Anda di halaman 1dari 1

Rujukan Kami : SKSSC/PIBG/2022/2(1)

Tarikh : 2 Jun 2022

En. Mahathir Iskandar bin Muhammad,


Lot 1162 JSK TL 3 Pekan Serkat,
82300 Kukup, Pontian,
Johor Darul Takzim.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN KASUT LARIAN BALAPAN (SPIKE) BAGI MENYERTAI


KEJOHANAN OLAHRAGA ZON KUKUP 2022

Dengan segala hormatnya, perkara di atas mohon dirujuk.


2. Untuk makluman Tuan, pihak sekolah akan menghantar wakil bagi menyertai
kejohanan olahraga Zon Kukup yang akan diadakan di balapan Sekolah Menengah Kebangsaan
Tan Sri Osman Mohd Sa'at, di Bt. 34, Jalan Johor Bahru Pontian, Pontian, Johor Darul Takzim.
Penyertaan atlet acara balapan dan padang dalam kejohanan olahraga tersebut memerlukan
pesertanya menggunakan kasut larian pepaku (spike), yang mana tidak ada dalam inventori
peralatan sukan sekolah kami.

3. Justeru, besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat menghulurkan sumbangan
bagi membolehkan kami melengkapi atlet-atlet sekolah kami dengan tatacara pemakaian sukan
tersebut.

4. Dimaklumkan bahawa harga terkini bagi sepasang kasut larian pepaku (spike) tersebut
kini mencecah RM130 sepasang. Jumlah yang diperlukan pula adalah 10 pasang kesemuanya.
=> RM130 x 10 PASANG = RM 1300
Namun pihak sekolah dan PIBG sedia menerima berapapun amaun yang sudi pihak tuan
sumbangkan untuk tujuan tersebut.

5. Semoga mendapat pertimbangan yang terbaik daripada pihak tuan dan segala jasa bakti
tuan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang Menjalankan Tanggungjawab,

……………………………..
(EN. AZMAN BIN ABDUL RAUF)
YDP PIBG SK SERI SINARAN CHOKOH

Anda mungkin juga menyukai