Anda di halaman 1dari 2

TERIMA KASIH ADIWIRA NEGARA

Musuh yang menyerang dalam diam,


Tidak terlihat kelibatnya, namun terasa impaknya,
Beribu yang terkorban bagaikan tiada harapan,
Episod duga yang sangat menyedihkan ,
Pandemik covid bertemu berburu di pelusok dunia,
Covid singgah meratah nyawa tanpa senjata.

Sang pejuang barisan hadapan,


Perisai segenap tanah air,
Memikul amanah pertiwi,
Berperang melawan covid durjana,
Payah perit kau harungi jua,
Demi nafas cahaya negara tercinta.

Sang pejuang barisan hadapan,


Saban hari wabak carona merebak,
Tragedi ini memintamu berdiri teguh,
Kamu sahut amanah,tiada berpaling arah,
Saat jasad kami berehat, kau bertarung penat,
Sampai habis waktu, setiamu penuh taat,
Demi setiap nyawa,ikhlas setiap keringat.
Sang pejuang barisan hadapan,
Terima kasih, terima kasih, terima kasih
Anda semua adiwira negara, pejuang harapan bangsa
Terima kasih menyumbang bakti, bergadai nyawa bersulam resah,
Demi menjemput pulang sebuah kebahagiaan.

Teruskan berjuang wira sejati,


Kerana kami percaya selepas hujan terbit pelangi.

Anda mungkin juga menyukai