Anda di halaman 1dari 19

1.

PENGENALAN Udara adalah anugerah Tuhan yang sangat penting. Tanpa udara, manusia dan hidupan lain tidak boleh menjalankan proses pernafasan. Udara membekalkan oksigen yang sangat diperlukan dalam sistem pernafasan hidupan. Udara juga melambangkan sesuatu yang bermakna, kebersihan udara melambangkan kesucian, kedinginannya kesegaran. melambangkan Namun kedamaian udara dan tidak tiupannya selamanya

melambangkan

begitu,

melambangkan kesucian atau kedamaian. Kenyataannya udara juga boleh melambangkan kerakusan menusia terhadap alam sekitar. Sejak kebelakangan ini, udara di persekitaran bandar-bandar utama di Malaysia berjerebu. Sebelum ini, tidak siapa peduli tentang jerebu, walaupun ianya telah meliputi sebahagian besar angkasa negara ini sejak awal tahun lalu. Daripada golongan tua, dewasa, remaja hinggalah kepada anak-anak kecil semua memperkatakan tentang jerebu. Kehadiran jerebu pada mulanya disifatkan sebagai 'kabus' waktu pagi yang secara tidak langsung menjadikan suasana pagi hari semakin hari semakin indah. Namun setelah menyedari apa sebenarnya jerebu maka masyarakat mengalami kejutan yang teramat sangat, tambahan lagi memikirkan kesihatan anak-anak yang saban hari terdedah kepada udara kotor. Jerebu bukanlah suatu fenomena baru, tetapi berlaku sepanjang tahun mengikut tahap keadaan semasa, ianya menjadi teruk pada masa tertentu apabila habuk terlalu banyak berkumpul di udara dalam keadaan atmosfera yang stabil.

2.0

DEFINISI JEREBU Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan. Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. Kilang dan jumlah kenderaan yang banyak menjadi penyumbang utama kepada fenomena ini. Selain daripada itu keadaan cuaca memburukan lagi keadaan, dimana pada tahun 1997, negara telah dilanda fenomena El-Nino yang membawa cuaca kering dan panas berpanjangan. Jumlah hujan menurun dan negara mengalami masalah bekalan air dan penurunan tekanan air. Jerebu merupakan satu masalah biasa di Asia Tenggara akibat pembakaran hutan yang tidak terkawal. Akibat jerebu teruk pada September 1997, 7 anggota ASEAN telah menandatangani Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution) pada 2002. Pada Ogos 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan menyebabkan keadaan jerebu yang agak teruk di pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang. Dua kawasan diisytiharkan darurat iaitu Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang setelah IPU di dua kawasan itu mencecah lebih 500.

3.0

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA JEREBU Bumi secara semulajadinya menerima beban pencemaran udara daripada fenomena alam semulajadi seperti letupan gunung berapi, pembakaran hutan akibat dari panahan petir dan sebagainya. Walaubagaimanapun, Bumi mempunyai 'kaedah semulajadi' bagi menangani pencemaran semulajadi ini. Apabila manusia mula menjalankan aktiviti perindustrian mahupun aktiviti harian, pencemaran alam sekitar semakin berleluasa dan Bumi tidak mampu lagi 'memikul' beban pencemaran tersebut.

3.1

Aktiviti Perindustrian & Pembangunan Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam pula

bertanggungjawab mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas ekzos di kilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang tinggi.

3.2

Kenderaan Motor Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Kualiti udara persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar. Dalam tahun 2004, 14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini dua kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun dengan meningkatnya pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan kekurangan kemudahan pengangkutan awam yang cekap.

3.3

Penjanaan Kuasa Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas asli, minyak dan arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyai tahap kecekepan antara 35 dan 40 peratus di mana tenaga selebihnya bertukar menjadi haba. Pada masa ini, Malaysia menjana 86 peratus keperluan tenaga elektriknya melalui loji janakuasa konvensional manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen janakuasa hidro.

