Anda di halaman 1dari 9

Teks Pengacara Majlis Pelancaran “Jom Ke Sekolah 2020, Pelancaran Buku

Panduan (Pegawai Perhubungan Sekolah), 3S ( Senyum, sapa, salam) & program


mentor mentee, Pelancaran NILAM , MBMMBI, HIPS dan Kempen Galakan
Membaca 2020

Bismillahirrohmanirrohim

MENGUMUMKAN KETIBAAN..
YANG BERBAHAGIA_______________________________________ PEGAWAI
PERHUBUNGAN SEKOLAH DENGAN DIIRINGI BARISAN PENTADBIR &,YDP PIBG .

PARA GURU DAN MURID DIMINTA BERDIRI.

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu negeri perak.

*Para hadirin dipersilakan berdiri.

SELESAI

Para hadirin dipersilakan duduk.

BACAAN DOA
Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini, marilah kita bersama-sama
menadah tangan mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Al-Fadhil saudara
AHMAD ZUHDI BIN ZAKARIA (401). Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil saudara AHMAD ZUHDI BIN ZAKARIA
(401). atas bacaan doa itu tadi.

KATA- KATA ALUAN

Yang Berbahagia__________________________________________________,
Pegawai Perhubungan Sekolah Men. Keb. DWAR,
Yang Mulia Puan Raja Zakiyah Bt Raja Leman, Penolong Kanan Pentadbir
Yang Berbahagia Left.Kol kehormat EN Mohamad Razuan bin Jasin, YDP PIBG
SMK DWAR,
Yang berusaha TN HJ AHMAD MAZLAN BIN __________________________PK
HEM
Yang Berusaha EN. MOHD YUSOF BIN HAMID PK Kokurikulum,
Barisan guru-guru KANAN, Pegawai- pegawai polis, AJK PIBG, Guru- guru Kaunseling
Barisan rakan seperjuangan serta anak didik yang dikasihi sekalian.
Assalammualaikum wbt.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita
dapat berhimpun dalam Program 7 dalam 1 iaitu Majlis Pelancaran “Jom Ke
Sekolah 2020, Pelancaran Buku Panduan (Pegawai Perhubungan Sekolah), 3S
( Senyum, sapa, salam) & program mentor mentee, Pelancaran NILAM , MBMMBI,
HIPS dan Kempen Galakan Membaca 2020 Peringkat Sekolah menengah
kebangsaan dato’ wan ahmad bagi tahun 2020.

Untuk pengetahuan semua, program Jom Ke Sekolah ini merupakan program tahunan
dan salah satu usaha kolaboratif antara Kementerian Pendidikan dan Polis Diraja
Malaysia bagi mengurangkan masalah ponteng sekolah, sekaligus mendidik murid
untuk menghormati serta mengikut peraturan sekolah bagi memastikan kemenjadian
murid akan terus dapat dilaksanakan.

Manakala Program 3 S Iaitu Senyum, sapa dan salam merupakan program baru
yang diperkenalkan bertujuan untuk membentuk budaya positif dalam kalangan warga
sekolah di samping membentuk hubungan yang teraputik dan suasana yang kondusif di
sekolah. Selain itu, program 3S ini juga diadakan bgai membentuk sifat hormat-
menghormati dan kasih saying dalam kalangan warga sekolah serta mewujudkan
keseronokan datang ke sekolah.

Program Mentor Mentee pula merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid
yang melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat.
Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee)tetapi juga membimbing,
memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah bakat serta kemahiran mereka.
Objektif utama program mentor mentee ini untuk mewujudkan semangat kekeluargaan
yang kukuh dan saling hormat-menghormati antara mentor dan mentee. Selain itu,
program ini diadakan bagi mewujudkan amalan budaya penyayang dan saling
menghargai antara satu sama lain.

Pelancaran NILAM dan galakan membaca merupakan antara program yang dirancang
oleh unit Pusat Sumber Sekolah untuk meningkatkan NILAM sekolah dalam kalangan
murid dan seterusnya memupuk minat membaca dalam kalangan warga RASDIAN
amnya. Pusat Sumber sekolah turut mengadakan pelbagai pertandingan bagi menarik
minta warga SMKDWAR dan murid amnya.Antara pertandingan yng dipertandingkan
ialah Pertandingan INFO JANNAH yang terbuka untuk semua murid dari tingkatan 1
hingga 5, Pertandingan RESENSI BUKU terbuka kepada semua Pengawas PSS dan
NILAM ON THE GO terbuka untuk semua murid yang mana pemenangnya akan diberi
hadiah pada setiap bulan.

