Anda di halaman 1dari 22

FAKTOR TEKANAN KERJA DALAM KALANGAN KAKITANGAN JABATAN

KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SANDAKAN

1.0 PENDAHULUAN
Rohany dan Fatimah (2006) menyatakan bahawa tekanan merupakan fenomena
yang penting dan seringkali dikaitkan dengan prestasi kerja individu, tahap kesihatan dan
produktiviti pekerja. Tekanan boleh menjejaskan produktiviti serta kualiti pekerja jika
tidak ditangani dengan baik dan berkesan. Oleh itu, tekanan kerja boleh memberi kesan
yang negatif terhadap kesihatan pekerja seterusnya kesejahteraan individu itu sendiri.
Dalam kehidupan seharian, manusia berhadapan dengan tekanan-tekanan yang
kadangkala mencabar fungsi hidup mereka. Walau bagaimanapun, tekanan bukan sahaja
memberikan impak yang negatif dalam kehidupan tetapi juga merupakan sumber
penggerak kepada tingkah laku yang lebih aktif dan proaktif.

2.0 PERNYATAAN MASALAH KAJIAN


Dalam kalangan kakitangan KASTAM Cawangan Sandakan, terdapat beberapa
situasi yang memperlihatkan tekanan kerja yang dihadapi oleh kakitangan KASTAM.
Contohnya, layanan kepada pelanggan yang dilakukan tanpa kemesraan dan senyuman,
produktiviti kerja yang meningkat, penglibatan kakitangan dengan amalan meminta
rasuah, rungutan dan aduan daripada orang awam tentang kualiti perkhidmatan yang
ditunjukkan oleh kakitangan KASTAM dan beberapa situasi. Keadaan ini
memperlihatkan bahawa sikap dan tingkah laku kakitangan KASTAM dalam
melaksanakan tugas harian adalah kurang memuaskan. Keadaan ini dipengaruhi oleh
beberapa faktor yang dilihat menjadi antara faktor yang meningkatkan tekanan kerja
dalam kalangan kakitangan KASTAM. Antaranya adalah seperti mana yang berikut:-

1) Faktor Bebanan Kerja


Salah satu faktor yang dilihat mempengaruhi peningkatan tekanan kerja dalam
kalangan kakitangan KASTAM ialah bebanan kerja. Beban peranan ditafsirkan

1
sebagai keadaan kerja yang terlalu banyak perlu dilakukan dalam jumlah masa
yang tertentu (Jezlily, 2011). Contohnya seperti keperluan kakitangan KASTAM
untuk bertugas di luar waktu pejabat, terlibat dengan aktiviti serbuan dan
sebagainya.

2) Faktor Peranan Pengurusan


Peranan pengurusan juga dilihat sebagai antara faktor yang mampu mempengaruhi
tekanan kerja dalam kalangan kakitangan KASTAM. Dalam organisasi KASTAM,
terdapat misi dan visi yang perlu dicapai yang mana perlu menjadi keutamaan
setiap kakitangan KASTAM. Namun begitu, peranan pemimpin dalam KASTAM
yang masih kurang memuaskan dilihat sebagai antara faktor yang telah
meningkatkan tekanan kerja dalam kalangan kakitangan KASTAM. Contohnya
seperti arahan kerja yang membebankan, pelaksanaan dasar dan polisi yang ketat
dan beberapa aspek lain.

3) Faktor Keselamatan dan Persekitaran


Faktor keselamatan dan persekitaran pekerjaan juga dilihat mampu meningkatkan
tekanan kerja dalam kalangan kakitangan KASTAM. Conthnya seperti persekitaran
kerja di mana kakitangan KASTAM yang berhadapan dengan ancaman
keselamatan daripada peniaga kerana melaksanakan tugas seperti ugutan,
ditengking dan sumpamanya. Keadaan ini menyebabkan kakitangan KASTAM
khususnya dalam kalangan kakitangan wanita berhadapan dengan ancaman
keselamatan semasa melaksanakan tugas.

4) Faktor Pencapaian Kerja dan Personaliti


Faktor pencapaian kerja dan personaliti juga menjadi antara faktor yang boleh
meningkatkan tekanan kerja dalam kalangan pekerja. Contohnya seperti sikap
malas pekerja, pengetahuan dan kemahiran yang tidak sesuai dengan pekerjaan
yang dilakukan, masalah kesihatan, penghargaan daripada majikan yang tidak
pernah diperolehi dan sebagainya. Kesemua perkara ini memperlihatkan aspek

2
personaliti dan pencapaian kerja pekerja yang rendah yang mana mampu
meningkatkan tekanan kerja dalam diri pekerja tersebut.