3.4

Pembakaran Bahan Api

Pembakaran bahan api seperti arang dan minyak juga adalah punca utama pencemaran udara Bahan api juga adalah bahan organik dan mempunyai unsur karbon. Oleh itu, pembakaran yang kurang lengkap akan menghasilkan karbon monoksida. Arang adalah suatu bahan yang mengandungi sulfur. Apabila terbakar sulfur akan berpadu dengan oksigen di sekeliling menghasilkan sulfur dioksida melalui persamaan:

S + 2O2-----------SO4 Sulfur dioksida ini kemudian akan berpadu dengan ion hidrogen dalam wap di udara dan membentuk asid sulfurus. Selain itu, karbon dioksida juga berpadu dengan ion hydrogen dan membentuk asid karbonat. 3.5 Aktiviti Harian Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga

mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon.

Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara. 3.6 Pembakaran Terbuka Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula banyak partikel jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang kerap menyelubungi ruang udara Malaysia. Api dari pembakaran ini bukan sahaja menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di sekitarnya. Kejadian jerebu yang paling teruk dialami pada tahun 1997 adalah disebabkan

oleh pembakaran terbuka oleh negara jiran. Negeri Sabah telah terjejas teruk akibat daripada fenomena ini. Pembakaran terbuka di Kalimantan nyata telah membawa padah apabila api sukar dikawal dan menjilat sebahagian besar kawasan hutan.

Oleh kerana Kalimantan agak berdekatan dengan Sabah maka penduduk semakin cemas dan langkah berjaga-jaga telah dilakukan. Asap akibat daripada pembakaran tersebut telah meliputi negeri Sabah dan menyebabkan keadaan semakin teruk. Negeri tersebut terpaksa menghantar bantuan kepada

Kalimantan dan Indonesia untuk memadam kabakaran. Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri telah menghantar 80 orang anggotanya untuk tujuan tersebut. Pembakaran ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada negara kita malah negara-negara lain yang berdekatan seperti Thailand, Singapura, Brunai dan Filipina juga tercemar dengan teruk. Hasil pembakaran ini telah menghasilkan gas Karbon Monoksida iaitu gas yang sangat merbahaya dan boleh membawa maut jika dihidu dalam suatu jangka masa yang panjang.

4.0 4.1

KESAN-KESAN JEREBU Kesihatan Komponen-komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk pada kesihatan manusia terutama kepada golongan kanakkanak, warga tua dan juga kepada mereka yang menghidapi penyakit-penyakit tertentu seperti asma, alahan, pneumonia dan penyakit paru-paru. Perokok dan bagi mereka yang bekerja di kawasan terbuka juga mempunyai risiko yang tinggi dalam kesihatan mereka.

Menurut Pakar Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia, zarah terampai yang melebihi 10 mikron tidak dapat masuk ke dalam paru-paru kerana sistem penafasan kita mempunyai sistem penapisan yang baik. Walau bagaimanapun, sekiranya zarah terampai yang kurang daripada 10 mikron (PM10) masuk ke dalam sistem pernafasan, maka ia boleh merosakkan tisu paru-paru.

Begitu juga halnya dengan gas-gas berbahaya yang terkandung di dalam udara tercemar,yang semuanya boleh mengganggu kesihatan. Karbon dioksida boleh mengganggu penyerapan oksigen di dalam darah, nitrogen dioksida pula boleh merangsang penyakit asma, sulfur dioksida akan menyebabkan ransang bronkus/ saluran pernafasan (bronchitis) dan ozon mencederakan membran mucus di dalam saluran pernafasan sehingga menyebabkan masalah radang paru-paru. Manakala, udara yang mengandungi sulfur dioksida yang tinggi akan menyebabkan kekurangan vitamin D. Vitamin D diperlukan untuk mencegah barah kolon dan buah dada.

4.2

Aktiviti Harian Keadaan seperti ini menyekat aktiviti seharian yang biasa dilakukan. Penduduk juga disarankan supaya mengelakkan daripada membuat aktiviti luar. Penduduk Sabah yang bekerja sebagai petani dan nelayan terpaksa mencari alternatif lain untuk mencari pendapatan buat sementara waktu.

4.3

Sektor Ekonomi Apabila masalah jerebu ini semakin meruncing, ia mula memberi kesan yang lebih besar pula. Ia boleh mangacam pendapatan negeri apabila mula menjejaskan sektor ekonomi negeri Sabah. Industri pelancungan misalnya adalah punca pendapatan yang paling berpotensi di Sabah, industri ini teruk terjejas kerana para pelancung bimbang dengan keselamatan mereka.