Akhir sekali pelancaran MBMMBI dan HIPS yang merupakan sebuah program yang
diperkenalkan di bawah dasar MBMMBI yang bertujuan untuk meningkatkan
penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid- murid melalui pendedahan yang
lebih tinggi kepada bahasa tersebut di sekolah.

Oleh hal yang demikian, melalui program- program seperti, marilah kita bersama-sama
berganding bahu meningkatkan akauntabiliti dalam kalangan kita untuk memastikan
aspirasi negara seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia akan tercapai.

UCAPAN PENGETUA
Hadirin sekalian, Tanpa membuang masa,
Majlis diteruskan lagi dengan KATA ALUAN yang akan disampaikan oleh YM PUAN
RAJA ZAKIYAH BINTI RAJA LEMAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SMKDWAR.

Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

*Terima kasih diucapkan kepada YM PUAN RAJA ZAKIYAH BINTI RAJA LEMAN
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN atas ucapan beliau tadi.

UCAPAN PERASMIAN

KALAU TUAN PIKAT KENARI


JANGAN PATAHKAN BATANG JERAMI
KEPADA _______________________ HORMAT DIBERI
MOHON RASMIKAN MAJLIS KAMI

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan YG BERBAHAGIA


______________________________________, Pegawai Perhubungan Sekolah untuk
menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya menyempurnakan gimik pelancaran
sempena Majlis Pelancaran “Jom Ke Sekolah 2020, Pelancaran Buku Panduan
(Pegawai Perhubungan Sekolah), 3S ( Senyum, sapa, salam) & program mentor
mentee, Pelancaran NILAM , MBMMBI, HIPS dan Kempen Galakan Membaca 2020
Dipersilakan.
GIMIK PELANCARAN
SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT BERBAHAGIA__________________________,
Pegawai Perhubungan Sekolah UNTUK MEMOTONG RIBEN dan seterusnya
MENYERAHKAN BUKU PANDUAN PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH TAHUN
2020 .DIPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YG


berbahagia______________________________________, Pegawai Perhubungan
Sekolah KERANA SUDI MERASMIKAN Majlis Pelancaran “Jom Ke Sekolah 2020,
Pelancaran Buku Panduan (Pegawai Perhubungan Sekolah), 3S ( Senyum, sapa,
salam) & program mentor mentee, Pelancaran NILAM , MBMMBI, HIPS dan
Kempen Galakan Membaca 2020

PELANCARAN BUKU PPS


SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT YANG
BERBAHAGIA____________________________________________, Pegawai
Perhubungan Sekolah UNTUK menyerahkan Buku Panduan Perhubungan Sekolah
kepada YM PUAN RAJA ZAKIYAH BT RAJA LEMAN, PKP.

Seterusnya,majlis menjemput YM PUAN RAJA ZAKIYAH BT RAJA LEMAN, PKP


DAN YG
BERBAHAGIA_________________________________________________________
UNTUK MENYEMPURNAKAN GIMIK YG KEDUA IAITU memasukkan borang NILAM
dalam kotak NILAM ON THE GO…

*majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yg


berbahagia_________________________________________________________dan
YM PUAN RAJA ZAKIYAH BT RAJA LEMAN ATAS KESUDIAN MEREKA
MENYEMPURNAKAN GIMIK ITU TADI.

Unutk makluman semua NILAM ON THE GO merupakan satu inisiatif PUSAT


SUMBER SEKOLAH untuk meningkatkan pencapaian NILAM dalam kalangan murid
sekaligus memupuk budaya membaca yang semakin merosot. Selaras Dengan sasaran
kementerian Pendidikan melalui Kempen membaca yang mensasarkan Malaysia
Negara Membaca pada tahun 2030.