5) Faktor Hubungan Di Tempat Kerja


Faktor hubungan di tempat kerja juga turut menjadi antara faktor penting yang
dikaji dalam kajian ini. Contohnya seperti hubungan antara pegawai dengan
kakitangan KASTAM yang kurang memuaskan sehingga pegawai KASTAM
memberikan ugutan kerja kepada kakitangan KASTAM, sikap rakan sekerja yang
tidak memberikan kerjasama dalam meningkatkan integriti organisasi dan
sebagainya. Kesemua perkara ini memperlihatkan hubungan yang tidak baik antara
kakitangan KASTAM dalam organisasi.

Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa terdapat banyak faktor yang
dilihat mempengaruhi tekanan kerja dalam kalangan kakitangan KASTAM Cawangan
Sandakan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


Menerusi kajian ini, terdapat beberapa objektif kajian yang ingin dicapai.
Antaranya adalah seperti mana yang berikut:-
1) Mengenal pasti min faktor bebanan kerja terhadap peningkatan tekanan kerja
dalam kalangan kakitangan KASTAM Cawangan Sandakan?
2) Mengenal pasti min faktor pengurusan dan kepimpinan organisasi terhadap
peningkatan tekanan kerja dalam kalangan kakitangan KASTAM Cawangan
Sandakan?
3) Mengenal pasti min faktor keselamatan dan persekitaran pekerjaan terhadap
peningkatan tekanan kerja dalam kalangan kakitangan KASTAM Cawangan
Sandakan?
4) Mengenal pasti min faktor pencapaian kerja dan personaliti terhadap peningkatan
tekanan kerja dalam kalangan kakitangan KASTAM Cawangan Sandakan?

3
5) Mengenal pasti min faktor hubungan sosial dalam organaisasi terhadap
peningkatan tekanan kerja dalam kalangan kakitangan KASTAM Cawangan
Sandakan?

4.0 PERSOALAN KAJIAN


Dalam kajian ini juga, terdapat beberapa persoalan kajian yang turut diwujudkan
seperti mana yang berikut:-
1) Adakah faktor bebanan kerja mempengaruhi peningkatan tekanan kerja dalam
kalangan kakitangan KASTAM Cawangan Sandakan?
2) Adakah faktor pengurusan dan kepimpinan organisasi mempengaruhi peningkatan
tekanan kerja dalam kalangan kakitangan KASTAM Cawangan Sandakan?
3) Adakah faktor keselamatan dan persekitaran pekerjaan mempengaruhi peningkatan
tekanan kerja dalam kalangan kakitangan KASTAM Cawangan Sandakan?
4) Adakah faktor pencapaian kerja dan personaliti mempengaruhi peningkatan
tekanan kerja dalam kalangan kakitangan KASTAM Cawangan Sandakan?
5) Adakah faktor hubungan sosial dalam organaisasi mempengaruhi peningkatan
tekanan kerja dalam kalangan kakitangan KASTAM Cawangan Sandakan?

5.0 TINJAUAN LITERATUR


Tekanan kerja atau stress adalah suatu keadan di mana seorang pekerja
berhadapan dengan ketidak stabilan emosi yang disebabkan oleh pelbagai faktor
dalaman dan luaran. Rosman (2007) misalnya mengatakan bahawa faktor tempat kerja
dan pencapaian sebagai bukan sesuatu keadaan yang berkaitan dengan persekitaran
tempat kerja sahaja, tetapi lebih kepada apa yang wujud dipemikiran pekerja-pekerja
tersebut. Ia adalah berkaitan dengan apa yang dirasakan oleh pekerja tersebut dan
bagaimana tanggapan pekerja lain terhadap dirinya, tentang kepentingan dan nilai
kerjanya kepada dirinya dan juga kumpulan kerjanya. Dapatan Aris et. al. (2012) juga
selaras dengan kajian ini yang menunjukkan bahawa aspek hubungan dengan rakan
setugas mempengaruhi prestasi dan juga tekanan kerja dalam organisasi.

4
Dalam pada itu, Vijayan Kumar (2016) pula menyatakan bahawa tekanan kerja
berlaku apabila pekerja berhadapan dengan permintaan dan kehendak pekerjaan yang
tidak bersesuaian dengan kemahiran dan tahap pengetahuan serta mencabar mereka
untuk mengendalikan masalah tersebut. Sementara itu, Mat Ali et. al. (2008) pula
menyelidik mengenai tahap ‘stress’ kerja dan hubungannya dengan status individu dalam
masyarakat. Beliau mengkaji mengenai sejauh manakah kedudukan seseorang individu
dan tahap ‘stress’ yang di alami. Berdasarkan kepada kajiannya dikalangan penyelia-
penyelia kilang dalam sektor industri pembuatan di Bayan Lepas, Pulau Pinang, beliau
mendapati semakin tinggi kedudukan status seseorang, maka semakin kurang ‘stress’
kerja yang dialaminya. Ini adalah disebabkan individu yang memiliki status tinggi
kurang diberikan tugas berat yang boleh mendatangkan ‘stress’ kepadanya. Faktor
‘stress’ yang di kaji adalah kerjaya dan pencapaian. Kajian menunjukan terdapat
hubungan positif diantara ‘stress’ dan status individu.

