Anda di halaman 1dari 3

1 Laiman pemuda dari Sabah menuntut ilmu dalam bidang

kejuruteraan. Dia dihantar ke sebuah syarikat minyak di


Sarawak untuk menjalani latihan industri. Dia memang
berkeupayaan untuk maju dalam bidang yang dipelajarinya.
Semasa dalam latihan, Laiman bekerja dengan bersungguh-
sungguh, tetapi dia mempunyai impian lain daripada itu. Di
tempat latihan itu, Laiman akrab dengan gadis yang bernama
Soniah, yang juga masih belajar.  Hal ini menimbulkan rasa
cemburu kawannya yang bernama Muluk. Soniah merasakan
ada sesuatu yang tidak kena antara Laiman dengan Muluk,
tetapi dia menyembunyikannya.
2 Milan makin bersemangat seperti Laiman. Tanaman
tembikai mula menampakkan kemajuan. Laiman memikirkan
projek lain, iaitu kebun limau dan kelapa. Milan berasa bimbang
kerana fikiran Laiman terlalu bercabang-cabang, tetapi Laiman
yakin dengan tindakannya itu. Menurut Laiman, kerjanya yang
banyak akan dibantu oleh budak-budak yang gagal dalam
persekolahan. Perkara tersebut tentu akan menyenangkan hati
ibu bapa budak-budak itu.
3 Setelah masa berlalu agak lama, Pak Kiassim dapat
menerima baik usaha Laiman. Dia telah melihat kejayaan
Laiman dalam projek kebun tembikainya. Namun, Pak Sahok
masih enggan memberikan keizinan kepada Laiman untuk
mengusahakan tanah paya di sebelah tanahnya bagi dijadikan
kawasan ternakan ikan air tawar. Hasil perundingan dengan Pak
Kiassim, Pak Sahok kemudiannya bersetuju untuk
membenarkan Laiman mengusahakan tanah tersebut.
4 Setelah tamat belajar, Laiman pulang ke kampungnya di
Kusilad, Sabah. Dalam fikirannya, dia berpendapat bahawa
ijazah yang diperolehnya bukanlah tiket untuk dia mencari
pekerjaan bergaji tetap. Dia memikirkan projek yang sentiasa
ada dalam fikirannya sejak dahulu. Apabila dia mendapat
tawaran untuk bekerja di jabatan pertanian, dia menolaknya.
Tindakan Laiman itu menimbulkan rasa hairan di hati
sepupunya, Milan dan juga menimbulkan kemarahan ayahnya,
Pak Kiassim. Pak Kiassim yakin bahawa bekerja makan gaji
adalah yang terbaik bagi lulusan universiti. Fikiran Laiman
ketika itu tertumpu pada projek ternakan lebah madu dan
ternakan ikan air tawar. Dia merancang untuk menjalankan
projek ternakan ikan air tawar di tanah paya bersebelahan
dengan tanah Pak Sahok. Ternakan lebah madu tidak
mendatangkan masalah kepada Laiman kerana projek tersebut
tidak memerlukan kawasan yang luas. Di samping itu, dia juga
menanam pokok tembikai.
5 Laiman memulakan projek ikan air tawarnya. Kawasan
paya itu diperdalam dengan menggunakan jentera pengorek.
Setelah segala-galanya berjalan dengan lancar, Laiman
menambahkan lagi kolam ternakannya. Sebahagian dari pada
kawasan itu digunakan untuk ternakan ikan air tawar, manakala
sebahagiannya lagi untuk ternakan udang harimau. Urusan
kebun tembikai diserahkan kepada ayahnya.
6 Kejayaan Laiman kian terserlah apabila jabatan pertanian
berjanji akan membantunya memperbesar perusahaan ternakan
ikan air tawar. Projek ikan air tawar yang diusahakannya itu
akan dijadikan projek contoh di daerah Kusilad. Hal itu
menggembirakan Laiman dan Milan. Menurut pihak jabatan,
ada kemungkinan projek itu akan menjadi projek terbesar di
Sabah. Apabila Milan beredar ke warungnya, Laiman buat
sekian kalinya teringat akan Soniah, gadis yang akrab
dengannya semasa dia berada di Sarawak dahulu.

7 Ketika Laiman tiada di tempat kerja kerana pergi ke


Kuching, tangki minyak telah terbakar. Ada telahan yang
menyatakan bahawa Laiman yang merancang pembakaran
tangki minyak itu sebelum dia ke Kuching. Pengurus syarikat
sendiri pun mengesyaki perkara yang sama. Walau
bagaimanapun, setelah mendapat keterangan daripada Laiman,
pengurus itu percaya bahawa Laiman tidak bersalah dalam hal
tersebut.  
8 Masalah dalam bidang perusahaan adalah perkara biasa dan
dihadapi oleh mana-mana pengusaha. Masalah yang menimpa
Laiman ialah dua orang anak muda yang dilatihnya, iaitu Kedek
dan Muali meninggalkannya untuk membuka perusahaan
sendiri. Laiman tidak berasa kecewa kerana sekurang-
kurangnya dia telah berjaya melatih orang lain bekerja.
9 Kemarahan Pak Kiassim menjadi-jadi apabila melihat
Laiman tidak beroleh apa-apa kemajuan. Namun begitu, Laiman
tetap dengan pendiriannya. Dia berpakat dengan Milan untuk
terus bergerak maju. Pada awalnya, Milan juga kurang
bersemangat. Milan menjadi yakin dan penuh semangat apabila
melihat Laiman tidak pernah berputus asa. Mereka bersama-
sama meminta izin Pak Sahok untuk melaksanakan projek di
sebelah tanah Pak Sahok, tetapi Pak Sahok tidak
mengizinkannya. Laiman tahu bahawa Pak Sahok bukanlah
pemilik tanah yang dicita-citakannya itu, tetapi dia tidak mahu
bermusuh dengan Pak Sahok.

Anda mungkin juga menyukai