang di Haikal itu mestilah mengukir nama masing -masing di sebatang ranting kayu, kemudian mencampakkannya ke dalam sungai. Barangsiapa yang kayunya telah berputar -putar di atas air dengan melawan arus, maka dialah yang dipil ih oleh ALLAH TAALA untuk menjaga Maryam. Dengan kuasa ALLAH TA ALA, Nabi Zakaria telah dipilih untuk menjaga Maryam. Maka dengan itu, baginda ingin membina sebuah bilik yang khas agar Maryam jauh dari pandangan manusia dan tidak diganggu oleh orang-orang jahat. Nabi Zakaria juga telah mengajar Maryam dengan ilmu pengetahuan , serta pengabdian diri kepada ALLAH. Hal ini kerana, Maryam merupakan anak yatim, dan diserahkan kepada para hakim dan para rahib di Baitulmuqaddis sebaik sahaja dilahirkan. Pada suatu hari, Nabi Zakaria telah masuk ke mihrab Maryam, baginda telah menemui makanan yang terhidang di sisi Maryam,

MARYAM! Surah ali Imran, ayat 36.

Lalu dengan perasaan malu,

wanita itu telah

bermunajat kepada ALLAH, agar diberi petunjuk.

PERTANDINGAN BERCERITA (MAJLIS TADARUS AL-QURAN 2011)

SK OBAH, BELURAN
lalu baginda pun bertanya kepada Maryam d engan ucapan lemah lembut, Bagaimanakah cara engkau mendapat semua makanan ini? Dan dari manakah datangnya semua makanan ini, wahai Maryam yang suci..? Semua ini adalah datang dari sisi ALLAH TAALA! ALLAH Maha Pemberi Rezeki kepada sesiapa yang dikeh endakiNYA..! jawab Maryam tanpa ragu-ragu. Maka ketika itu, tahu lah Nabi Zakaria betapa tulusnya iman Maryam dan ketaqwaannya terhadap ALLAH TAALA. Maryam membesar di bawah jagaan Nabi Zakaria sehingga beliau menjadi seorang pute ri yang cukup dewasa. Beliau beribadat sepanjang hari dan hanya makan dari rezeki yang diturunkan oleh ALLAH TAALA setiap hari. Pengabdian Maryam, kepada ALLAH, telah menjadi sebutan sehingga kini. PENGAJARAN DARIPADA CERITA INI. 1. Kita hendaklah sentiasa redha dan tawakal kepada AL LAH TAALA 2. Kita hendaklah taat dan patuh kepada perintah ALLAH TAALA walau di mana kita berada. 3. Orang yang beriman sentiasa disayangi oleh ALLAH. Wabillahitaufiq wal hidayah.assalamualaikum warah matullah hi wa bara katuh. Sekian terima kasih..

PERTANDINGAN BERCERITA (MAJLIS TADARUS AL-QURAN 2011)