Untuk program NILAM ON THE GO ini murid hanya mengambil borang di dalam peti
surat tersebut dan mencatat bacaan seterusnya memasukkan borang NILAM tersebut
ke dalam peti itu semula. Untuk makluman semua, peti NILAM ON THE GO ini akan
ditempatkan disekitar Kawasan sekolah. Murid yang mengumpul bacaan terbanyak
akan diberi hadiah bulanan sesuai dengan mottonya BACA, CATAT dan MENANG.
Untuk maklumat lanjut semua murid boleh berhubung secara terus dengan PUAN
NURUL NADIAH BINTI KHAIRUDDIN selaku guru PSS Smkdwar.

IKRAR KETUA MURID


Seterusnya, tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan bacaan ikrar JOM KE
SEKOLAH yang akan diketuai oleh saudara MOHAMAD SHARULNIZA BIN
SHAHARUDIN . Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

*SEMUA MURID DIMINTA BERDIRI


Terima kasih diucapkan kepada saudara MOHAMAD SHARULNIZA BIN
SHAHARUDIN atas bacaan ikrar itu tadi.

PENYAMPAIAN SIJIL & SIJIL PENGHARGAAN KEHADIRAN PENUH TAHUN 2019


Seterusnya, majlis menjemput YM PUAN RAJA ZAKIYAH BT RAJA LEMAN, PKP
untuk menjemput dan mengiringi Yg Berbahagia _____________________, Pegawai
Perhubungan Sekolah untuk menyampaikan sijil bagi kategori Kehadiran penuh tahun
2019 KEPADA 38 ORANG MURID, penyerahan Fail Mentor Mentee dan penyampaian
cenderamata.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**Majlis memohon kerjasama murid yang menerima sijil penghargaan ini untuk
bersedia di luar dewan.

****PENYAMPAIAN SIJIL & CENDERAMATA

Penyampaian sijil dimulakan dengan pemberian sijil kepada 38 orang murid yang
mempunyai kehadiran penuh bagi tahun 2019.

Pertama: (RUJUK KERTAS)


1.
2.
3……………..SEHINGGA 38

Seterusnya, adalah penyampaian fail mentor mentee.


Untuk itu, majlis menjemput YM PUAN RAJA ZAKIYAH BT RAJA LEMAN, PKP untuk
menerima fail mentor mentee untuk murid target SPM tahun 2020 DARIPADA
_______________________________________________________. Dipersilakan.

*Seterusnya, majlis menjemput saudari NURUL IMAN ATHIRAH BT HAMDAN (501)


mewakili 9 orang murid target spm tahun 2020
untuk menerima fail mentor mentee daripada YM PUAN RAJA ZAKIYAH BT RAJA
LEMAN, PKP. Dipersilakan.

*Untuk makluman semua 9 murid lain yang merupakan murid target SPM TAHUN 2020
IALAH:
(RUJUK KERTAS)

*Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada YM PUAN RAJA ZAKIYAH BT


RAJA LEMAN, PKP KERANA sudi menyampaikan fail mentor mentee murid target
SPM tahun 2020 tadi.

*Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Murid Target PT3 Tahun 2020.
Untuk itu, majlis mempersilakan TN HJ. MAZLAN BIN HJ AHMAD,PK HEM untuk
menerima fail mentor mentee daripada YG
BERBAHAGIA__________________________________________________,
*Seterusnya, majlis menjemput saudari SOFIA EZZATI BT AHMAD (3 CEMERLANG)
untuk tampil ke atas pentas bagi mewakili 6 murid target PT3 tahun 2020. Majlis
mempersilakan.

*Majlis merakam ucapan terima kasih kepada TN HJ. MAZELAN BIN HJ AHMAD, PK
HEM kerana sudi menyampaikan fail mentor mentee kepada murid -murid target PT3
Tahun 2020.

*Seterusnya, adalah penyampaian fail mentor mentee kepada penyelaras- penyelaras


tingkatan. Mohon semua penyelaras tingkatan untuk bersedia.
Pertama, majlis menjemput penyelaras
tingkatan 1 iaitu :PN FATIN SHAFINA BINTI MOHD NOOR
Tingkatan 2 :PN. RAFIDAH BT ABDUL RAHIM
Tingkatan 3 :EN MUSTAFA BIN MOHAMED
Tingkatan 4 :PN HJH NORIZA BT MAT JANI