4.5

Penyusutan Lapisan Ozon Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh

menyebabkan kanser kulit. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairan kepada ais di bahagian kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini. 4.6 Hujan Asid
Air hujan secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.Keasidan cecair

ialah ukuran kepekatan ion hidrogen. Biasanya keasidan cecair dinyatakan dalam sebutan pH yang mempunyai skala 0 hingga 14: pH kurang daripada 7 adalah berasid, pH 7 adalah neutral dan pH yang melebihi 7 adalah alkali. Contoh air hujan yang bersih yang diambil daripada lokasi bersih seperti di pulau terpencil didapati bernilai antara 5.6 dan 6.0. Secara amnya, air hujan dengan pH kurang dari 5.6 dianggap berasid. Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.

4.7

Kesan Rumah Hijau Dan Pemanasan Global Kesan yang paling ketara dan sedang hangat dibincangkan oleh seluruh negara kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.

5.0

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI JEREBU Untuk mengelakkan fenomena jerebu ini semakin menular dan berulang semula, kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan menggariskan beberapa peraturan yang harus diikuti bukan sahaja oleh penduduk Sabah tetapi kepada semua warganegara Malaysia.

5.1

Melalui Pendidikan Pengurusan alam sekitar boleh juga dilakukan melalui program pendidikan alam sekitar iaitu sam ada secara formal atau tidak formal. Program pendidikan ini juga boleh dijalankan oleh JAS dan lain-lain agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan ditujukan kepada setiap peringkat masyarakat iaitu pentadbir, orang ramai dan juga kanak-kanak sekolah. Aktiviti ini dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar serta tanggungjawab bagi memperbaiki dan menjaganya. Aktiviti ini dianggap penting kerana ia merupakan satu strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar. Selain itu juga melalui pendidikan ini kita dapat memperluaskan tahap kesedaran orang ramai kerana pengetahuan terhadap isu alam sekitar dari segi pemuliharaan alam sekitar atau terhadap implikasi sosial dan ekonomi dalam mempengaruhi keputusan mengenai soal alam sekitar adalah didapati kurang maju jika dibandingkan dengan rakyat di negara lebih maju. Bahagian Alam Sekitar memainkan peranannya sebagai kuasa perimbangan, antaranya ialah dengan berusaha memberi pendidikan yang mana boleh dilakukan melalui sebaran am seperti surat khabar, penerbitan Bahagian Alam Sekitar, Sekitar dan penubuhan Unit Maklumat dan Pendidikan Bahagian Alam Sekitar, sebaran radio, televisyen, kursus dan seminar.

5.2

Larangan Pembakaran Terbuka Kerajaan melarang pembakaran terbuka, asap adalah penyumbang utama kepada jerebu. Selain daripada itu pembakaran terbuka juga boleh menyebabkan kebakaran yang tidak dapat dikawal. Untuk mengelakkan fenomena jerebu ini semakin menular dan berulang semula, kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan menggariskan beberapa peraturan yang harus diikuti kepada semua warganegara Malaysia. Selain daripada itu pembakaran terbuka juga boleh menyebabkan kebakaran yang tidak dapat dikawal contohnya seperti yang berlaku di hutan Indonesia yang berpunca daripada aktiviti pembakaran hutan oleh golongan petani sara diri da ia telah merebak ke Malaysia dibawa oleh angin lazimnya monson barat daya (Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, 2003: 120). Sikap golongan yang dinyatakan di atas ini telah mewujudkan masalah kepada alam persekitaran sehinggakan Malaysia terpaksa mengisytiharkan darurat jerebu pada 23-24 September 1997.

5.3

Pembenihan Awan Akibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda negara. Keadaan ini memburukkan lagi keadaan, oleh yang demikian kerja pembenihan awan terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering, suhu awan menjadi tinggi, titisan air menjadi ringan, titisan yang sangat ringan ini tidak dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh yang demikian iodin perak ataupun ais kering akan ditabur untuk menurunkan suhu awan tersebut. Ais kristal akan terbentuk dan semakin membesar lalu ditarik oleh graviti, ia akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi titisan air apabila cair akibat daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh membantu keadaan apabila ia membawa bersama jerebu jatuh ke bumi.

