Anda di halaman 1dari 2

Tajuk Esei : #Undi18: Memperkasa Kesedaran Hak Mengundi Belia Sabah

Nama: Muhammad Zamri bin Maddimunri

No. Rujukan: 40A6BA

DUN Pilihan: N70 Kukusan

Tahun 2019 memperlihatkan satu senario baharu di Malaysia apabila pindaan


terhadap Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 berjaya
memperolehi sokongan 211 daripada 222 ahli Parlimen (lebih daripada dua
pertiga ahli Dewan Rakyat). Hal ini sekali gus membolehkan Undi18
diimplimentasikan apabila pindaan tersebut akan menurunkan umur mengundi
dari 21 tahun ke 18 tahun. Namun demikian, dari sudut idea, perkara tersebut
sememangnya adalah perkara yang baik. Tetapi, secara realistik, berbagai-
bagai cabaran akan dihadapi khususnya dalam memberi kesedaran kepada
belia untuk mengundi dalam pilihan raya. Dalam kajian kes Sabah,
sememangnya perlu ada pemerkasaan dalam hak mengundi belia di sana.
Hal ini demikian kerana, daripada 5.7 juta pemilih baharu berumur 18 tahun
dari seluruh negara, sebanyak 485,939 orang adalah warga Sabah (Daftar
Pemilih Tambahan, 2022).

Oleh itu, esei ini akan membahaskan tentang isu dan mekanisme yang
boleh diambil bagi memperkasa kesedaran hak mengundi belia di Sabah.
Isunya adalah, negeri Sabah memerlukan pengundi muda yang mempunyai
pandangan dan idea-idea yang segar. Sekiranya golongan belia tidak
mengundi dan memilih, ianya akan merugikan negeri Sabah. Hal ini demikian
kerana, melalui implimentasi Undi18 sebenarnya, ianya bukan sahaja sebagai
simbol negara demokrasi tetapi ianya juga adalah sebagai platform kepada
golongan belia untuk terlibat aktif dalam membuat keputusan berkenaan masa
depan negara. Wakil-wakil rakyat juga akan lebih mendekati golongan muda
yang lebih dominan dalam penggunaan media sosial kini. Hal ini sekali gus
akan memberi ruang kepada orang muda bukan sahaja sebagai pengundi
tetapi juga sebagai calon di masa depan. Di Sabah, tidak mustahil untuk
perkara tersebut berlaku. Pada PRN Sabah 2020 yang lalu, beberapa parti
politik di Sabah telah pun mempertaruhkan ramai muka-muka baharu dengan
calon yang paling muda berusia 23 tahun (Awani, 2020).

Belia di Sabah juga perlu sedar akan hakikat bahawa untuk suara
mereka didengari, tidak semestinya melalui demonstrasi, media sosial dan
lain-lain lagi. Tetapi, suara belia juga akan dapat diterjemahkan melalui undi
yang diberikan kepada calon-calon yang bertanding. Hanya dengan itu, parti-
parti politik akan lebih berani untuk merejuvenasi parti mereka supaya
golongan belia memilih mereka sebagai wakil di sesuatu kawasan. Perkara ini
akan menguntungkan negeri Sabah yang akan mendapat pemimpin muda
yang mempunyai idea-idea baharu dan segar.

Kesimpulannya, cabaran memupuk kesedaran hak mengundi ini


sangat sukar khususnya dalam kalangan belia. Hal ini kerana, sesetengah
belia pada hari ini kurang berminat untuk berpartisipasi dalam politik. Oleh itu,
program-program yang dijalankan di Sabah khususnya melalui Inkubator
Kepimpinan Belia Sabah (IKEBS) merupakan platform yang terbaik untuk
memberi pendidikan politik kepada belia. Program-program dalam IKEBS
perlu diteruskan pada masa mendatang agar pendidikan organisasi akan
terus subur dan matang. Selain itu, Belia Sabah perlu didedahkan dengan
hala tuju Sabah Maju Jaya agar lebih terinspirasi untuk bersama-sama
dengan kerajaan Negeri bagi memajukan Sabah dalam segenap bidang.
Semua itu hanya akan dapat dicapai melalui kesedaran yang tinggi dalam diri
Belia Sabah bahawa pentingnya mengundi untuk memilih kerajaan yang stabil
dan makmur.

Anda mungkin juga menyukai