Tekanan kerja terjadi apabila keperluan kerja tidak sepadan dengan kebolehan,
sumber, dan kehendak pekerja. Ia boleh memberi kesan ke atas psikologi dan fisiologi
manusia. Seseorang individu yang berasa tertekan dengan kerja yang dilakukan akan
menunjukkan kemurungan yang berpanjangan. Jika tekanan ini terus berulang dan tidak
diatasi dengan segera, ia boleh meninggalkan kesan yang buruk terutamanya dari aspek
keselamatan dan kesihatan. Apabila rasa tertekan, psikologi akan terganggu dan pekerja
gagal membuat keputusan dengan baik. Pekerja mudah berasa bimbang, takut dan cepat
marah. Ini boleh menjejaskan prestasi kerja mereka dan boleh menggugat produktiviti
organisasi.

Kajian oleh Nursyazlin Yatie dan Noraini Abdol (2017) mengenai pendekatan
pengurusan ‘stress’ yang diamalkan oleh para pekerja menunjukkan bahawa majoriti
responden memahami tentang ‘stress’ kerja dan pendekatan untuk menguruskannya.
Majoriti pekerja mengalami ‘stress’ kerja pada tahap normal. Kebanyakan responden
berpendapat bahawa faktor intrinsik kerja, perkembangan kerjaya dan hubungan
interpersonal (rakan setugas) merupakan penyumbang kepada ‘stress’ kerja. Pendekatan
pengurusan ‘stress’ yang digunakan oleh responden adalah melalui tiga faktor iaitu

5
menumpu kepada masalah, emosi dan penilaian. Hubungan rakan setugas yang baik akan
menjadi faktor pendorong menyumbang pekerja setia kepada organisasi dan
meningkatkan mutu produktiviti organisasi.

Fiona Chia (2003) pula dalam kajian mengenai ‘stress’ pekerjaan dan kesannya
ke atas kesihatan pekerja-pekerja pengeluaran di Syarikat Puspamara Sdn Bhd,
Cawangan Kota Bahru, Kelantan. Beliau mendapati bahawa persekitaran kerja adalah
bertanggungjawab sebagai punca utama yang menimbulkan ‘stress’ kerja di kalangan
pekerja pengeluaran berkenaan. ‘stress’ kerja juga timbul kerana faktor-faktor seperti
kurangnya peluang kenaikan pangkat, permintaan terhadap penugasan tambahan
daripada pegawai yang berpangkat dan ebanan kerja yang terlalu berat. Faktor ‘stress’
yang dikaji adalah pihak pengurusan. Kajian mendapati bahawa pekerja pengeluaran
yang menghadapi ‘stress’ pekerjaan yang tinggi akan mengalami lebih banyak masalah
kesihatan. Terdapat hubungan yang positif diantara ‘stress’ dan pihak pengurusan.

Oleh itu, tekanan kerja yang dihadapi oleh pekerja seperti kakitangan KASTAM
perlu diurus dan ditangani dengan berkesan. Ini adalah untuk memastikan agar tekanan
kerja yang dihadapi dapat mengelakkan kakitangan KASTAM daripada tidak produktif
dalam perkhidmatan dan melakukan suatu tindakan yang bertentangan dengan dasar
organisasi.

6.0 KERANGKA TEORI


Dalam kajian ini, berikut adalah kerangka teori yang ditunjukkan dalam rajah 1.
Berdasarkan kepada kerangka konseptual yang ditunjukkan dalam rajah 1, dapat dilihat
bahawa terdapat lima faktor utama yang mampu meningkatkan tekanan kerja dalam
kalangan kakitangan KASTAM. Antaranya ialah faktor bebanan kerja, faktor
pengurusan organisasi, faktor keselamatan dan persekitaran pekerjaan, faktor pencapaian
kerja dan personaliti serta faktor hubungan sosial dalam organisasi.

