Anda di halaman 1dari 1

Salam kenal sahabat Forum semua

terima kasih diatas perkongsian yang sangat baik dan bermanfaat.

sedikit perkongsian saya tentang pasaran oligopoli

Maksud Oligopoli

Oligopoli adalah salah satu bentuk pasaran persaingan tak sempurna yang agak unik serta berbeza daripada bentuk
pasaran yang lain, terutamanya daripada segi penentuan tingkat harga dan output serta persaingan bukan harga.
Seterusnya Pasaran oligopoli ialah struktur pasaran yang mempunyai beberapa firma yang mengeluarkan barangan
yang mungkin sama ataupun berbeza. Setiap firma oligopoli ini mengeluarkan kesemua ataupun sebahagian besar
barangan yang berada dalam pasaran berkenaan.Antara contoh industri oligopoli adalah industri minyak petrol,
industri besi waja, industri aluminium, industri automobil, perkhidmatan telefon selular serta rangkaian televisyen.

Apabila terdapat beberapa firma yang bersaing dalam pasaran oligopoli ini, maka setiap firma boleh memilih sama
ada mahu bekerjasama atau berpakat iaitu collusive oligopoly antara sesama firma ataupun memilih untuk tidak
bekerjasama atau tidak berpakat iaitu non-collusive oligopoly. Firma dikatakan tidak berpakat apabila mereka
bertindak bersendirian tanpa apa-apa perjanjian dengan firma lain.Bagaimanapun, bagi mengurangkan persaingan
sesama firma, mereka boleh membuat perjanjian untuk bekerjasama. Keadaan ini berlaku apabila dua ataupun lebih
firma bersama-sama dalam penggunaan teknologi yang tinggi dan jumlah pelaburan yang besar diperlukan bagi
memulakan operasi.

Halangan bukan semula jadi pula berbentuk tindakan strategik firma sedia ada bagi menghalang firma baru
memasuki pasaran. Ini termasuk skala ekonomi yang dimiliki firma sedia ada iaitu mampu mengeluarkan barangan
dalam kuantiti yang besar dengan kos seunit yang rendah.Kesannya, harga pasaran bagi barang berkenaan jatuh serta
menghalang kemasukan firma baru yang belum mencapai skala ekonomi bagi beroperasi. Halangan-halangan lain
seperti hak paten dan hak cipta yang diberi oleh kerajaan kepada firma-firma khusus sahaja.Bilangan firma dalam
pasaran oligopoli sedikit kerana wujud halangan-halangan tertentu bagi firma baru memasuki pasaran. Jumlah firma
yang sedikit ini membolehkan setiap firma mempunyai kuasa monopoli bagi menentukan harga barangan yang
dikeluarkan

Kelebihan pasaran oligopoli boleh diketegori dari jenis-jenis barang yang dihasilkan dengan pelbagai bentuk
Penerapan pasaran ini juga bagus dalam memaksimumkan penggunaan sumber daya, perkembangan teknologi, serta
penemuan inovasi baru.

Kualiti pasaran produk akan semakin baik disebabkan adanya perasingan antara satu syrikat dengan syarikat lain
untuk mewujudkan satu idea produk yang lebih kreatif dan berinovasi.

Kekurangn pasaran oligopoli adalah perasingan harga akan berlaku serta peningkatan dari segi kos yang besar
untuk mencipta sesuatu produk yang lebih berenovasi. Pasaran oligopi banyak mengeluarkan modal untuk iklan
Selain inovasi dan promosi hal yang perlu diperhatikan lagi adalah membuat iklan agar konsumen mengetahui jenis
produk yang dijual.

Dalam pasaran oligopoli jarang berlaku “perang harga”, kebiasaanya mereka lebih fokus kepada kelebihan produk
mereka dan manfaat diperolehi jika menjadi pelanggan mereka. Antara contoh sistem oligopoli adalah industri
minyak petrol, rokok dan kenderaan. Industri minyak petrol contohnya mengenakan harga yang sama bagi setiap
syarikat petrol, apa yang membezakan mereka adalah ganjaran, points dan kemudahan yang disediakan. oligopoli
digunakan untuk keadaan pasaran di mana industri tertentu dikawal oleh salah satu atau hanya beberapa

Anda mungkin juga menyukai