Anda di halaman 1dari 3

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN

Allahuma Ya Allah..

Kami menadah tangan merafa'kan kesyukuran kepada-Mu


diatas segala limpahan nikmat dan rahmat serta
diberikan keizinan pada hari yang berbahagia ini
dapatlah kami menghadirkan diri bersempena Majlis
Perhimpunan Bulanan Oktober 2021 dan Penutupan
Dekad Bahasa Kebangsaan 2021, Peringkat IPGKTHO
dengan kerjasama Dewan Bahasa Dan Pustaka Wilayah
Selatan pada kali ini.

Allahuma Ya Allah..

Kami memohon kepada-Mu Ya Allah, jadikanlah kami


sebagai warga kerja IPGK Tun Hussein Onn yang
berintegriti, cekap, berdedikasi dan berwibawa serta
berwawasan tinggi dalam menyempurnakan amanah dan
tanggungjawab dengan penuh kejujuran, keikhlasan,
ketelusan dan kebijaksanaan bagi mendaulatkan kesucian
agama, memelihara maruah bangsa dan Negara
seterusnya membawa kemajuan dan kejayaan kepada
institusi yang kami kasihi ini.
Allahuma Ya Allah..

Ya Allah, hiasilah sanubari kami dengan sifat-sifat


mahmudah yang mulia lagi terpuji, jauhilah kami dari
sifat-sifat mazmumah yang hina lagi dikeji,
tanamkanlah ke dalam diri kami sifat rajin bekerja dalam
suasana semangat bekerjasama dan persaudaraan yang
sejati, ke arah mencapai kecemerlangan dan
keredhaanmu Ya Ilahi. Terimalah segala hasil usaha dan
khidmat bakti kami ini sebagai satu ibadah seperti mana
yang engkau kehendaki.

Allahumma Ya Rahman..Ya Rahim..Ya Zaljala liwal


ikram..

Ya Allah, kami juga memohon jadikanlah diri, keluarga,


dan negara kami ini sentiasa di dalam keadaan aman dan
damai, makmur dan bahagia, sentiasa dianugerahi
kebaikan dan kebajikan, pemeliharaan dan penjagaan,
perlindungan dan pengawasan, doa yang dimakbulkan
dan dosa yang diampunkan serta dijauhkan daripada
segala kekacauan dan huru hara, musibah dan penyakit.
Semoga kami dapat hidup tenteram dan bahagia di dunia
dan akhirat..

Ya Allah, Engkau jadikanlah pertemuan ini pertemuan


yang dirahmati, dan perpisahan kami selepas ini,
perpisahan yang diberkati dan dilindungi..

Anda mungkin juga menyukai