6
Faktor Tekanan Kerja

Faktor Bebanan Kerja

Faktor Pengurusan
Organisasi
Faktor Peningkatan
Tekanan Faktor Keselamatan Tekanan
Kerja dan Persekitaran Kerja

Faktor Pencapaian dan


Personaliti

Faktor Hubungan
Sosial

Rajah 1 : Kerangka Konseptual Kajian

7.0 METODOLOGI KAJIAN


Metodologi kajian ialah bagaimana tiap-tiap satu objektif penyelidikan itu
hendak dicapai. Metodologi kajian perlulah menyatakan jenis maklumat (data) yang
akan dikumpulkan, bagaimana data akan dikumpulkan, sama ada daripada sumber utama
atau sekunder, kawasan geografi yang hendak dikaji dan alasan mengapa lokasi itu
dipilih, bagaimana data yang dikumpul itu dianalisis supaya setiap satu maklumat
penyelidikan dapat dilaksanakan sepenuhnya dan jenis reka bentuk persampelan
(Thomas, 2013). Setiap kajian yang dilaksanakan menggunakan reka bentuk khusus
yang mana akan dapat membantu pengkaji mencapai objektif yang telah ditetapkan di
peringkat awal kajian.

7.1 REKA BENTUK KAJIAN


Sidek (2012) menyatakan bahawa reka bentuk kajian merujuk kepada bentuk
kajian yang akan dilaksanakan sama ada berdasarkan kepada reka bentuk kuantitatif

7
atau reka bentuk kualitatif. Pemilihan reka bentuk kajian dalam melaksanakan suatu
kajian adalah didasari oleh objektif yang ingin dicapai, hipotesis kajian yang dibentuk
dan jumlah sampel yang akan dilibatkan dalam melaksanakan suatu kajian.

Oleh itu, pelaksanaan kajian ini adalah berdasarkan kepada reka bentuk
kuantitatif yang mana akan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama
kajian. Abdul Razak (2007) menyatakan bahawa kajian yang dilaksanakan berdasarkan
kepada kaedah kuantitatif adalah suatu bentuk kajian yang dilaksanakan dalam skala
sampel kajian yang besar. Menerusi reka bentuk kuantitatif juga, terdapat beberapa
instrumen kajian yang boleh digunakan oleh pengkaji seperti borang soal selidik,
borang senarai semak dan sebagainya. Penggunaan instrumen seperti ini akan
membolehkan pengkaji mengumpul data dalam kuantiti yang banyak daripada
sejumlah sampel kajian yang besar.

Chua (2011) pula menyatakan bahawa reka bentuk kuantitatif adalah reka
bentuk kajian yang memudahkan pengkaji mengumpul data mentah kajian. Kaedah
menganalisis data mentah yang diperolehi daripada instrumen kuantitatif seperti
borang soal selidik boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti menggunakan analisis
Ujian-T, analisis jadual ANOVA, analisis korelasi dan sebagainya. Kesemua jenis
analisis kajian ini akan membantu pengkaji untuk mengenal pasti min, sisihan piawai
dan korelasi antara dua pemboleh ubah kajian. Oleh itu, penggunana reka bentuk
kuantitatif dalam kajian ini adalah kerana penggunaan sampel kajian yang besar dan
melibatkan pengumpulan data yang pelbagai.

7.2 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN


Sidek (2012) menyatakan bahawa populasi adalah sekumpulan individu dalam
suatu kawasan kajian yang berpotensi dipilih sebagai respondan kajian. Mohd Majid
(2009) pula menyatakan bahawa populasi adalah sekumpulan individu dalam suaut
kawasan kajian yang mempunyai latar belakang demografi yang hampir sama seperti
latar belakang akademik, jantina dan sebagainya. Dalam kajian ini, populasi kajian

8
adalah terdiri daripada kakitangan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (KASTAM)
Cawangan Sandakan yang terdiri daripada 174 orang kakitangan. Kesemua mereka
mempunyai ciri-ciri demografi yang hampir sama seperti bidang tugas, jawatan, latar
belakang akademik dan sebagainya.

Walaupun terdapat seramai 174 orang respondan kajian, namun tidak semua
daripada mereka akan dipilih sebagai sampel kajian. Rohaya (2013) menyatakan
bahawa sampel adalah sekumpulan individu dalam populasi kajian yang dipilih untuk
dilibatkan dalam suatu kajian. Pemilihan sampel ini boleh dilakukan secara khusus dan
boleh juga dilakukan secara persampelan rawak. Sidek (2012) pula menyatakan
bahawa pemilihan sampel dalam populasi yang besar boleh dilakukan dengan kaedah
pemilihan rawak. Ini bermakna bahawa kesemua individu yang berada dalam populasi
kajian mempunyai kebarangkalian yang sama untuk diplih sebagai sampel kajian. Oleh
itu, pelaksanaan kajian ini akan melibatkan seramai 100 orang respondan dalam
kalangan kakitangan KASTAM untuk mengenal pasti tahap tekanan kerja dalam
kalangan sampel kajian dan faktor utama yang meningkatkan tekanan kerja. Dalam
pada itu, pemilihan kesemua 100 orang respondan kajian ini adalah berdasarkan
kepada kaedah persampelan rawak.

