Anda di halaman 1dari 3

KATA ARAH

1. Kata arah digunakan selepas kata sendi untuk menunjukkan arah sesuatu tempat.
2. Contoh-contoh kata arah adalah seperti berikut:

dalam
Di dalam bakul itu ada buah durian.

luar
Pensel itu berada di luar kotak pensel.

atas
Pasu bunga itu diletakkan di atas meja hiasan.

bawah

Ali sedang membaca buku cerita di bawah pokok.

sisi
Emak berada di sisi adik yang demam.

sudut
Gambar pemandangan itu digantung di sudut ruang
tamu.
  antara
Rumah saya terletak di antara sekolah dengan masjid.

hadapan
Kassim duduk di hadapan saya.
                                                                           

tepi
Tong sampah itu terletak di tepi pagar rumah

tengah
Nenek itu berdiri di tengah jalan raya.

Anda mungkin juga menyukai