*Majlis merakam ucapan terima kasih kepada YG


BERBAHAGIA_______________________________________________________
KERANA SUDI MENYEMPURNAKAN MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN FAIL
MENTOR MENTEE TADI.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA PERASMI


Seterusnya, majlis menjemput YM PUAN RAJA ZAKIYAH BT RAJA LEMAN,, UNTUK
MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA Yg Berbahagia
___________________________________________________________, Pegawai
Perhubungan Sekolah SEBAGAI TANDA TERIMA KASIH
KERANA SUDI MERASMIKAN Majlis Pelancaran “Jom Ke Sekolah 2020,
Pelancaran Buku Panduan (Pegawai Perhubungan Sekolah), 3S ( Senyum, sapa,
salam) & program mentor mentee, Pelancaran NILAM , MBMMBI, HIPS dan
Kempen Galakan Membaca 2020 SERTA menyempurnakan penyampaian sijil dan
cenderamata kepada penerima- penerima. DENGAN SEGALA HORMATNYA
DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH KEPADA YM PUAN RAJA ZAKIYAH BT RAJA LEMAN KERANA


SUDI MENYAMPAIKAN CENDERAHATI ITU TADI.

PERSEMBAHAN

Persembahan pertama kita pada pagi ini dimulakan dengan Resensi buku yang akan
disampaikan oleh PN ZURAIDA BT ISMAIL.
Dipersilakan.

*Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada PN ZURAIDA BT ISMAIL kerana sudi
menyampaikan resensi buku itu tadi.

Seterusnya adalah persembahan mendeklamasikan sajak yang akan disampaikan oleh


saudara Muhammad Shahid Kamil bin Baharum, dengan sajaknya yang
bertajuk___________________________________________________.Dipersilakan.
*Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Muhammad Shahid Kamil bin
Baharum atas dekalmasi sajak yang begitu menarik sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan seterusnya iaitu Persembahan Info Jannah
YANG BERTAJUK ____________________________________________yang akan
disampaikan oleh saudara AHMAD AMIRUDDIN BIN MAT BAHARI.

*Majlis merakam ucapan terima kasih kepada saudara AHMAD AMIRUDDIN BIN MAT
BAHARI atas penyampaian info Jannah yang begitu bermanfaat tadi.

Seterusnya majlis diserikan lagi dengan persembahan sajak yang kedua yang akan
disampaikan oleh saudara MUHAMMAD FADHLAN ASFA BIN FAJAR dengan tajuk
sajaknya___________________________________________.Dipersilakan.

*Majlis merakam ucapan terima kasih kepada saudara MUHAMMAD FADHLAN ASFA
BIN FAJAR atas penyampaian sajak yang begitu menggetar jiwa sebentar tadi.

Seterusnya adalah penyampaian resensi buku dari wakil Pengawas Pusat Sumber iaitu
SAUDARA MUHAMMAD AZIZUL HAKIM DARI KELAS 401. Dipersilakan.

*Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada SAUDARA MUHAMMAD AZIZUL


HAKIM ATAS PENYAMPAIAN INFO YANG BEGITU BERMANFAAT TADI

 Persembahan kita pada pagi ini diteruskan dan diserikan lagi dengan
persembahan koir dari pasukan koir sekolah. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan koir sekolah atas
persembahan yang begitu menarik tadi.
Sila Beri tepukan yang paling gemuruh kepada semua yang telah memberi
persembahan terbaik untuk kita pada pagi ini.

Sebelum mengakhirnya majlis kita pada pagi ini…semua hadirin diminta berdiri untuk
menyanyikan lagu sekolah dengan penuh semangat.

Berakhirnya lagu sekolah itu tadi maka berakhirlah majlis Majlis Pelancaran “Jom Ke
Sekolah 2020, Pelancaran Buku Panduan (Pegawai Perhubungan Sekolah), 3S
( Senyum, sapa, salam) & program mentor mentee, Pelancaran NILAM ,
MBMMBI, HIPS dan Kempen Galakan Membaca 2020

Saya mewakli jawatan kuasa kerja majlis ini merakamkan jutaan terima kasih kepada
semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung bagi
memastikan kelancaran majlis ini. Saya juga ingin merakamkan jutaan kemaafan
sekiranya terdapat ketelanjuran kata sepanjang mengacara majlis ini.

Sekian WBT

Anda mungkin juga menyukai