7.3 INSTRUMEN KAJIAN


Seperti mana yang telah dijelaskan di atas, pelaksanaan kajian ini
menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama dalam mengumpul data
daripada sampel kajian. Borang soal selidik yang digunakan mengandungi beberapa
bahagian yang berkaitana dengan demografi respondan dan lima faktor utama yang
mempengaruhi peningkatan tekanan kerja dalam kalangan respondan kajian. Bahagian
pertama borang soal selidik tersebut mengandungi data kajian yang berkaitan dengan
ciri-ciri demografi respondan seperti jantina, umur, bangsa, jawatan dalam KASTAM,
bidang tugas yang dilakukan, tekanan kerja yang dihadapi dan sebagainya.

9
Bahagian kedua borang soal selidik pula mengandungi item soal selidik yang
berkaitan dengan faktor bebanan kerja yang mungkin mempengaruhi tekanan kerja
kepada respondan kajian. Contohnya seperti jumlah masa bekerja yang perlu dipenuhi,
tugas penguatkuasaan yang perlu dilaksanakan, rungutan daripada pelanggan,
pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan tugas dan sebagainya. Kesemua
perkara ini mempunyai perkaitan langsung dengan aspek bebanan kerja yang dihadapi
oleh respondan kajian.

Bahagian ketiga borang soal selidik pula mengandungi perkara yang berkaitan
dengan peranan pengurusan dalam membantu respondan mengurus tekanan kerja.
Contohnya seperti dasar dan polisi organisasi, motivasi yang diberikan oleh
kepimpinan KASTAM, kejelasan arahan tugas yang disampaikan kepada kakitangan
KASTAM, bimbingan dan kerjasama daripada daripada kepimpinan KASTAM dan
sebagainya.

Sementara itu, bahagian keempat borang soal selidik pula mengandungi


maklumat kaji selidik yang berkaitan dengan faktor keselamatan dan persekitaran
pekerjaan yang mempengaruhi peningkatan tekanan kerja dalam kalangan respondan
kajian. Contohnya seperti ancaman dan ugutan yang diterima daripada pihak luar
(orang awam, peniaga, ahli kumpulan samseng dan sebagainya), persekitaran tempat
kerja, pendedahan risiko kecedaraan dan kemalangan semasa melakukan kerja,
burnout dan sebagainya.

Dalam pada itu, bahagian kelima borang soal selidik pula mengandungi item
kajian selidik yang berkaitan dengan pencapaian kerja dan aspek personaliti respondan.
Contohnya seperti tahap pencapaian semasa respondan sama ada memenuhi matlamat
kerjaya respondan atau sebaliknya, penilaian prestasi yang menjadi amalan dalam
organisasi, kepuasan respondan terhadap pencapaian semasa, sikap dan tingkah laku
respondan dalam melaksanakan tugas harian dan sebagainya.

10
Bahagian terakhir yang terdapat pada borang soal selidik adalah bahagian yang
mengandungi item kaji selidik yang berkaitan dengan hubungan respondan di tempat
kerja seperti hubungan respondan dengan rakan sekerja yang lain, interaksi sosial
dengan rakan sekerja, hubungan dengan kepimpinan organisasi, kerjasama dalam
kalangan kakitangan dalam organisasi dan sebagainya.

Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa terdapat enam bahagian utama
yang terdapat pada borang selidik yang digunakan dalam mengumpul data dan
maklumat kajian daripada respondan kajian seperti mana yang telah dijelaskan di atas.
Kesemua item kaji selidik yang terdapat pada Bahagian Dua hingga Bahagian Enam
akan dinilai dengan menggunakan lima Skala Likert iaitu Sangat Bersetuju (SB),
Setuju (SJ), Sederhana (SD), Kurang Setuju (KS) dan Sangat Tidak Bersetuju (ST). Ini
bermakna bahawa respondan mempunyai lima skala yang perlu dipilih oleh respondan
kajian.

7.4 KAEDAH ANALISIS DATA KAJIAN


Prosedur analisis data adalah satu kaedah yang telah digunakan dalam
menganalisis data. Penganalisisan data ini dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Bab 4
iaitu Dapatan Kajian. Dalam menganalisis setiap data yang diperoleh, penyelidik telah
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 19.0.
Perisian ini sering digunakan dalam menganalisis data-data mudah terutamanya yang
diperoleh daripada borang kajian soal selidik. Dalam pada itu, kesemua data yang
diperolehi dianalisis dengan menggunakan kaedah peratusan dan min yang
dipersembahkan dalam bentul jadual dan juga graf bar. Kaedah pengujian lain tidak
dilakukan dalam kajian ini kerana penyelidik berpendapat kaedah peratusan dan min
adalah memadai untuk menjawab persoalan dan objektif kajian ini. Walau
bagaimanapun penyelidik menyedari kaedah pengujian lain juga boleh digunakan.
Namun begitu, paparan dapatan dalam bentuk peratusan dan min digunakan adalah
disebabkan oleh kekangan masa respondan dalam melaksanakan kajian ini. Ini juga

11
sesuai dengan objektif utama kajian yang ingin mengenal pasti min bagi lima faktor
yang mempengaruhi peningkatan tekanan kerja dalam kalangan respondan kajian.