5.4

Kempen Hijau Kerajaan juga menjalankan kempen hijau dan menggalakan penanaman pokok di rumah, pejabat, sekolah mahupun di tempat membelih-belah. Pokok-pokok hijau mambantu menyerap karbon dioksida di udara. Hutan mempunyai nilai yang amat besar kepada alam sekitar kita kerana ia mempunyai fungsi-fungsi yang amat penting seperti dapat mengukuhkan tanah, membenarkan peredaran air, berfungsi mengawal komposisi atmosfera, menghadkan perubahan iklim serta melindungi flora dan fauna. Namun kerana proses urbanisasi yang tidak terkawal menyebabkan berlakunya kemusnahan alam sekitar yang serius pada masa kini. Justeru itu pihak kerajaan sepatutnya mengambil inisiatif dengan melakukan penggezetan hutan yang sedia ada (Sham Sani, Abdu Samad Hadi,1990: 442).

Contoh hutan simpan yang telah di gezetkan ialah Taman Negara, Hutan Belum, Taman Endau Rompin, dan Hutan Simpan di Cameron Higlands mestilah di luaskan dan digezetkan untuk memelihara dan mengekalkannya. Contohnya seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menggezetkan hutan simpan Pantai Aceh sebagai Taman Negara untuk tujuan menebat banjir (Chan dan Wan Ruslan, 2000).

5.5

Penggunaan CFC

Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am Freon dan pemusnahan lapisan ozon ini adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahan-bahan aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu. Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan rejan(propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api. Sebenarnya, pemusnahan lapisan ozon dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul ozon. Oleh itu, sumber

alternatif harus digunakan untuk menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC) (Abdul Latif Ibrahim, 1992: 57) . 5.6 Perundangan Dan Dasar Kerajaan

Semua agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan, pihak swasta dan sebagainya boleh memainkan peranan yang berkesan dalam menangani masalah jerebu. Jabatan Alam Sekitar ( JAS) telah menjalankan program pengawasan kualiti udara di seluruh Negara. Parameter yang diawasi termasuklah Karbon Monoksida, Sulfur Dioksida, Nitrogen Dioksida, ozon dan habuk terampai (PM10). Selain itu, pelbagai undang undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar. Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan Kenderaan Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar. Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977). Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU. Seterusnya, Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978) Di bawah peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada 1000 meter (Chan Ngai Weng, 2002: 43).

Jabatan Alam Sekitar juga telah merancang satu Indeks Pencemar Udara yang juga dekenali sebagai (IPU). IPU adalah satu sistem yang dibangunkan bagi memaklumkan kepada orang awam tentang tahap kualiti udara dan impaknya terhadap kesihatan mereka dengan cara yang termudah. lanya juga suatu system kepekatan pencemar yang diukur pada skala antara 0-500.

Selain itu, menurut bab X1 dalam Rancangan Malaysia Ketiga berdasarkan satu kenyataan yang telah di buat secara ringkas oleh kerajaan, satu dasar kerajaan Malaysia berkaitan pembangunan dan alam sekitar telah ditetapkan. Kualiti hidup rakyat dapat di tingkatkan dengan adanya pembangunan yang pesat dalam sektor perindustrian dan pertanian, malah secara tidak langsung dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun aktiviti-

aktiviti ini sebenarnya boleh menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar. Oleh itu yang paling penting sekali dalam dasar ini ialah keseimbangan dalam kedua-dua proses tersebut iaitu wujudkan Pembangunan Tanpa Kemusnahan. Untuk mencapai matlamat ini kerajaan Malaysia telah menetapkan bahawa Dasar Alam Sekitar Malaysia yang bersifat pragmatik dan bertujuan untuk mengurangkan kesan-kesan buruk alam sekitar dan memelihara berbagai-bagai ekologi.

