Anda di halaman 1dari 2

10) (a)

I. Hormon X ialah Hormon peluteinan (LH). LH Merangsang perkembangan


folikel sehingga mencapai kematangan serta merangsang perembesan FSH dan LH
sebelum ovulasi.
II. Kemungkinan persenyawaan berlaku adalah lebih rendah kerana bilangan
sperma tiba di
tiub fallopio untuk persenyawaan akan menjadi rendah kerana tisu parut
menghalang laluan ke sekunder oosit. Tambahan pula, risiko keguguran berlaku
adalah lebih tinggi. Selepas persenyawaan berlaku, zigot akan bergerak ke bawah
tiub fallopio. Oleh kerana laluan ke rahim disekat oleh tisu parut dalam tiub
fallopio, ia akan menyebabkan zigot tersangkut pada tisu parut. Peluang untuk
keguguran adalah lebih tinggi. Perkembangan zigot di luar rahim adalah berbahaya
kepada ibu dan anak. Oleh itu, Ibu perlu menjalani pembedahan.

(b) I. Kembar A ialah kembar seiras manakala kembar B ialah kembar tak seiras.
Kembar A dan B mempunyai tali pusat. Kembar A dan kembar B melibatkan
proses mitosis dalam perkembangan embrio. Kembar A mempuyai satu plasenta
manakala Kembar B mempunyai dua plasenta. Kembar A mempunyai kandungan
genetik dan sifat fizikal yang sama manakala kembar B mempunyai kandungan
genetik dan sifat fizikal yang berbeza. Selain itu, Embio kembar A membahagi
menjadi dua manakala embrio kembar B tidak membahagi menjadi dua. Jantina
kembar A adalah sama manakal jantina kembar B mungkin sama atau berbeza.
(c) Kebaikan- Rawatan IVF membantu pasangan yang tidak subur untuk memiliki
bayi mereka sendiri. Hal ini dapat membantu memperoleh keturunan. Dengan
rawatan IVF, pasangan yang ingin memiliki bayi kembar berpeluang besar untuk
mempunyai anak kembar. Keburukan pertamanya ialah perbelanjaan bagi rawatan
adalah tinggi. Selain itu, rawatan IVF dapat menyebabkan kehamilan terjadi di luar
rahim. Kelahiran yang berganda dapat memberi risiko kecacatan kepada bayi yang
lahir. Dengan rawatan ini dapat berisiko tinggi untuk mendapat penyakit lain.
11. (a) Proses I oosit sekunder bersenyawa dengan sperma di tiub Falopio untuk
menghasilkan tiub zigot diploid. Proses II Zigot membahagi secara mitosis untuk
membentuk embrio du sel. Proses III ialah morula berkembang menjadi blastosista.
Proses IV ialah blastosista menempel pada endometrium. Proses ini dikenali
sebagai penempelan. Blastosista terus berkembang menjadi embrio.
(b) Struktur X ialah plasenta. Plasenta terbentuk daripada tisu endometrium ibu
dan tisu embrio. Plasenta merupakan tapak pertukaran bahan antara fetus dan ibu.
Glukosa, asid amino, hormon, antibody, dan oksigen meresap dari darah ibu ke
dalam kapilari darah fetus. Karbon dioksida dan bahan buangan bernitrogen seperti
urea meresap dari kapilari darah fetus ke dalam darah ibu. Plasenta juga bertindak
sebagai organ endokrin yang merembes hormon semasa kehamilan. Pada bulan ke-
4 kehamilan, korpus luteum akan merosot dan tidak merembes progesteron lagi.
Plasenta menggantikan korpus luteum dalam penghasilan progesteron dan estrogen
yang diperlukan untuk mengekalkan ketebalan endometrium. Hal ini dapat
mengelakkan kedu-dua darah ibu dan darah fetus tidak bercampur untuk
melindungi fetus daripada sesetengah bahan kimia yang berbahaya seperti toksin
dan bakteria yang boleh meresap masuk ke dalam darah fetus. Selain itu, dapat
menghalang salur darah fetus yang halus daripada pecah akibat tekanan darah ibu
yang tinggi. menghalang pengaglutinan atau penggumpalan darah daripada berlaku
dalam fetus kerana kumpulan darah fetus mungkin berbeza daripada kumpulan
darah ibu.

(c) Teknik persenyawaan in vitro (IVF) dapat membantu Puan Z. Ovum


dikeluarkan dari ovari Puan Z. Ovum disenyawakan oleh sperma suami di dalam
piring petri. Zigot berkembang membentuk embrio. Embrio dipindahkan ke uterus
ibu tumpang untuk penempalan. Di situ embrio berkembang menjadi fetus.

Anda mungkin juga menyukai