Anda di halaman 1dari 4

Teks Pengacara Majlis Program Jom Ke Sekolah Serta Pelancaran Peti Aduan

Disiplin Murid 2018

Bismillahirrohmanirrohim
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia salam PERAK AMAN JAYA, SALAM PERAK
EXCELLENT

Yang Berusaha,pn hjh roslini bt razali (pengetua smk dato’ wan ahmad rasdi, Yang
Berbahagia Left.Kol kehormat EN Mohamad Razuan bin Jasin, YDP PIBG SMK
DWAR, Pn. FARIDAH BT SALLEH Penolong Kanan Tadbiran, EN. YUSOF BIN PK
Kokurikulum, guru-guru KANAN, GURU-GURU serta anak didik yang dikasihi
sekalian.
Assalammualaikum wbt.

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu negeri
perak. Para hadirin dipersilakan berdiri.

Para hadirin dipersilakan duduk.

Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini, marilah kita sama-
sama menadah tangan mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Al-Fadhil
saudara Mohamad Iqbal bin Mohamad halimi. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil saudara Mohamad Iqbal bin Mohamad
halimi.atas bacaan doa itu tadi.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya


kita dapat berhimpun dalam program Jom Ke Sekolah dan Pelancaran Peti Aduan
Disiplin Murid bagi tahun 2018

Untuk pengetahuan semua, program Jom Ke Sekolah ini adalah satu usahasama
antara Kementerian Pendidikan dan Polis Diraja Malaysia bagi mengurangkan
masalah ponteng sekolah, sekaligus mendidik murid untuk menghormati serta
mengikuti peraturan sekolah bagi memastikan kemenjadian murid akan terus
dapat dilaksanakan. Oleh hal yang demikian, marilah kita sama-sama berganding
bahu meningkatkan akauntabiliti dalam kalangan kita untuk memastikan aspirasi
negara seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
akan tercapai.

Seterusnya, tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan bacaan ikrar murid
dan rukun negara yang akan diketuai oleh saudara ________________________.
Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudara _____________________ atas bacaan


ikrar rukun negara itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan KATA ALUAN DARIPADA PUAN PENGETUA. Untuk
majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan PN HJH. ROSLINI BINTI
RAZALI untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan segala hormatnya,
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada pn hjh roslini binti razali atas ucapan beliau tadi.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan sajak yang akan disampaikan oleh
saudara MUHAMMAD FADHLAN BIN ASFA BIN MOHD FAJAR.
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN BELIAU UNTUK TAMPIL
KE ATAS PENTAS UNTUK MENDEKLAMASIKAN SAJAK BELIAU YANG
BERTAJUK___________________________________________.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SAUDARA MUHAMMAD
FADHLAN BIN ASFA BIN MOHD FAJAR DENGAN PERSEMBAHAN SAJAK YANG
BEGITU BERSEMANGAT TADI.

TIBALAH KITA KE ACARA KEMUNCAK KITA PADA PAGI INI, IAITU UCAPAN
PERASMIAN DAN GIMIK PELANCARAN YANG AKAN LAKUKAN OLEH YG
BERBAHAGIA LEFT.KOL KEHORMAT EN MOHAMAD RAZUAN BIN JASIN, YDP PIBG
SMKDWAR

SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT BERBAHAGIA LEFT.KOL KEHORMAT EN


MOHAMAD RAZUAN BIN JASIN, YDP PIBG SMKDWAR UNTUK MEMOTONG RIBEN
SEBAGAI GIMIK PELANCARAN JOM KE SEKOLAH TAHUN 2018.DIPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YG BERBAHAGIA


LEFT.KOL KEHORMAT EN MOHAMAD RAZUAN BIN JASIN, YDP PIBG SMKDWAR
KERANA SUDI MERASMIKAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH SERTA GIMIK
PELANCARAN

Seterusnya, majlis menjemput PN HJH ROSLINI BT RAZALI, PENGETUA SMKDWAR,


UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA YG BERBAHAGIA LEFT.KOL
KEHORMAT EN MOHAMAD RAZUAN BIN JASIN, YDP PIBG SMKDWAR SEBAGAI
TANDA TERIMA KASIH
KERANA SUDI MERASMIKAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH SERTA GIMIK
PELANCARAN. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH KEPADA PN HJH ROSLINI BT RAZALI KERANA SUDI MENYAMPAIKAN


CENDERAHATI ITU TADI.

Seterusnya, tibalah kita ke acara perasmian Peti Aduan Disiplin Murid. Peti aduan
disiplin murid ini adalah bertujuan untuk membendung salah laku dan jenayah
dalam kalangan murid di sekolah.

Oleh itu, dijemput


____________________________________________________
untuk merasmikan perasmian Peti Aduan Disiplin Murid Sekolah Kebangsaan
Bayan Lepas 2.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.


Terima kasih diucapkan kepada ______________________________ atas
kesudian merasmikan Peti Aduan Disiplin Murid Sekolah MEN KEB DATO WAN
AHMAD RASDI TAHUN 2018.

SEBELUM BERKAHIRNYA MAJLIS KITA PADA HARI INI, SEMUA HADIRIN DIMINTA
BERDIRI UNTUK KITA SAMA SAMA MENYANYIKAN LAGU SEKOLAH DENGAN
PENUH SEMANGAT.

Dengan berakhirnya nyanyian lagu sekolah tadi, maka berakhirlah MAJLIS


PELANCARAN JOM KE SEKOLAH BAGI SESI 2018.

Saya memohon maaf andai ada tersalah tutur bicara sepanjang majlis ini
berlangsung. Sekian, terima kasih.

MAJLIS MENJEMPUT YG BERUSAHA PN HJH ROSLINI BT RAZALI PENGETU


SMKDWAR UTK MENJEMPUT DAN MENGIRINGI YG BERBAHAGIA LEFT.KOL
KEHORMAT EN MOHAMAD RAZUAN BIN JASIN, YDP PIBG SMKDWAR UNTUK KE
KANTIN BAGI MENIKMATI SARAPAN PAGI. DIPERSILAKAN

Anda mungkin juga menyukai