8.0 JADUAL PROJEK PENYELIDIKAN


Dalam melaksanakan kajian ini, berikut adalah jadual yang dicadangkan dalam
melaksanakan projek:-

Bil Aktiviti Jan Feb Mac April Mei Jun Julai Ogos
1 Menyediakan kertas kerja √ √ √
kajian
2 Membina instrumen √ √ √
kajian
3 Semakan kertas kerja √ √ √
oleh penyelia
4 Mengenal pasti √ √
respondan kajian
5 Mengedarkan dan √ √
mengumpul borang soal
selidik
6 Merekodkan data mentah √ √
ke dalam SPSS
7 Menganalisis data SPSS √ √
8 Membuat laporan akhir √ √ √
kajian
9 Semakan dan penilaian √ √
laporan akhir kajian
10 Penyediaan laporan akhir √ √
selepas semakan
11 Penjilidikan kajian √

Jadual 1 : Jadual Pelaksanaan Projek Penyelidikan

12
9.0 ANGGARAN KOS
Dalam kajian ini, terdapat beberapa kos yang dijangka akan terlibat. Antaranya
ialah:-

Bil Perkara Harga Seunit Kuantiti Jumlah (RM)


(RM) (Unit)
1 Kertas A4 15.00 2 30.00
2 Ink Pencetak (Printer)
Hitam 45.00 2 90.00
Warna 45.00 3 135.00
3 Fotokopi 1.00 100 100.00
4 Penjilidan Laporan 40.00 3 120.00
5 Lain-Lain - - 100.00
Jumlah 575.00

Jadual 2 : Anggaran Kos Projek

10.0 KESIMPULAN
Tekanan kerja dalam kalangan penjawat awam seperti kakitangan KASTAM
dipengaruhi oleh banyak sumber dan faktor seperti mana yang menjadi fokus dalam
kajian ini. Oleh itu, adalah menjadi tanggung jawab banyak pihak khususnya dalam
kalangan pemimpin organisasi untuk melihat perkara ini sebagai suatu perkara yang
perlu ditangani dengan berkesan.

JUMLAH PERKATAAN : 2,809 PATAH

13
RUJUKAN
Abd Razak Mohamed, (2010). Hubungan Faktor Individu, Faktor Organisasi Dun Juga
Faktor Persekitaran Terhadap Tekanan Kerja Di Tempat Kerja : Kajian Kes Ke Atas
Golongan Pengurusan Dun Profesional Sektor Awam Di Putrajaya. Tesis Sarjana Sains
Pengurusan (Tidak Diterbitkan).Universiti Utara Malaysia

Aris Kasan, Fatimah Hanum Mohamad Hajari, Juwairiyah Jaafar & Nordin Yusoff, (2012).
Stres Dalam Perkhidmatan Awam : Impaknya Kepada Prestasi Dan Kesejahteraan
Pegawai Awam. Jurnal Psikologi Dan Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia. 7 : 1-
34

Chua Yan Piaw, (2011). Kaedah Dan Statistik Penyelidikan : Asas Statistik Penyelidikan,
Buku 2, Mcgraw Hill, Kuala Lumpur

Fiona Chia Li Chia, (2003). Stres : Kesan Ke Atas Kesihatan Individu Dan Bagaimana
Mengatasinya. Koleksi Ertas Kerja Psikologi Masyarakat Malaysia Semasa Iv.

Hatta Sidi & Mohamed Hatta Shaharom, (2015). Mengurus Stres Pendekatan Yang Praktikal.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kam Boon Lai, (2011). Beban Kerja, Tekanan Kerja Dan Prestasi Kerja Dalam Kalangan
Juruteknologi Makmal Perubatan Hospital Kerajaan. Tesis Sarjana (Tidak Diterbitkan).
Universiti Utara Malaysia

Mohd Huzaimi Mohd Hashim, (2001). Tekanan Kerja Di Kalangan Penguasa Kastam Di
Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Tesis Sarjana (Tidak Diterbitkan). Universiti Putra
Malaysia

Mohd Majid Konting, (2009). Kaedah Penyelidikan Komunikasi Dan Sains Sosial, Dewan
Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur

Mohamed Sazif Mohamed Subri, (2011). The Stress Effect Towards PDRM Personnel: A Case
Study On Health Problems And Job Satisfaction In Kedah. Masters Diss : Universiti
Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Nur Izzaty Mohamad, Azman Ismail, Mohamad Shahril Azwan Mohamad Rozi & Sholihien
Ahmad, (2015). Tekanan Kerja Dan Perkaitannya Dengan Kesihatan Pekerja : Kajian
Empirikal Sebuah Kontinjen Polis Di Semenanjung Malaysia, Malaysian Journal Of
Society And Space, 11 Issue 10 (63 - 75)

Nursyazlin Yatie Mohd Zaidi & Noraini Abdol Raop, (2017). Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Tekanan Kerja Dalam Kalangan Anggota Polis: Satu Kajian Di Kem
Batalion 9 Pga Kuala Terengganu, Jurnal Sains Sosial, Jilid 2 2017: 103-116

Rohany Nasir & Fatimah Omar (2006). Kesejahteraan Manusia: Perspektif Psikologi. Kajian
Tekanan Kerja Dan Kesihatan Pekerja : Universiti Kebangsaan Malaysia. Selangor.

14
Rohaya Yusof, (2013). Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur : Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.

Sekaran U., Bougie R., (2010). Research Methods For Business: A Skill Building Approach.
John Wiley & Sons, Inc., New York.

Sidek Mohd Noah, (2012). Rekabentuk Penyelidikan : Falsafah, Teori Dan Praktis. Serdang :
Universiti Putra Malaysia

15
LAMPIRAN

BORANG SOAL SELIDIK

TEKANAN KERJA DALAM


KALANGAN KAKITANGAN
JABATAN KASTAM DIRAJA
MALAYSIA CAWANGAN
SANDAKAN

16
ARAHAN : Jawab semua soalan yang terdapat dalam setiap bahagian dalam borang soal
selidik ini.

BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDAN


Tandakan ( / ) pada pilihan anda.

1) Jantina Respondan

Lelaki
Perempuan

2) Tempoh Berkhidmat Dalam KASTAM Cawangan Sandakan

Kurang 5 Tahun
6 – 10 Tahun
11 – 15 Tahun
16 – 20 Tahun
Lebih 20 Tahun

3) Bahagian Bertugas Dalam KASTAM Cawangan Sandakan

Bahagian Penguatkuasaan
Bahagian Pengurusan Aduan
Bahagian Cukai
Bahagian Pelabuhan
Bahagian Perkhidmatan Teknikal
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Perancangan Korporat
Bahagian Akademik dan Latihan

17
4) Jawatan

Pegawai / Penolong Pegawai


Penguatkuasa
Kerani
Perkhidmatan Kaunter

5) Kekerapan Bekerja Di Luar Pejabat (Operasi / Serbuan dan Sebagainya)

Sangat Kerap
Kerap
Sederhana
Tidak Kerap

6) Pernah menerima anugerah kecemerlangan perkhidmatan

Ya
Tidak

7) Adakah Anda Ingin Bertukar Ke Bahagian Lain

Ya
Tidak
Tidak Pasti

8) Tahap Stress di Tempat Kerja

Sangat Stress
Stress
Sederhana
Kurang Stress

18
Bagi setiap item soal selidik pada Bahagian B, Bahagian C, Bahagian D, Bahagian E dan
Bahagian F, tandakan ( / ) pada salah satu ruangan yang disediakan dengan berpandukan
kepada skala Likert di bawah:-

NILAI JENIS SKALA


SKALA
1 Sangat Tidak Memuaskan / Sangat Tidak Bersetuju
2 Tidak Memuaskan / Tidak Bersetuju
3 Sederhana Memuaskan
4 Memuaskan / Bersetuju
5 Sangat Memuaskan / Sangat Bersetuju

BAHAGIAN B : FAKTOR BEBANAN KERJA

BIL PERKARA SKALA LIKERT

1 Bebanan kerja yang terlalu banyak dan mencabar telah 1 2 3 4 5


meningkatkan stress yang respondan hadapi dan
menyukarkan respondan untuk menyiapkan kerja
tersebut mengikut jadual

2 Respondan sering mengikuti kursus di luar pejabat 1 2 3 4 5


sehingga menyebabkan tugasan dan kerja respondan di
pejabat tidak dapat disiapkan mengikut jadual

3 Bidang tugas yang dilakukan dan risiko kerja yang 1 2 3 4 5


respondan terima tidak setimpal dengan gaji dan
pampasan yang respondan terima

4 Respondan tidak dapat menyiapkan tugas dalam tempoh


masa yang telah ditetapkan

5 Respondan sering bekerja sehingga lewat malam 1 2 3 4 5


khususnya semasa mengendalikan kes jenayah dan sering
kali meningkatkan stress yang respondan hadapi

