Anda di halaman 1dari 2

Membincangkan TIGA fungsi utama niat berserta huraian dan contoh secara terperinci.

3.0 Fungsi Niat Menurut Pendapat Ulama’

Al-Bugha, M. D., & Mistu, M. (2017) menukilkan bahawa jumhur ulama berpendapat
bahawa segala perbuatan yang dilaksanakan oleh orang Islam tidak akan mendapat ganjaran
pahala melainkan dengan niat.Dalam konteks ibadah khusus seperti haji,puasa dan solat ,niat
merupakan salah satu rukun utama ibadah yang menyebabkan ibadah menjadi tidak sah jika
tanpa niat.

Adapun ibadah yang bersifat perantara seperti berwudhuk dan beristijak pula Al-
Bugha, M. D., & Mistu, M. (2017) menukilkan bahawa menurut ulama mazhab Hanafi niat
merupakan syarat kesempurnaan sesuatu ibadah untuk mendapatkan pahala dan diterima oleh
Allah s.w.t.Demikian pula, dalam mazhab As-Syafie dan mazhab lain bahawa niat
merupakan syarat sah ibadah yang utama.
Al-Bugha, M. D., & Mistu, M. (2017). Al-Wafi: Syarah Hadis Arba'in Imam an-Nawawi. Qisthi Press.

Anda mungkin juga menyukai