5.7

Tanggungjawab Orang Ramai

Selain daripada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan dan pihak berkuasa, orang awam haruslah bertangungjawab dan sama-sama menjaga alam sekitar ini. Antara tindakan yang boleh dibuat ialah elakan mengunakn kenderan persendirian sebaliknya gunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta dan pada masa yang sama juga pemilik kenderaan tersebut hendaklah memastikan kenderaan mereka tidak melepaskan asap hitam dengan mengambil langkahlangkah yang ideal contohnya hantar kereta ke bengkel untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan terutama bagi karburetor dan pam minyak supaya berada dalam keadaan baik. Orang awam juga boleh membuat aduan kepada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pihak Berkuasa Tempatan yang terdekat jika terdapat pembakaran sisa pepejal dan laporan juga boleh dibuat kepada JAS mengenai sebarang pembakaran terbuka yang dilakukan oleh industri, tred dan lading-ladang.

6.0

CARA MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU

Perkara utama yang harus diambil berat ialah dengan menjaga sistem pernafsan iaitu penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua

penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempattempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi. Bagi prerokok ynag mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit, jangan merokok di dalam rumah kerana orang yang menghidu akan menghadapi kesan yang lebih buruk berbanding dengan perokok tersebut. Selain itu, aktiviti sukan di luar rumah haruslah dikurangkan dan orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih. Bagi mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk. Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

6.1

Hindari Daripada Perbuatan yang Boleh Menyebabkan Jerebu. Indeks Pencemaran Udara (IPU) IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui status kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

Nilai IPU 0 - 50 51 - 100 101 - 200 201 - 300 301 - 500

Status Baik Sederhana Tidak Sihat Sangat Tidak Sihat Berbahaya

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan. 6.2 Jerebu Mengancam Kesihatan Anda Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :i. ii. iii. Kanak-kanak Orang tua Mereka yang mengalami penyakit asma bronkitis radang paru-paru penyakit paru-paru yang kronik jantung alahan iv. v. Perokok Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah: Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk. Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas. Mata terasa pedih dan berair. Hidung berair dan kerap bersin. Kulit badan terasa gatal-gatal. Terasa sakit dada. Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tenda-tanda dan gejala tersebut.

7.0

RUMUSAN

Secara amnya masalah alam sekitar dan khususnya jerebu ini bukan lagi menjadi isu di peringkat sesebuah negara tetapi sudah menjadi isu di peringkat global. Masalah alam sekitar yang terbit daripada proses urbanisasi perlu di pandang serius oleh pihak-pihak tertentu dalam cuba mengawal dan merancang supaya aktiviti-aktiviti yang dilakukan tidak merosakkan alam sekitar. Dalam mengejar arus pembangunan manusia tidak seharusnya mengorbankan alam sekitar untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Tanpa mereka sedar di sebalik arus pembangunan tersebut tersirat kesan yang amat menakutkan iaitu impak negatif terhadap kualiti hidup mereka berdasarkan pencemaran-pencemaran dan bencana yang telah di nyatakan. Manusia perlu sedar ada cara yang lebih baik untuk berinteraksi dengan alam sekitar dalam membentuk satu ikatan yang harmoni di antara manusia dan alam sekitar. Manusia perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka sendiri. Hal ini disebabkan tidak akan wujud lagi satu alam sekitar fizikal yang baru sekiranya alam sekitar yang ada terus di musnahkan. Setiap kata-kata Mahatma Gandhi haruslah dihayati dengan seadanya iaitu kita bukan mewarisi alam ini daripada datuk nenek kita tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita.

8.0 BIBLIOGRAFI

Ab. Latif Ibrahim (1992). Pembangunan dan Kesannya Terhadap Alam Sekitar di Malaysia: Satu Pendekatan Geografi, Bahagian Geografi Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Chan Ngai Weng (2002). Pembangunan, Pembandaran dan Peningkatan Bahaya dan Bencana di Malaysia, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Department of Environmental (1989). Environmental Quality Report 1988. Kuala Lumpur: Ministry of Sciences, Technology and the Environment.

Mohmadisa Hashim dan Mohamad Suhaily Che Ngah (2005).Pembangunan dan Alam Sekitar Di Malaysia, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sham Sani, Abdul Samad Hadi (1990). Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia Isu dan Pengurusannya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tuan Pah Rokiah Syed Hussain (2003), Masalah Pembangunan Industri di Malaysia, Selangor: Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak Darul Ridzuan www.scribd.com/doc/16983605/Jerebu-Dan-Kesannya

Anda mungkin juga menyukai