6 Respondan sering terlibat dengan aktiviti dan tugasan 1 2 3 4 5

19
luar pejabat seperti membuat sekatan jalan raya,
menjalankan siasatan kes dan sebagainya yang juga
meningkatkan stress respondan

7 Respondan perlu menyampaikan laporan kes atau opeasi 1 2 3 4 5


dalam tempoh masa yang singkat selepas suatu kes
diselesaikan

8 Pengetahuan dan kemahiran dalam menyelesaikan suatu


tugas adalah memuaskan

BAHAGIAN C : FAKTOR PENGURUSAN

BIL PERKARA SKALA LIKERT

1 Dasar dan polisi organisasi yang sukar untuk dicapai 1 2 3 4 5

2 Peranan pemimpin organisasi dalam membantu 1 2 3 4 5


kakitangan KASTAM Cawangan Sandakan dalam
perkhidmatn

3 Dorongan, sokongan dan motivasi daripada kepimpinan 1 2 3 4 5


KASTAM Cawangan Sandakan adalah memuaskan

4 Arahan yang disampaikan oleh kepimpinan KASTAM 1 2 3 4 5


Cawangan Sandakan adalah jelas dan mudah difahami

5 Respondan sering kali diarahkan melakukan tugas yang 1 2 3 4 5


bukan dalam bidang tugas utama

6 Desakan dan tekanan daripada pegawai jabatan untuk 1 2 3 4 5


menyelesaikan suatu tugas / kes dengan cepat

7 Rungutan dan aduan daripada orang awam / masyarakat 1 2 3 4 5


terhadap kecekapan bekerja respondan sering kali
meningkatkan stress respondan untuk bekerja

BAHAGIAN D : FAKTOR KESELAMATAN DAN PERSEKITARAN PEKERJAAN

20
BIL PERKARA SKALA LIKERT
1 Respondan selalu terdedah kepada risiko dan ancaman 1 2 3 4 5
khususnya semasa mengendalikan operasi seperti operasi
menangkap warga asing dan operasi bersepadu

2 Respondan pernah diancam bunuh semasa menjalankan 1 2 3 4 5


tugas

3 Keluarga respondan pernah diancam oleh penjenayah 1 2 3 4 5

4 Respondan pernah mengalami kemalangan dan 1 2 3 4 5


kecederaan semasa melakukan tugas seperti rusuhan
daripada orang awam dan sebagainya

5 Dendam daripada pesalah / orang awam terhadap 1 2 3 4 5


respondan

6 Rungutan dan aduan daripada orang awam berkenaan 1 2 3 4 5


dengan kualiti perkhidmatan KASTAM Cawangan
Sandakan

BAHAGIAN E : FAKTOR PENCAPAIAN DAN PERSONALITI

BIL PERKARA SKALA LIKERT

1 Integriti dan akauntabiliti kerja yang tinggi 1 2 3 4 5

2 Pengurusan masa yang tidak sistematik menyebabkan 1 2 3 4 5


respondan tidak dapat mengendalikan tugas dan bidang
kerja respondan dengan baik

3 Keadaan umur respondan yang memungkinkan 1 2 3 4 5


respondan tidak mampu menanggung bebanan kerja yang
terlalu banyak kerana akan meningkatkan stress kerja
respondan

4 Respondan kurang bermotivasi dan kurang bersemangat 1 2 3 4 5


untuk melakukan pelbagai tugas dan kerja di pejabat

5 Tidak dapat memberikan fokus dan tumpuan semasa 1 2 3 4 5


menjalankan kerja sama ada dalam organisasi atau di luar

21
organisasi

6 Tidak dapat menyiapkan kerja respondan mengikut 1 2 3 4 5


jadual yang telah ditetapkan

7 Sikap terhadap orang awam yang kurang baik 1 2 3 4 5

8 Pernah memarahi orang awam yang mendapatkan


perkhidmatan di KASTAM Cawangan Sandakan

BAHAGIAN F : FAKTOR HUBUNGAN SOSIAL DI TEMPAT KERJA

BIL PERKARA SKALA LIKERT

1 Kurangnya komunikasi berkesan di antara respondan 1 2 3 4 5


dengan pegawai atasan

2 Kurangnya komunikasi berkesan di antara respondan 1 2 3 4 5


dengan rakan sekerja yang lain

3 Rakan sekerja tidak memberikan sokongan terhadap 1 2 3 4 5


tugas harian yang dilakukan

4 Rakan sekerja respondan sering meminta respondan 1 2 3 4 5


membantu mereka menjalankan tugasan luar yang turut
mendedahkan respondan kepada stress bekerja

5 Perhubungan respondan dengan rakan sekerja di tempat 1 2 3 4 5


kerja yang kurang memuaskan

6 Kurang mesra semasa memberikan perkhidmatan kepada 1 2 3 4 5


orang awam

22

Anda mungkin juga menyukai